Sunday, April 22, 2012

Law Kana Bainana.. :(

Assalamualaikum..

Hari ni ika nak share tentang sesuatu.. Law Kana Bainana.. :(
If the Beloved (Rasulullah S.A.W) be with us.. were among us..

bergenang air mata ika setiap kali mendengarnya..
jauh di sudut hati yang paling dalam.. hati ini merinduinya.. teramat merinduinya..

namun, hati ini malu..
malu untuk menyatakan rasa rindu yang tersirat..
kerana ika hanya insan biasa.. sedangkan yang di rindu itu adalah kekasih Allah..

Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ikutan orang-orang bertakwa.. serta ke atas keluarga dan ahli-ahli rumahnya, dan sahabat-sahabatnya sekalian..


******************************************

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu..

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum..
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,

Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah...

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang tidak asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad..
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja..
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu...


(Terjemahan lirik Law Kana Bainana)


Friday, April 20, 2012

My Mother, My Mother, My Mother.. My Father..

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father..

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father..

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother..

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father..

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother..

Say Alhamdulillah..
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother...


Mak, this is for you.. :)

I don't how to say, and I don't know how to show you that I really love you, and care about you.. There's nothing in this world can describe my love to you, Mak..

Abah.. I really miss you so much..
Everytime I miss you, I will close my eyes.. recite the Doa for you..
I talk to Allah, I tell Him what I feel.. and then I cried.. like a child..
I really miss you, Abah.. really..
I really want to meet you.. even for 1 second only.. even in my dreams..
I want to hold you, and I want to tell you how much I love you..
Abah...
I promise.. I will be a strong girl.. InsyaAllah..

Alhamdulillah, Thank You Allah..
Thank You for My Mother..
Thank You for My Father..
I promise.. Ya Allah.. I promise to myself..
I will be a good daughter, a solehah daughter to my beloved Mother and Father..

Ya Allah.. grant us Jannah..
Aamiin.


Hanya Mahu Jadi Lebih Baik.. :)

Assalamualaikum.. bertemu lagi..

hari ni, ika nak kongsi tentang sesuatu..

:)..

sejujurnya, ika hanya mahu jadi lebih baik, ika hanya mahu ubah diri untuk jadi lebih baik, buat perubahan yang baik, dan ika mahu jadi anak yang solehah untuk mak dan arwah abah ika..

ika hanya mahu jadi muslimah yang baik, memperbaiki diri ika yang sememangnya banyak kekurangan..

ika hanya mahu jadi hamba Allah yang baik, yang beriman dan bertakwa.. ika hanya mahu mencari keredhaan Allah.. melalui munajat ika, melalui pengabdian ika kepadaNya...

ika hanya mahu jadi Zulayka Shaari seperti yang semua orang kenal.. dan ika hanya seorang hamba yang sedang menjalani kembara di bumi ini demi meraih cintaNya..

Ya Allah, limpahi hamba rahmat dan kasihMu...

Zikir rindu pada yang Esa..
Selawat kasih pada Rasul yang di cinta..
Dari sujud ke sujud, sejuta doa ku lantun untuk cinta..
Dari sujud ke sujud, ku tasbihkan hanya untuk cinta..
Subhanallah, cinta terus bertasbih....




sehingga bertemu lagi, Assalamualaikum....

Tuesday, April 10, 2012

Saya Pencinta Kucing

Assalamualaikum..

berjumpa lagi! ika sekarang tengah buat assigment untuk subjek International Human Rights Law.. tapi ni rehat kejap dan tiba2, sesuatu terlintas di fikiran..

Kucing! ya tentang kucing! :D

ika memang sangat2 sayang pada kucing, taktau laa nak gambarkan macam mana perasaan ni.. kasih sayang ika terhadap kucing memang terlalu dalam.. sampai kadang2 ika anggap kucing macam sebahagian dari family ika sendiri..

punya laa sayang sangat pada kucing.. lagipun dari kecik ika dah di ajar sayangkan kucing.. :D

memang sekarang kat rumah ika dah tak bela kucing sebab anak sedara ika, Iyadh ada masalah lelah yang teruk.. jadi family ika tak bela kucing dah..

