Saturday, July 23, 2011

Hanan Nur Dina.. ~Part 4~

Hati saya terus dijentik rasa resah yang berpanjangan.. dan semasa rasa resah itu, zikrullah tidak pernah lekang dari bibir..

Ya Allah.. benarkah dia wardah hamba..? benarkah dia habibah hamba..?

Hari ini, saya menghampiri lagi butik itu, namun, saya tidak masuk.. sekadar memandang dari kejauhan sahaja.. tiba2, saya terlihat kelibat Nur melangkah keluar dari butik itu.. pandangan saya mengikuti langkah kakinya.. tanpa saya sedari, kaki saya turut melangkah.. mengikutinya..

Nur berhenti di hadapan sebuah butik pakaian kanak2, dan seterusnya memasukinya.. saya hanya memandang sahaja, namun kaki tidak berganjak daripada tempat saya berdiri.. daripada luar, saya ternampak Nur menghampiri sebuah ruang yang ada di dalam butik pakaian kanak2 itu. terdapat seorang anak kecil, kecil seperti bayi berada di dalam butik tersebut. saya memerhati lagi.. Nur menghampirinya dan seterusnya mengambil bayi itu dari tempatnya serta memeluk cium bayi itu..seperti seorang ibu mencium anaknya. sangat mesra.

Anak siapa itu..? bisik hati saya. secara drastik, muncul rasa curiga.. hati saya kian resah..

Dan saat itu juga, muncul seorang lelaki yang datang entah dari mana, mengganggu fokus saya terhadap Nur.. lelaki itu berbual dengan Nur. kelihatan mesra.. saya lihat Nur ketawa dan memeluk bayi itu. seakan tidak mahu melepaskannya..

Mungkinkah...? hati saya di amuk rasa kecewa.. mata saya bergenang... Nur... Hanan Nur..

Saya tidak sanggup lagi untuk berdiri lama2 di situ.. terasa longlai kaki ini.. saya mengatur langkah.. lemah. mungkinkah Nur sudah berkahwin dan menggunakan nama panggilan Nur, dan bukan Hanan..?

Ya Allah.. kuatkanlah hati hamba..

Saya beredar dari pusat membeli-belah itu dengan rasa hati yang bercampur-baur.. namun, zikrullah tetap membasahi bibir saya.. menjadi penenang kepada jiwa dan raga.. dan saya membuat keputusan untuk kembali ke kampus kerana saya masih ada urusan yang belum diselesaikan lagi.

Sepanjang perjalanan ke kampus, saya terkenangkan Nur.. sungguh, hati ini gembira kerana wardah yang telah lama saya cari sudah saya temui.. Namun, apa maksud semua perkara yang terjadi tadi..? adakah Nur sudah menjadi milik orang lain..?

Saya tidak jadi pulang ke kampus, seterusnya saya mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran.. saya membelok kereta ke arah yang lain, menuju ke Bangi.. cadang saya, saya mahu menziarahi sebuah rumah anak2 yatim di sana.. di dalam agama Islam, anak2 yatim ini mempunyai kedudukan yang cukup istimewa.. tidak kurang dua puluh tiga kali Al-Quran menyebutnya di dalam berbagai konteks.. menurut Sirah Rasulullah S.A.W, anak2 yatim mendapat perhatian yang khusus daripada Rasulullah, kekasih Allah SWT sendiri.

Dan, dari Ibnu 'Abbas r.a, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ” من قبض يتيما من بين المسلمين إلى طعامه وشرابه أدخله الله الجنة إلا أن يعمل ذنبا لا يغفر له  ( سنن الترمذي )

(barang siapa yang memberi makan dan minum seorang anak yatim di antara kaum muslimin, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga, kecuali dia melakukan dosa yang tidak di ampuni)

Saya menghela nafas, sungguh istimewa anak2 yatim ini buat saya.. mereka lah yang banyak menenangkan hati saya ketika saya berasa gusar.. telatah mereka sangat menghiburkan.. malah, kadangkala jika terdapat masa lapang, saya akan menjadi sukarelawan untuk rumah anak2 yatim tersebut. seketika, ingatan saya terhadap Nur hilang sebentar.. saya mula rasa terhibur, dan tidak sabar untuk sampai di Bangi, bertemu dengan anak2 yatim yang merupakan amanah daripada Allah untuk kaum muslimin menjaganya.. 

Saya mengucapkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. semoga saya dapat mempraktikkan sunnah dan juga akhlak Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian saya..




Bersambung...



No comments:

Post a Comment