Wednesday, July 27, 2011

Bulan Ramadan hampir menjelma!!! :)

Assalamualaikum..

ika akan guna kata ganti nama 'aku' untuk entry kali ni.. maaf ye? :)

untuk entry kali ni, ia berkisar tentang bulan Ramadan.. seketika, hati aku rasa sangat teruja untuk menyambut bulan Ramadan.. kerana tahun ni adalah kali pertama aku berpuasa sepenuhnya di rumah selepas 2 tahun menuntut ilmu di bumi permai Kedah Darul Aman... Alhamdulillah... :)

selama 2 tahun di Universiti Utara Malaysia, sudah 2 kali aku menyambut kedatangan bulan Ramadan di kolej kediaman.. aku hanya akan pulang ke rumah dalam 3 atau 4 hari sebelum raya je... semua tu memang kenangan terindah.. sangat nostalgia buat aku..



indahnya Ramadan...


teringat kembali masa di sem 1.. pertama kali berpuasa di universiti.. memang seronok.. tapi dalam masa yg sama sedih sebah tak dapat bersahur dan berbuka bersama dengan family.. tapi tu semua tak mematahkan semangat aku untuk terus menyambut bulan Ramadan dengan sangat gembira.. :)

sebelum tiba waktu berbuka, bila balik dari kampus mesti akan singgah di Bazar Ramadan dulu.. time tu memang syiokk laa.. macam2 lauk.. hehe.. mula la nafsu makan tu mengatasi segala2 nya.. nampak bihun sup, nak beli bihun sup.. nampak kuih cara berlauk, nak beli jugak.. nampak air soya, pun nak jugak.. macam2 ragam.. tapi yg pasti makannya tak banyak mane pun.. beli je lebih.. tapi dulu share dengan roomate dan kawan2 yg lain.. hehe.. memang seronok habis laa.. :)



dan syaitan itu tidak lagi diberi peluang pada bulan ramadan..

masa bulan ramadan jugak la, aku kurang bersahur masa di universiti.. aku hanya bangun untuk makan kurma atau kismis, minum air dan sambung tidur balik.. sampai roomate pun jadi heran.. kerap jugak dia tanye.. "ika tak sahur ni, ika tak lapar ke? ika boleh tahan ke tanpa makan?" dan aku pun tanya balik pada dia: "fatin rasa kite nampak penat tak kalau tak sahur?" dan dia jawab: "ika nampak ok je, nampak cergas.." 

sebenarnya.. aku jarang sahur dengan makanan berat ketika berpuasa di universiti.. aku makan ala kadar je, untuk alas perut.. sebabnye aku tak ade selera nak makan makanan berat pagi2 macam tu.. sebab tu aku makan kurma ataupun kismis.. itu sunnah Rasulullah S.A.W... lagipun, kismis dan kurma tu sangat banyak khasiatnye.. ia adalah antara 8 makanan terbaik di dunia.. elok untuk minda dan tubuh badan.. :) 

semua orang bergembira.. :)



dan pada bulan Ramadan ni jugak la aku dapat tengok gelagat istimewa pelajar yg bukan beragama Islam.. memang seronok tengok telatah dorang bila adanya Bazar Ramadan.. kelihatan mereka yg berlebih2 membeli makanan daripada pelajar Islam.. padahal mereka tidak berpuasa.. cuma mungkin mereka mahu sama2 berkongsi rasa kesyukuran di bulan ramadan dengan memeriahkan lagi Bazar Ramadan di Universiti Utara Malaysia.. memang bagus semangat ni.. dorang pun tak makan di depan khalayak kami, pelajar Islam.. :)

memang indah bulan Ramadan ni.. walaupun keletihan dengan kuliah dari pagi sampai petang, tak mengecualikan kita dari mencari keredhaan Allah.. pada malam hari, tak ketinggalan untuk menunaikan solat sunat Tarawih dan membaca Al-Quran.. sangat elok rasanya andai sepanjang bulan Ramadan itu kita dapat menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.. mak aku selalu pesan kalu boleh, cuba khatam Al-Quran dalam tempoh 30 hari kita berpuasa.. Insyaallah, aku akan cuba laksanakan..

dan pada bulan Ramadan ni la semua pelajar Islam di UUM dapat melakukan ibadah sepenuhnya dan juga melakukan perkara kebaikan.. Alhamdulillah...




upin dan ipin pun nak puasa jugak!! hehe.. :) 



sesungguhnya, bulan Ramadan itu menjanjikan 1001 kebaikan dan kemulian.. terdapat pelbagai fadhilat di dalam bulan Ramadan ini... antaranya ialah: 

  • Sabda Rasulullah (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith) 

 dan pelbagai lagi fadhilat yang boleh kita perolehi.. Subhanallah... Kasih sayang Allah itu sangat besar buat hamba-Nya... :) tak sabar rasanya nak menemui Ramadan.. hati ini terlalu rindu padanya.. walaupun sudah tidak lama lagi, tapi terasa berdebar2.. sungguh asyik.. kerana bulan Ramadan bulan untuk kita banyak beribadah.. :)




semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.. dan aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK kepada semua! :)


Tuesday, July 26, 2011

Cita-cita Setinggi Langit Biru.. PTD~

Assalamualaikum.. dalam entry kali ni, lupakan segala perasaan, semua kena tolak tepi.. lupakan cerpen, kerana ia masih on progress.. huhuhu.