tapi, setiap kucing yang datang rumah, memang ika dengan mak akan bagi kucing makan.. sebab tu, banyak kucing datang rumah, kadang2 sampai tak cukup makanan di buatnya..

tapi takpe, ika rasa puas hati bila dapat tengok kucing2 yang lapar kenyang dengan makanan yang ika dengan mak bagi walaupun kadang2 dalam kuantiti yang terhad..

bagi ika.. kucing memang haiwan yang sangat istimewa.. kerana kucing ni manja.. ika suka sangat.. :D


 alalala... comelnye.. :D


ish geramnyaaa... :D


ada love2 lagi.. >.<


sekali tengok macam laila dan majnun dah.. :D


alaaaa... >.<


nampak aktif nye.. :D


dok tngok apa tu.... :)


hai...ika memang sayang sangat pada kucing.. :)

moga ika di kurniakan jodoh yang suka kan kucing jugak, insyaAllah.. :)

ok, sehingga bertemu lagi dengan kisah yang lain pula.. :D


Assalamualaikum... :)

*************************************

Monday, April 09, 2012

Kisah Cendawan dan Marshmallow

Assalamualaikum..

hari ni, ika nak ceritakan satu kisah.. kisah Cendawan dan Marshmallow.. :)

**************************

Pada suatu hari yang indah, di Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.....

Saya, bersama dengan 4 lagi kawan, iaitu Hariz, Chaq, Nabila, dan Ziana telah memulakan perjalanan ke Jitra untuk mencari barang2 keperluan untuk sebuah Majlis Makan Malam dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi...  vroomm.. vrooommm.. (maaf, nombor plat kereta terpaksa dirahsiakan demi keselamatan pemilik)


nombor plat terpaksa dirahsiakan...ok? :D


 Di dalam perjalanan ke Jitra yang mengambil masa kira2 dalam 30 minit je, macam perkara yang telah kami bualkan.. semua jenis yang mengundang gelak sampai kami semua sakit perut sebab terlebih gelak.. dari cerita A yang cukup kelakar, pergi pula ke cerita B yang lebih kelakar sampai 1 tahap tu, kami dah tak larat nak gelak lagi.. Astaghfirullahal 'azim.. (yang pegi semuanya jenis ringan mulut.. pot pet pot pet tak henti2.. mane tak hingar kereta tu..)

Tapi, walaupun antara kami terdapat perbezaan umur dan juga semester, Hariz, Nabila dan Ziana adalah junior manakala saya dan Chaq adalah senior.. tapi kami tetap punyai hubungan yang akrab, seperti kawan yang sudah lama saling mengenali.. kami senang bergaul sesama kami.. tu lah yang paling menyeronokkan saya.. :)

ok, ni Hariz dan Ziana.. ehem2.. dua2 sudah already taken ye! :D



 ni pulak Nabila.. adehh ape ade gambar Iqmal pulak ni.. caiss.. :D


ni Chaq.. vogue da vazzzzz... :D


Ok, setelah berborak panjang dalam kereta seolah-olah dah tak jumpa 10 tahun, kami pun sampai la di Jitra.. dan destinasi seterusnya dekat kedai2 yang berdekatan dengan C-Mart kot.. kalau tak salah laa.. pasal Nabila dengan Ziana nak beli barang untuk persiapan Majlis Makan Malam..

Nak tunggu Ziana dengan Nabila ni amik masa lama jugak laa.. biasa laa orang perempuan.. kalau nak membeli mesti nak pilih yang cantik2 kan.. :D

Masa nak tunggu Nabila dengan Ziana tu, sempat jugak laa saya, Chaq dan Hariz pegi lepak kedai makan dan masing2 order Nasi Goreng 1 pinggan sebab dah kelaparan sangat.. huhuhu.. (hungry make me angry..haha)

Dalam 2 jam kot.. rasanya lah.. Nabila dengan Ziana pun dah siap beli barang yang dorang nak cari.. banyak jugak.. ada belon lah, bunga lah, kilat2 lah, polisterin lah.. macam2.. untuk persiapan Majlis Makan Malam.. :)
 

saya suka belon warna warni! tapi saya bukan seperti budak2 ok.. :)


Lepas tu, destinasi yang seterusnya ialah sebuah kedai yang terletak dekat2 dengan Bank Islam Jitra.. kedai tu ada jual macam2 makanan ringan.. kami nak beli makanan ringan untuk letak dalam 'goodie bag' tetamu yang kami raikan dalam Majlis Makan Malam tu.. (kami beli semua yang sedap2 ye.. takde beli ding dang ke, choki2 ke..ok?)

Kami berlima masuk ke dalam kedai tu dan mula meronda2 macam polis peronda.. padahal nak beli makanan ringan je pun.. tapi lagak macam nak cari barang kat pasar raya Aneka... haihh... -_-

Di kedai itulah berlakunya sesuatu peristiwa....

Saya meronda2 tengok makanan ringan yang banyak dalam kedai tu.. macam2 yang saya tunjuk pada Chaq dan Hariz.. sebab terlalu rambang mata, saya tengok2 sekeliling saya.. tak jauh daripada situ, ada dalam 2 orang pekerja hanya memerhatikan gelagat kami yang bingung sebab banyak sangat jenis makanan ringan.. (adoi.. masa tu memang pening)

Sedang saya melihat2 pelbagai jenis makanan ringan, mata saya terpandang pada 1 jenis makanan ringan ni..




Apa ni? makanan apa ni? peliknya.. dalam hati saya terdetik kata2 seperti itu sebab saya rasa dalam banyak2 makanan ringan yang saya makan sejak dari kecik sampai dah berumur hampir 23 tahun ni, ni kali pertama saya tengok makanan yang bernama 'Marshmallow' ni.. 

Saya ambik 1 bungkusan, saya belek2.. saya tengok kiri kanan, setelah memastikan tak ada sesiapa di situ, saya picit2 benda warna putih dalam bungkusan tu.. ehh, kenape kenyal ye???? saya jadi makin pelik dengan makanan yang bernama 'Marshmallow' ni...

Kebetulan pada masa tu, Chaq, Hariz, Ziana dan Nabila datang ke arah saya.. dan saya dengan muka selambanya menanyakan tentang apa yang saya fikirkan berada dalam plastik yang saya pegang..

"Ehh.. Marshmallow ni.. macam Cendawan kan..?"

Dengan penuh konfiden muka selamba, dan merasakan ilmu sudah penuh di dada tentang sesuatu berwarna putih yang berada dalam plastik tu.. saya bertanya pada mereka berempat... 


rasa sangat konfiden dengan mengatakan marshmallow adalah spesis cendawan!!

Tapi........ -_-

Pada mulanya, saya tidak mendapat sebarang jawapan dari mereka.. kecuali mereka menayangkan reaksi muka seperti ini.....

ketawa.. -_-


ketawa lagi...... -_-


 dan ketawa lagi.... -_-


Mereka berempat ketawakan saya.. dan saya jadi bingung sekejap.. kenapa mereka ketawakan saya? Saya ni sebenarnya cepat blur.. tambah2 kalau saya tak faham dengan keadaan yang berlaku.. memang muka saya akan nampak blur sangat2.. macam budak nerd pun ada.. -_-

Saya terdengar pula suara ketawa di sebalik jenis2 makanan ringan yang pelbagai.. saya nampak pekerja kedai tu.. 2 orang pekerja kedai tu pun ketawakan saya.. ketawa berdekah-dekah.. 

Ehh, apa ni? Adoi... 

Saya mula bersuara..

"Laa.. kenapa gelak? betul laa Marshmallow tu Cendawan kan..???"

Dan.. mereka ketawakan saya lagi... sampai la tiba2 Nabila mencelah..

"Kak Ika.. mane ade Marshmallow tu cendawan lah kak.. Marshmallow tu Marshmallow lah.. rasa dia manis2.. Cendawan tu tak ade kaitan pun dengan Marshmallow kak...."

Sambil tahan gelak, Nabila bagitau macam tu pada saya.. Kemudian Hariz, Ziana, dan Chaq pula..

Chaq: "Ang ni.. Marshmallow pun tak tau ka? Apa laa.. buat malu aku ja.. haa tudia aku nak gelak kuat la ni.. HAHAHA.. "

Hariz: "Kak Ika oii, marshmallow ni dari gula laa kak, apa cendawan pulak.. HAHAHA.."

Ziana: "Haah laa Kak Ika.. HAHAHAHA.." 