dan hari ini, biarlah ika menggunakan kata ganti nama 'aku' untuk menggantikan nama 'Ika'

Hari ni aku nak cerita tentang cita2 aku sejak sekian lama.. sejak sekolah menengah lagi.. sahabat karib aku, Atikah Nazirah pun dah sedia maklum dengan cita2 aku yg satu ni.. Chaq pun tau jugak. hehe..  :)

PTD.. apakah itu PTD? Tahukah ia apa? Pejabat Tanah Daerah?? Pantai Teluk Dalam? Pusat Tanam Durian?? sudah pastinya salah jawapan itu. hehe.. PTD merupakan singkatan daripada kerjaya PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK.. PTD ni merupakan jawatan yg boleh bagi peluang yg sangat besar kepada penjawat awam untuk menaiki tangga yg tinggi dalam organisasi kerajaan Malaysia..

Mungkin masih ramai kawan2 aku yg kurang arif tentang kerjaya sebenar PTD ni.. ada yg mengatakan kerjaya PTD ni adalah berkenaan dgn urusan kedutaan di luar negara dan hal ehwal diplomatik serta hubungan luar malaysia.. ia betul.. tapi, takrifan sebenar PTD adalah menyamai jawatan ketua atau perancang di dalam sesuatu jabatan kerajaan..

Jawatan PTD ni agak susah nak dapat.. exam pun susah.. bak kata kakak aku yg dah 2 kali pergi exam PTD: "bukan susah, tapi sangat susah!"

Terdapat 5 bahagian dalam exam PTD.. semua nya 'common sense' dan pengetahuan tentang struktur kerajaan malaysia, termasuk juga cara penyelesaian masalah, esei bahasa melayu dan bahasa inggeris.. pendek kata, kalau semangat tak kental, pengetahuan tentang malaysia 50-50.. jangan harap nak dapat laa.... cium bau pun belum tentu.. huuuuuu... -_-

kerjaya impian ku sejak sekian lama.... 


Terdapat juga kawan2 aku yang nak jadi Diplomat, a.k.a sebagai utusan kerajaan ke luar negara utk mengekalkan hubungan diplomatik antara 2 negara.. tapi, entah kenapa, aku lebih gemar kerjaya PTD laa.. hehe.. cita2 aku memang nak berkhidmat untuk kerajaan Malaysia.. sebab tu, kerjaya PTD memang kerjaya all-time favorite aku.. dalam adik beradik aku, semua kerja swasta, takde yg kerajaan.. jadi, memang impian aku untuk bekerja untuk kerajaan Malaysia.. at least, ada jugak sorang di antara 9 beradik berkhidmat utk kerajaan.. :) 

Mengikut statistik, setiap tahun hampir 10 ribu orang yg amik exam PTD.. 10 RIBU orang tu!! jumlah angka yg bukan sedikit.. namun, daripada 10 ribu orang, hanya 2 ribu saja yang lepas exam.. maknanya, hanya 1 orang daripada 5 orang yg amik exam PTD lulus dalam exam nak jd PTD ni.. exam PTD memang sangat terkenal dengan 'kesukarannya' dan soalan2 yg tahap 'killer'.. dan itulah yg mengekalkan keunggulan kerjaya PTD.. aku yg study bidang Hal Ehwal Antarabangsa ni pun belum tentu berjaya lepas exam tu... errkkk... 


nanti memang aku kena beli buku nih.. huuu..



Aku sebenarnya nak bekerja di Kedutaan Malaysia di luar negara.. aku selalu berangan nak duduk kat luar negara.. hehe.. jadi, untuk capai cita2 tu, aku kena berkhidmat untuk Kementerian Luar Negeri, a.k.a Wisma Putra.. memang susah nak masuk Wisma Putra, tapi andai kita berusaha, InsyaAllah, jalan itu pasti akan dibuka oleh ALLAH.. mungkin orang boleh kata cita2 ni mustahil.. tapi bagi aku, ni lah impian terbesar aku.. yg berada di tempat pertama dalam senarai impian aku.. InsyaAllah..

Kerjaya PTD ni jugak punya banyak kelebihan.. antara kelebihannya:

Kelebihan
1. Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat.. Dalam tempoh 5 tahun anda mungkin berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ini memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain.
2. Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali..
3. Gaji masyuk.. Huhuhuhuhu.. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..
4. Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan nasib.



Huhuhu.. dasyat kan? hehe.. tapi memang benar, aku pernah dengar kata2 sorang pegawai kerajaan negeri Perlis yg kerjaya PTD merupakan kerjaya yg mempunyai gaji tinggi.. pendapatan sebagai PTD merupakan pendapatan yg tertinggi dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.. tapi, bukan gaji tinggi yg aku cari, aku mencari impian aku.. dan impian aku adalah untuk bergelar sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik...


ohh Wisma Putra.. adakah aku mampu untuk menjejaki kamu...? menjadi sebahagian daripada keluarga besar kamu..?


Bila fikir2 balik, mak pun cakap dasyat impian aku ni.. memang susah, tapi ia tak mustahil andai kita berusaha, berdoa, dan tawakal kepada ALLAH... Betul cakap mak aku tu.. :)

Insyaallah, aku akan cuba yg terbaik untuk mencapai cita2 aku.. semoga ALLAH membukakan pintu buat aku dan mempermudahkan segala urusan aku.. Semua insan punya angan2, dan ia bergantung kepada diri sendiri tentang bagaimana mereka mahu merealisasikannya... :)

Malaysia Boleh.. Zulaika pun boleh!! hehehe... InsyaALLAH... :) 


Datuk Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia.. bila lah dapat jumpa beliau...  


Kerajaan Malaysia..impian tertinggi aku untuk bekerja dengannya.. 


Yessss!! thanks Mr. Bo Jackson!! :) 


InsyaALLAH.. akan ku datangi kau...

Sepi..

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku... 

Tanpa dia..
Malam menemani ku
Sepi memelukku.. 

Bulan jangan biar siang...
Biar alam ini kelam..
Biar ia sepi seperti ku....







Assalamualaikum, selamat malam.. malam ni, aku di temani puisi dari filem sepi.. bagi sesiapa yg minat filem sepi, mesti tau puisi ni.. terus terang, bagi aku, puisi ni betul2 menyentuh perasaan aku.. sampai aku menangis tengok filem ni.. sangat terasa kesepian yg melanda semua watak2 dalam filem sepi tu..

Buat mereka yg pernah mengalami kehilangan besar, pasti puisi ni memberi sejuta kali makna buat mereka.. dan ia benar, puisi ni memberi makna yg cukup mendalam buat aku.. tentang cinta, kasih sayang, kerinduan yg teramat... rasa sepi.. bukan semua orang suka akan sepi.. sunyi sepi pun orang tak suka.. tapi, kesepian itu sebenarnya mengajar kita akan realiti hidup yg sebenar..

Selamat menghayati.. :)

Saturday, July 23, 2011

Hanan Nur Dina.. ~Part 4~

Hati saya terus dijentik rasa resah yang berpanjangan.. dan semasa rasa resah itu, zikrullah tidak pernah lekang dari bibir..

Ya Allah.. benarkah dia wardah hamba..? benarkah dia habibah hamba..?

Hari ini, saya menghampiri lagi butik itu, namun, saya tidak masuk.. sekadar memandang dari kejauhan sahaja.. tiba2, saya terlihat kelibat Nur melangkah keluar dari butik itu.. pandangan saya mengikuti langkah kakinya.. tanpa saya sedari, kaki saya turut melangkah.. mengikutinya..

Nur berhenti di hadapan sebuah butik pakaian kanak2, dan seterusnya memasukinya.. saya hanya memandang sahaja, namun kaki tidak berganjak daripada tempat saya berdiri.. daripada luar, saya ternampak Nur menghampiri sebuah ruang yang ada di dalam butik pakaian kanak2 itu. terdapat seorang anak kecil, kecil seperti bayi berada di dalam butik tersebut. saya memerhati lagi.. Nur menghampirinya dan seterusnya mengambil bayi itu dari tempatnya serta memeluk cium bayi itu..seperti seorang ibu mencium anaknya. sangat mesra.

Anak siapa itu..? bisik hati saya. secara drastik, muncul rasa curiga.. hati saya kian resah..

Dan saat itu juga, muncul seorang lelaki yang datang entah dari mana, mengganggu fokus saya terhadap Nur.. lelaki itu berbual dengan Nur. kelihatan mesra.. saya lihat Nur ketawa dan memeluk bayi itu. seakan tidak mahu melepaskannya..

Mungkinkah...? hati saya di amuk rasa kecewa.. mata saya bergenang... Nur... Hanan Nur..

Saya tidak sanggup lagi untuk berdiri lama2 di situ.. terasa longlai kaki ini.. saya mengatur langkah.. lemah. mungkinkah Nur sudah berkahwin dan menggunakan nama panggilan Nur, dan bukan Hanan..?

Ya Allah.. kuatkanlah hati hamba..

Saya beredar dari pusat membeli-belah itu dengan rasa hati yang bercampur-baur.. namun, zikrullah tetap membasahi bibir saya.. menjadi penenang kepada jiwa dan raga.. dan saya membuat keputusan untuk kembali ke kampus kerana saya masih ada urusan yang belum diselesaikan lagi.

Sepanjang perjalanan ke kampus, saya terkenangkan Nur.. sungguh, hati ini gembira kerana wardah yang telah lama saya cari sudah saya temui.. Namun, apa maksud semua perkara yang terjadi tadi..? adakah Nur sudah menjadi milik orang lain..?

Saya tidak jadi pulang ke kampus, seterusnya saya mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran.. saya membelok kereta ke arah yang lain, menuju ke Bangi.. cadang saya, saya mahu menziarahi sebuah rumah anak2 yatim di sana.. di dalam agama Islam, anak2 yatim ini mempunyai kedudukan yang cukup istimewa.. tidak kurang dua puluh tiga kali Al-Quran menyebutnya di dalam berbagai konteks.. menurut Sirah Rasulullah S.A.W, anak2 yatim mendapat perhatian yang khusus daripada Rasulullah, kekasih Allah SWT sendiri.