Kisah yang sebenarnya, masa saya belek2 Marshmallow yang ada dalam plastik tu, entah kenapa saya rasa Marshmallow tu cendawan, macam cendawan, mungkin rasa dia pun macam cendawan.. saya tak tau laa ape yang saya dok fikir sangat Marshmallow ni macam cendawan... dah laa email saya pun mabuk cendawan.. (err merepek apa ni..)

Pada masa itu, selepas mendengar kata2 itu... riak muka saya mula berubah seperti ini....

 adoi.. mana nak letak muka.. -_-


kalau boleh menyorok dalam kotak pun elok ni.. adehh.. T_T



Malu sungguh saya rasa pada masa tu.. tu laa, konfiden sangat cakap 'Marshmallow' tu 'Cendawan'.. kan dah salah.. -_-

4 orang kawan saya tu termasuk 2 pekerja kedai tu memang sungguh2 gelakkan saya sebab kes Cendawan-Marshmallow tu.. tapi saya buat2 'cool' dah gelak2 jugak laa.. padahal dalam hati... MALU GILA! T_T 

 Lepas bayar barang2 yang dah di pilih.. Chaq sekali lagi ingatkan saya..

"Haa Ika.. lepas ni ingat, Marshmallow tu bukan Cendawan tau..?"

Dan Hariz, Ziana dan Nabila ketawakan saya.. adehh.. dah kena sebijik! huhu.. nak buat macam mana.. 

Sebelum masuk ke dalam kereta.. saya merenung kedai tu, ya.. kedai ni laa telah menjadi punca saya di ketawakan.. adehh.. 

 Cendawan.. ya! ni memang cendawan... -_-

 ni Marshmallow.. ingat! ni Marshmallow!! >.<

 CENDAWAN MARSHMALLOW? cendawan BUKAN marshmallow!!!!! -_-


Kami meneruskan perjalanan pulang ke UUM dan sepanjang perjalanan pulang tu, habis saya di jadikan bahan gelak mereka berempat.. tapi saya tak kecik hati.. malah turut sama2 gelak.. hehe.. 

Lepas tu, balik ke UUM, dalam perjumpaan yang seterusnya bersama dengan AJK yang lain, cerita ini telah tersebar dan mereka menggelar saya sebagai CENDAWAN MARSHMALLOW.. huhuhu..

Sudah lah sebelum ni, dalam kelas Cross Cultural Management, pensyarah saya, Dr. Marlin Marissa memanggil saya dengan nama email saya, MABUK CENDAWAN.. gara2 saya terlupa memperkenalkan diri masa hantar email pada doktor.. aduhh.. -_-

Tapi tak apa, sebab CENDAWAN MARSHMALLOW lah makin merapatkan hubungan kami semua.. hehe.. :D

Perasaan gembira memang patut di kongsi bersama, kan? haha.. We're Having A Good Time Together.. :D 

Dan inilah pengalaman saya, kisah saya.. kisah yang berlaku semester lepas.. 

Kisah Cendawan-Marshmallow.. :)

Sekian, sehingga bertemu dengan kisah yang lain pula! :D


Assalamualaikum..

 **************************





Sunday, April 08, 2012

Semoga Nisa Cepat Sembuh! :(

Assalamualaikum..

hari ni, ika tukar design blog sebab ika rasa template yang ni cantik, warna-warni.. dan ika suka..

tapi, hari ni ika terima 1 berita yang sangat mengejutkan.. :(

anak saudara ika, Nisa.. sekarang kat Seremban Specialist Hospital.. ditahan di isolation room sebab demam panas dan terkena jangkitan kuman.. :(

Ya Allah.. Nisa baru 3 tahun.. kecik lagi dan terpaksa tanggung sakit tu.. :(

sedih sangat ika dengar dari kakak tadi, lepas ika solat Maghrib.. ika terus baca Surah Yaasin untuk Nisa.. ika tak dapat balik rumah dan jenguk Nisa.. hanya doa dan bacaan Yaasin yang dapat ika kirimkan buat anak saudara ika tu..