Dan, dari Ibnu 'Abbas r.a, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ” من قبض يتيما من بين المسلمين إلى طعامه وشرابه أدخله الله الجنة إلا أن يعمل ذنبا لا يغفر له  ( سنن الترمذي )

(barang siapa yang memberi makan dan minum seorang anak yatim di antara kaum muslimin, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga, kecuali dia melakukan dosa yang tidak di ampuni)

Saya menghela nafas, sungguh istimewa anak2 yatim ini buat saya.. mereka lah yang banyak menenangkan hati saya ketika saya berasa gusar.. telatah mereka sangat menghiburkan.. malah, kadangkala jika terdapat masa lapang, saya akan menjadi sukarelawan untuk rumah anak2 yatim tersebut. seketika, ingatan saya terhadap Nur hilang sebentar.. saya mula rasa terhibur, dan tidak sabar untuk sampai di Bangi, bertemu dengan anak2 yatim yang merupakan amanah daripada Allah untuk kaum muslimin menjaganya.. 

Saya mengucapkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. semoga saya dapat mempraktikkan sunnah dan juga akhlak Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian saya..




Bersambung...



Thursday, July 21, 2011

Duhai Hati... bersegeralah kamu pulih...!

21 Julai...

maaf.. ika akan menggunakan kata ganti nama 'aku' hari ni..

Aku masih memikirkan kedatangan hari esok.. kerana tarikh esok, 22 Julai.. selepas 2 hari tarikh lahir aku.. benar2 mengusik jiwa.. menggamit kenangan..

Aku tak mampu nak ungkapkan dengan kata2.. mungkin hanya air mata sahaja yg dapat menceritakan segala2..sekali lagi, aku sangat bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan aku kehidupan.. mengizinkan aku terus bernafas lagi..

Namun.. "mati itu pasti, hidup insyaallah...." aku terus berpegang pada kata2 ni...

Begitu sentimental jiwa ini dengan tarikh 22 Julai..

Abah... ika sayang abah... tiada kata manis yang dapat ika ungkapkan selain doa2 kudus untuk mengiringi abah..

9 tahun berlalu... dan 9 tahun juga ika memendam segala rasa sedih selepas pemergian abah.. daripada talkin terakhir, hingga kini.. berterusan ika memujuk diri dari rasa sedih.. sungguh, ika redha dengan pemergian abah.. Allah lebih sayangkan abah, sebab tu Allah amik abah..

Ada seorang pakcik saudara penah pesan pada aku.. "Kalau kamu sayang abah kamu, kamu jangan menangis.."

Dan aku tak menangis.. sehingga talkin dibacakan, aku tersedar.. bahawa aku akan kehilangan abah yg aku sayang dan sanjung buat selama2 nya.. pada masa tu, air mata mula menitis.. sehingga saat abah telah dikebumikan, air mata tetap menitis..

Aku wujudkan tekad dalam diri.. aku perlu jaga emak.. aku akan jaga emak sampai aku mati.. sudah cukup aku tak dapat jaga abah semasa hayatnya sebab along jaga abah pada masa abah sakit.. aku masih punya tanggungjawab untuk menjaga emak.. tanggungjawab seorang anak terhadap orang tuanya..

Aku berdoa kepada Allah.. hamba mahu menjaga emak hamba.. menjalankan tanggungjawab hamba sebagai anaknya.. insyaallah.. semoga Allah memperkenankan dan mengabulkan doa hamba..

Memang aku sering dimarahi oleh emak.. tapi aku tidak kisah.. memang aku pernah merajuk dengan emak kerana ketajaman kata2 nya.. tapi rajuk ku tak pernah lama.. semua tu aku anggap sebagai cabaran seorang ibu untuk mendidik anaknya..

Ya.. bukan mudah untuk menjaga anak perempuan.. perlu di didik dengan baik agar terus berada di landasan yg benar.. itulah yg emak pernah kata pada aku..

Jauh di sudut hati, aku bersyukur kepada Allah kerana aku di kurniakan hati yg lembut.. walau aku terasa macam mana pun terhadap tutur kata emak, aku tak pernah membalas kata2 nya dengan kasar.. aku sangat menghormati emak.. aku sayang pada emak... teramat sayang.. malah, aku sanggup berkorban untuk nya.. mati pun aku sanggup untuk emak.. kasih sayang aku sangat utuh..

Cuma, aku sangat terkilan... aku tak dapat menjaga abah semasa hayatnya... aku belum sempurna sebagai seorang anak.. kini, abah sudah tiada.. dan rasa bersalah tu sentiasa ada dalam diri.. ya Allah... ampunkan hamba... hamba bukan anak yg baik.. hamba tak dapat menjaga abah hamba semasa hayatnya.. ampunkan hamba ya Allah... ampunkan hamba... :(

Hanya doa, amalan ku dan ayat2 suci Al-Quran yg dapat buktikan tingginya kasih sayang ku kepada abah.. abah tak pernah hilang dari ingatan.. 1 saat pun tak pernah... abah sentiasa di hati.. sampai bila2 pun..



Duhai hati ku... bersegeralah kamu pulih! Kasih sayang Allah itu sangat besar.......

Wednesday, July 20, 2011

Hari Ini...

Dan aku tak online facebook pun hari ni.. aku taktau berapa banyak ucapan 'selamat hari jadi' yang aku dapat..

maaf kerana menggunakan kata ganti nama aku...

Hari ni.. 20 Julai 2011... genap sudah umur aku 22 tahun.. seorang anak gadis yang berusia 22 tahun.. masih menuntut di universiti.. seorang anak gadis yang biasa2 sahaja.. aku ini insan yang banyak kekurangannya.. tapi aku tetap bersyukur.. bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas bumi milik Allah ini.. bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Hajar Atikah Nazirah.. bersyukur kerana dikurniakan keluarga, sanak saudara..

Tapi, sebenarnya.. aku seorang yang suka pendam apa yg aku rasa.. semua tu disimpan jauh dalam lubuk hati, tanpa diketahui oleh sape2 pun..

Dan aku rasa.. di blog inilah aku nak luahkan sedikit apa sebenarnya yg ada dalam hati aku pada tarikh ini....

20 Julai.. tarikh bermakna.. emak lahirkan aku pada tarikh ni.. sungguh gembira... adik beradik aku ramai, dan aku adalah anak yg ke-8 dari 9 beradik.. aku membesar seperti kanak2 yang lain.. tapi sebenarnya, masa kecil aku bukan seorang yang pandai.. dan selalu dimarah oleh abah.. semua tu kenangan bersama abah..

abah mendorong aku untuk belajar rajin2, biar setanding dengan adik beradik yg lain.. sampai sekarang, aku masih pegang kata2 abah dan mak.. "kita orang susah.. takde harta.. hanya pelajaran yang dapat mak dan abah bagi pada anak2 abah.."..

entah kenapa.. semasa menaip entry ini.. hati aku rasa sangat tersentuh.. begitu sentimental jiwa ini setiap kali tanggal 20 Julai hadir.. aku menaip entry ini pun sambil menahan air mata dari jatuh....  aku takmau menangis...

Ya.. aku zulaika shaari, anak yang kuat jiwanya.. jarang menangis..itu yang selalu aku cakap pada diri.. memujuk diri sendiri sejak 9 tahun lalu..

Dari kecik, ahli keluarga aku sentiasa mengatakan yg aku ni lembab.. segala2 nya lembab.. buat kerja lambat.. dalam subjek matematik pun lembab..lalai.. bergerak pun lambat..

Tapi aku terima je.. aku tau, aku selalu kena marah sebab mak dgn abah nak aku jadi orang berguna.. dan dari kecik jugak, aku biasakan diri berdikari.. dan sampai sekarang pun, aku sudah biasa berdikari.. tidak terlalu mengharapkan keluarga.. hasil didikan mak dan abah..

Dari kecik jugak, aku jenis yg suka pendam perasaan.. setiap kali kena marah, aku selalu pujuk diri supaya jgn merajuk dgn family sendiri..dan sampai 1 tahap, aku sering berkata dalam hati.. aku ni selalu kena marah sebab aku bukan anak kesayangan..aku bukan anak pilihan..

Yelah.. masa dulu.. mak lebih sayangkan andak dan kakcik.. abah lebih sayang pada adik aku, dan kak sue.. aku ni duduk di tengah2 sahaja..bila teringat balik, kadang2 aku senyum sendiri.. sekarang ni aku dah lali kena marah dengan mak.. sudah terlalu biasa.. (tapi jauh kat lubuk hati, Allah je yg tau..)

Aku akui, aku tak pandai.. aku memang lembab dalam pelajaran... aku tak cerdik macam kakcik, andak, kak sue, along, dan semua adik beradik lain.. oleh kerana aku sedar siapa aku lah, aku lebih banyak mendiamkan diri.. aku kerap memencilkan diri sendiri.. sebab aku malu.. malu dengan diri sendiri.. namun, kasih sayang Allah itu sangat besar.. walaupun aku tak pandai dalam bidang akademik, tapi Allah telah mengurniakan aku minda yg mudah mengingati ayat Al-Quran.. terima kasih ya Allah..

Hidup ni kadangkala pelik sangat2.. tapi di setiap kepelikan tu, ada makna yg tersirat sebenarnya..


Hari ni, 20 Julai.. banyak perkara yang nak diceritakan.. tapi, rasa kurang yakin untuk meluahkan semua.. mungkin kena tunggu sampai keadaan hati pulih dari semua rasa agaknya...?

Tuesday, July 19, 2011

Seketika Ku Terkenang... Bahagian 1

Assalamualaikum.. hari ni ika guna kata ganti nama 'aku' lagi.. hehe..

Lupakan sebentar tentang cerpen aku tu.. lagipun, aku tengah kumpul idea ni.. hehe..

Dah nak masuk puasa ni, macam2 peristiwa lalu yg aku masih teringat2 lagi.. ade yg kelakar, sedih, kecewa, gembira.. macam2..

Ape2 pun, semua tu jadi rencah kehidupan aku.. yg makin menyedapkan lagi hidup aku ni, pendek kata, "Hidup Biar Sedap"! hehe. :P

Sekarang ni, dah nak masuk sem 5 dah.. dah bergelar senior dahh aku ni.. malu laa pulak.. hehe.. masih ingat lagi lepas exam STPM.. yelahh, lagipun aku ni tak pandai nak matriks2, poli2 semua.. STPM jelaa yg mampu.. (lagipun aku tak penah apply mane2 sebenarnya, kecuali politeknik..hehe..tu pun saje2 apply..)