Ya Allah.. Hamba mohon.. Kurniakanlah kesembuhan kepada anak saudara hamba, Nur Quratun Nisa.. hamba mohon Ya Allah.. :(


sayang nisa sangat2..semoga cepat sembuh ye sayang.. :(

Friday, March 23, 2012

Inspirasi Hari Ini.. :)

"Dia berpakaian longgar dan menutup aurat.
Belum tentu dia solehah. =.=
Wall FB, Twitter, Blog... nya penuh dengan post Islamic.
Belum tentu dia amalkan semuanya.

Tapi..

Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. ^^
Mengikut syariat Islam selagi termampu. :)
Melaksanakan suruhan-Nya selagi denyut nadi masih bernafas. ;)
Supaya menjadi calon isteri solehah bakal penghuni syurga. ^^,
Dan supaya menjadi hamba Allah yang mendapat naungan redha-Nya. ^^,

♥ InsyaAllah.. ♥

~ Dakwah itu kan tugas setiap Muslim. ;D"
 Assalamualaikum, hari ni..masa ika online Facebook tadi, ika ternampak status seorang rakan FB ika ni.. mcm kt atas ni laa status beliau.. (nama fb terpaksa dirahsiakan)
 hehe.. ika cukup tertarik dengan status beliau ni.. 
berusaha menjadi yang terbaik.. dan melakukan perubahan..
ya, ia bukan sesuatu yang sangat mudah untuk kita semua lakukan..
ika pun sedang melakukan perubahan jugak, perubahan ke arah yang lebih baik..
insyaAllah.. semoga perjalanan ika ni diredhai oleh Allah.. :)
  semoga kita semua mendapat keredhaan daripada Allah, insyaAllah.. :D
semoga bertemu di dalam kisah yang lain pulak, :)
Assalamualaikum.. :)

Saturday, March 17, 2012

Jodoh tu.. Rahsia Allah..

Assalamualaikum.. hari ni, bertemu lg..
ika dah lame betul tak update blog ni.. hehe..
dan hari ni, ika nak kongsi sesuatu.. yg terlintas di fikiran ika..
tentang jodoh..

ya.. jodoh tu.. rahsia Allah yang maha esa..
kita takkan tahu teka teki Allah ni sampai la satu masa nanti ianya akan terungkai dengan sendirinya.. :)
apa yang buat ika tertarik dengan entry ni..
bila ada sorang kawan fb ika (Firdaus Zakaria) tanye pada ika tentang peluang kedua..
bentuk soalan dia mcm ni..

"z.. (beliau panggil ika sbg z dan ika panggil beliau f)
"percaya tak dengan peluang kedua..?"

sebenarnya ade lagi soalan kt belakang tu.. tapi taknak mention laa.. cukup soalan ni je yang buat ika tertarik dan terfikir sesuatu.. :)

jodoh..
peluang kedua..
sesuatu perkara yang menarik, kan?

jodoh tu.. benar2 rahsia Allah.. lebih baik kita tak mengetahui siapa jodoh kita sampai kita bertemu dengannya.. :)

tapi kan, ada orang kata, kalau tak cari, tak usaha.. macam mana nak datang jodoh tu?
ada yang siap mandi bunga bagai2.. hehe..
tak paham jugak dengan situasi yang mcm tu kadang2.. :)
takut benar diri tak laku..

bagi ika, Allah itu Maha Adil.. Allah tahu yang terbaik untuk setiap hambanya.. :)
mungkin sekarang ni ika kecewa kerana jodoh yang tak kesampaian, tapi masa depan kita tak kan tau macam mana keadaannya kan?

takde sapa2 pun yang mahu hidup sendiri.. semua manusia ada perasaan.. rasa suka, cinta, sayang, rindu tu.. fitrah manusia sejagat.. perasaan indah kurniaan Allah yang Maha Esa.. ika pun tak terkecuali..

cuma, sekarang ika belum bertemu dengan sape2 lagi.. lebih baik begini.. sebab ika tak tau sape jodoh ika la, hati akan jadi terpelihara dengan baik.. jodoh ika pun.. insyaAllah akan Allah pelihara dengan baik juga..

ika sentiasa berdoa.. agar dikurniakan jodoh yang baik2.. yang boleh menerima ika dan family ika seadanya.. yang mampu membimbing ika ke arah yang benar dan di redhai Allah..

menarik betul bila cakap soal jodoh ni.. hehe..




sehingga bertemu lagi dengan kisah yang lain pula.. :)
Assalamualaikum..


***************************************************************************