Aku ni bekas budak sekolah teknik, aliran kejuruteraan mekanikal.. aku bukan minat sangat kejuruteraan, tapi mak aku dah suruh masuk, masuk jelaa.. hehe.. tapi aku suka subjek pengajian kejuruteraan mekanikal tu.. hehe.. >.<

Lepas SPM aku kerja sementara kat sati tadika islam.. majikan aku memang baik giler.. layan aku macam anak sendiri.. dia suruh aku panggil dia "Ummi".. pendek kata, majikan aku sayang pada aku, macam2 majikan aku bagi hadiah.. aku masih ingat pesan beliau sebelum aku ke PLKN..

"Ika..nanti, dah habis PLKN, kalau nak kerja, datang je jumpe ummi.. Ummi bagi ika kerja.. Ummi dah sayang ika macam anak ummi sendiri.. Ika selalu cakap ika banyak kekurangan, ika tak cantik, ika tak pandai.. Tapi, ummi tau hati ika baik.. biar kita tak cantik, tapi kita beradab.. biar kita tak pandai, tapi kita kaya ilmu agama.. sepanjang ika keje dgn ummi, ummi suka sgt2.. ika pandai mengaji.. tengok telatah ika, buat ummi sentiasa nak ketawa je di sebalik purdah ni.." kemudian Ummi pun nangis..

Aku tak penah sangka ummi sayang aku sampai macam tu sekali.. terharu.. sampai aku menangis sebelum aku tinggalkan bumi KL untuk pergi PLKN.. 3 bulan kerja dgn ummi adalah 3 bulan yg terbaik buat saya walaupun gaji pada masa tu cuma rm650.. (mase ni duduk KL dgn kakak..)

Lepas PLKN.. aku masuk Form 6.. dulu, masuk Tingkatan 6 ni orang kata budak2 yg tak pandai je.. tapi buktinya, bohong sekali! classmate aku, semua hebat2! terdiri dari pelajar2 dari aliran sains dan perakaunan yg mmg hebat.. cuma takmau buat form 6 aliran sains sebab susah.. hehehe.. aku masuk kelas 6 Rendah Ekonomi, dan tahun berikutnya 6 Atas Ekonomi..

Masa form 6 adalah masa yg paling gila2 remaja skali.. hehe.. kami, pelajar form 6 mmg kerap buat masalah, terutama dgn Guru Penolong Kanan 1.. beliau mmg anti dgn kami sebenarnye.. pernah 1 hari, beliau kata kami tak layak masuk ke universiti.. kami terdiam adalah dalam 1 minit.. lepas tu kecoh balik sampai beliau pun tak ambik peduli dah pasal kami lepas tu.. hehe..

Masa form 6 jugak adalah 'glory time' buat saya dan kawan2 seperjuangan.. kami sering lepak sama2 lepas habis sekolah, main boling ramai2.. bile time raya, serbu rumah org ni, lepas tu org tu, dan org2 berikutnya.. kami bergerak ramai2.. sepakat! hehe.. bak kata mak saya, 'mongabihkan boreh orang ja ko dgn kawan2 ko tu!' hehehehe.. >.<

Bersambung.....

**sebab nak tido dulu..besok ada latihan kete..heheh..**

Sunday, July 17, 2011

Hanan Nur Dina ~Part 3~

"Assalamualaikum, Imran.. ana uhibbuka lillah, lillah ana uhibbuka hubban jamma.. ana uhibbuka lillah..! Boleh anta terjemahkan maknanya..?" Hanan menundukkan kepala semasa bertanya.. pertemuan pada pagi yang cukup indah itu benar2 menenangkan perasaan..

"Saya cintakan awak kerana Allah, saya cintakan awak dengan sebenar2 cinta.. saya cintakan awak kerana Allah.." saya begitu terkejut. terpana apabila mendengar kalimah itu.. sungguh mendalam sekali maknanya..

Diulang2 olehnya memberi penegasan cintanya...

Ayat itulah yang pernah Hanan lafazkan kepada saya ketika saya benar2 serius bertanya, benarkah dia cintakan saya.. pada awalnya Hanan cukup segan untuk menyatakan. tetapi, apabila seringkali saya ajukan solan yang sama, dia mengalah lantas memberikan saya satu jawapan yang benar2 pasti..

Akhirnya... saya akui, 'mahabbah' kami amat kudus...

Saya bertanya lagi kepada habibah saya itu, andai takdir Allah 'mahabbah' kita tidak sempurna khatimahnya, bagaimana...?

"Imran.. ana cintakan anta kerana Allah.. pertemuan ini adalah anugerah daripada Allah.. ana serahkan 'mahabbah' ana kepada Allah.. dan sekiranya telah Allah maktubkan tiada khatimah yang sempurna di antara kita, ana sedaya upayanya redha dengan ketentuan-Nya.. kerana Allah tau apa yang terbaik buat kita.." sambil tersenyum dan menundukkan wajah, Hanan berkata kepada saya..

Ya Allah.. izinkanlah gadis ini menjadi bidadariku.. hati saya berbisik. saya memaniskan roman muka untuk Hanan.. saya yakin, Allah mendengar bisikan hati saya.....

Saya tersedar.. Astaghfirullah.. betapa kenangan itu benar2 mengusik perasaan saya.. saya termenung lagi..

Ya Allah.. andai telah kau ciptakan nya untukku, maka pertemukanlah aku dengan dia.. Hati saya merintih pilu.. terlalu kejap pelukan kerinduan ini.. Wardah saya yang menghilang, kini telah saya temui.. tetapi, kenapa seperti dia tidak mengenali saya lagi..?

Saya teringat akan pertemuan kami di Butik Hanan hari itu. dan tiba2 hati saya dijentik resah...



Bersambung....




***aduhh.. pening nak fikir plot cerpen ni...***

Friday, July 15, 2011

Hanan Nur Dina ~Part 2~


Duhai hati... bertenanglah.. habibahmu sudah kau temui...

Tapi... mengapa Nur? Bukan Hanan sebagaimana dia mahu saya memanggilnya semasa di alam pengajian dahulu. dia mahu tafsiran makna 'Hanan' menjadi lambang kepada dirinya. 

Ya! Hanan.. nama ini mempunyai makna yang cukup indah.. kelembutan dan kasih sayang. dan oleh kerana itulah, dia kurang senang apabila saya memanggilnya Hanani ketika mula2 mengenalinya di universiti. Hanani.. maksudnya kasih sayangku.

Kami sama2 mendalami indahnya Bahasa Arab. nahu, uslub, dan balaghah yang menggambarkan keunggulan Bahasa Arab. malah, kami terlalu menghayati maknanya kerana Bahasa Arab adalah bahasa syurga, dan bahasa ahli syurga.

Hanan adalah seorang wanita yang lahir daripada keluarga pakar bahasa. abinya seorang pensyarah, dan pernah menjadi Ketua Jabatan Bahasa Arab, di Fakulti Bahasa dan Linguistik di universiti tempat kami sama2 menuntut ilmu. maka, tidak hairanlah Hanan mahir dalam bidang bahasa kerana dia juga adalah anak kacukan Inggeris-Melayu, kerana umminya merupakan seorang muslimah berbangsa Inggeris.

Dia begitu sempurna di hati saya.. Hanan.... Hanani!

Oh ya.. benarlah, namanya Hanan Nur.. sekilas saya teringat akan nama penuh Hanan.. saya hampir2 lupa kerana kebanyakan orang meletakkan nama 'Nur' pada pangkal nama. pernah saya bertanya mengapa nama 'Nur' diletakkan selepas nama Hanan. jawapan Hanan cukup mudah, iaitu kerana perkongsian. hingga hari ini, saya masih lagi kurang arif akan maksud tersirat yang berada di dalam jawapan ringkas itu..

Saya pergi lagi ke Butik Hanan. namun, hati berasa sedikit kecewa.. saya tidak bertemu wardah saya hari ini.. selajur itu, saya terkenangkan kisah kami.. bagaimana saya boleh ber'mahabbah' dengannya?

Dia... ya, Hanan.. dia bintang angkasa.. sedangkan saya, hanya mampu memerhatikannya daripada kejauhan. namun, hadirnya memberi saya harapan bahawa saya mampu membina kerjaya yang saya idam2 kan.. saya mampu untuk berdiri setanding dengannya yang cemerlang dari segi akademik dan petah bicara.

Dia amat istimewa bagi saya... bertudung labuh melepasi dada..

Dan kerana perasaan istimewa itulah, saya sering di usik teman sebilik merangkap teman akrab saya, Luqman. pernah satu hari, Luqman memasang lagu 'Kerna Dia' nyanyian Yasin Brothers dan turut menyanyikan lagu itu untuk saya. katanya, saya seperti orang kerinduan.. seperti Majnun yang merindukan Laila.. 


"Yang rupawan tiada bandingan
Masyhur namanya di bibir yang bestari
Ingin kukenali
Dan ingin ku mengerti
Apa yang perlu 
Untukku bertemu
Setelah kian lama
Terbiar jiwa lara
Yang hilang tercari-cari 
Sang puteri 
Semakin kenal dia 
Semakin mendalam rasa 
Semakin yakin dia 
Luruhlah segalanya
Kerana dia kugembira
Kerana dia kubahagia
Kerna dia bermakna
Semuanya hanyalah kerana dia
Kerana dia kumabuk rindu
Kerana dia tercabar fitrahku
Kerna dia sebenarnya
Semuanya hanyalah kerana dia"

Saya tersenyum lagi, terkenang memori indah bersama Hanan.. k
adangkala Hanan kelihatan lebih ayu apabila dia mengenakan jubah dengan tudung labuh melepasi dada. seperti gaya pemakaian muslimah dari bumi Arab. dan kerana jubah dan tudung labuh itulah saya amat meminatinya, malah tidak salah untuk saya akui bahawa saya me'mahabbahi'nya. tetapi secara diam2 sahaja...

Semusim di Universiti Islam Antarabangsa, pada akhir pengajian.. sebelum melangkah meninggalkan bumi UIAM, saya ajukan satu soalan untuknya. moga2 dia faham akan maksud tersirat saya..

"Sudikah anti menjadi sayap kiri perjuangan ana?.." dan kerana wanita itu dicipta daripada tulang rusuk lelaki, maka saya menyatakan hasrat hati saya melalui gaya bahasa kiasan. berlapik dan beradab. 

Pertemuan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada petang yang penuh berkat itu memberikan saya seribu warna kasih yang jauh lebih indah daripada indahnya warna pelangi.. rupa2 nya, ada ikatan hati di antara kami..

Dia membalas dengan mesej ringkas tetapi sarat dengan makna yang mendalam beberapa hari selepas liqa' (pertemuan itu)... 



Bersambung....  






***pening kepala.. hanya ni lah yang dapat di taip buat masa ni.. @.@...***

***terima kasih kepada seorang teman dari UIAM kerana menterjemahkan perkataan bahasa arab dalam part 2 ni*** 



Thursday, July 14, 2011

Hanan Nur Dina ~Part 1~ Release..


Benarkah dia wardah yang amat saya rindui? yang telah sekian lama memarakkan api kasih di hati nurani saya. yang telah menyuburkan rasa kasih di laman nurani saya.. lama saya mengamatinya.. tapi, benarkah dia?

Benarkah dia Hanan, habibah saya..? kelmarin, semalam dan hari ini saya kunjungi pusat beli belah ini- Mid Valley. hanya semata2 untuk memastikan itu dia.. setelah sekian lama saya jejaki... akhirnya, saya temui nya kembali..

Saya membuat keputusan, saya mesti masuk ke butik itu hari ini. saya harus pastikan bahawa itu dia, biarlah keresahan yang selama ini mendiami kamar hati ini pergi.. Terasa amat janggal apabila kaki saya melangkah ke Butik Hanan kerana saya seorang lelaki.. pasti pelbagai andaian akan tercipta apabila seorang lelaki mengunjungi butik pakaian untuk muslimah..

"Assalamualaikum, encik. Nak busana yang macam mana? untuk siapa?" sapa seorang jurujual wanita.
"Waalaikumussalam.. Err.. saya..." rasa kaget menyelubungi diri. tidak tahu apa yang perlu diperkatakan.
"Tak apa, encik tengok2 lah dulu.. atau encik boleh amati album ni.." dengan ramah jurujual wanita itu menyerahkan sebuah album busana muslimah. penuh sopan sekali telatahnya.

Saya mengambil album tersebut daripada tangan putih bersihnya. saya membelek2 album itu, sekadar menunjukkan bahawa saya berminat. mata saya tertumpu kepada satu foto. baju ini berserta modelnya mengingatkan saya kepada satu peristiwa..

"Boleh saya tahu siapa dia?"
"Ohh.. namanya Nur, pemilik butik ini.." sambil tersenyum  jurujual itu menyambut pertanyaan saya.

Saya berpuas hati dengan jawapan tersebut, dan kembali merenung album busana muslimah milik butik itu.

"Hanan..." saya tersapa dengan panggilan itu. lantas, berlaku lintasan impuls di dalam sistem saraf. otak saya cepat2 mentafsir dan akhirnya sebagai efek positif, saya berpaling mencari arah dari mana datangnya suara itu. 

Siapa Dia? hati berbisik.. berkata2 sendirian. Saraf optik saya menghantar impuls imej yang terbentuk di retina ke otak untuk ditafsir, dan akhirnya saya terasa sepertinya saya ada satu ikatan hati dengannya..

Dia merenung saya. lama. memberi sedikit ruang waktu untuk capaian memori lama saya.
"Assalamualaikum.." spontan saya menuturkan kalimah sejahtera itu.
"Waalaikumussalam.."
Tiba2, reminder handset saya berbunyi. Allah! saya perlu kembali ke pejabat, ada meeting penting. sebagai seorang pensyarah, tugas harian saya begitu padat apatah lagi saya sedang mengumpul bahan untuk tesis Ph.D saya.

Saya segera berpaling dan berlalu keluar.. namun, langkah saya terhenti seketika. 
Yakinlah, dia akan datang.. Nur! saya memberi harapan kepada diri sendiri..


Bersambung...


***zulaika shaari***

hehehehe.. baru berani nak post kat blog.. masih banyak kekurangan lagi ni.. adehh.. cerpen2 yg ika buat masa sekolah menengah dulu semua dah hilang... ni baru nak cuba asah bakat balik... @.@

Wednesday, July 13, 2011

Lelaki Berduka dari Tanah Rencong..

Lelaki berduka dari Tanah Rencong...
Laksamana Sunan.. Saifudin Jalis..
siapa tak kenal Tanah Rencong? gelaran untuk Nanggroe Aceh Darussalam..
ika tertarik untuk beri tajuk ini untuk entry terbaru ini kerana..
benar2 terpengaruh pada hasil garapan penulis thriller kegemaran ika, 
Ramlee Awang Murshid..
novel trilogi "Bagaikan Puteri"

Namun begitu..
wujud kah lelaki itu?
ahh.. mungkin hanya di minda dan khayalan ika sahaja...

Ika tertarik dengan keperibadiannya, tulus dari segenap sukma..
keyakinannya kepada ALLAH cukup utuh.. khusyuk nya di dalam solat...
semua nya cukup meninggalkan bekas di dalam hati ika..
walaupun cuma di dalam novel, entah mengapa..
ika benar2 mengharapkan agar jodoh untuk ku adalah seperti dia..

Tapi, di dunia ni masih adakah lelaki sepertinya???