Wednesday, August 10, 2011

Anak Adalah Anugerah Allah S.W.T..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

ika terpanggil untuk buat entry tentang anak ni setelah terbaca di suatu artikel tentang seorang wanita yang menunggu hampir 8 tahun untuk mendapatkan seorang anak.. selepas dapat anak yg sentiasa diimpikan, anak itu selalu dipukul dan sentiasa dimarah..

merujuk kepada artikel, anak itu mempunyai masalah, di mana anak itu adalah anak yang 'hyperactive', dan seringkali bercakap seorang diri.. di dalam artikel tu lagi, anak itu mempunyai masalah pertuturan dan juga masalah pembelajaran.. selepas baca artikel tu, ika terfikir.. kenapa sampai jadi macam tu..? kenapa amanah daripada Allah itu dilayan dengan kasar? adakah kasar itu dapat membuktikan kasih dan sayang kepada anak?

bukankah anak itu adalah kurniaan yang terindah daripada Allah?

ketika tidak dikurniakan anak, kita memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan anak.. namun, selepas dapat anak, anak itu sentiasa di marah, di herdik, di pukul, dan sebagainya.. mengapa jadi macam ni?





 anak adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini.

kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak.

kanak-kanak ibarat rebung, tergantung kita bagaimana melenturkannya . mereka juga tidak mampu melindungi diri sendiri, cuma mengharap perlindungan dari orang dewasa untuk berdikari. di samping memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar, kanak-kanak juga merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan persekitaran.






 anak yang dikurniakan oleh Allah SWT hendaklah dididik dengan penuh kasih dan sayang, di beri segala tunjuk ajar yang baik agar perilaku dan masa depannya akan menjadi sebaik didikannya..

anak yang mendapat didikan yang baik akan mampu menyelamatkan diri mereka dari dunia yang sangat mencabar ini, sekaligus mampu menyelamatkan ibu dan ayahnya daripada kemurkaan Allah SWT..


"Seorang yang berakhlak sempurna akan membentuk jati diri unggul dirinya, umpama ikan dilautan sedikitpun tidak terkesan dengan masinnya air lautan tersebut". 


anak adalah amanah daripada Allah SWT. setiap ibu bapa harus tahu hakikat ini. ini tuntutan Islam. ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajipan mereka. tanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh.. bagi aku, hal ini tak sepatutnya berlaku..


di sini ada beberapa panduan tentang bagaimana untuk mendidik anak-anak mengikut tahap2 tertentu..


1. Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak. 

2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab. 

3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. 

4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.



 


ika akui, aku bukanlah seorang ibu, dan ika tak pernah merasakan penat lelah sebagai seorang ibu yang mengandungkan, melahirkan, menjaga dan mendidik anak-anak.. namun, ika tetap akan menjadi seorang ibu pada suatu hari nanti..

dan, ika tahu dalam dunia ni, menjadi seorang ibu adalah perkara paling bermakna sebagai seorang perempuan.. mana2 perempuan akan merasa sempurna apabila dapat melahirkan zuriat buat suami yang dikasihi.

bak kata emak, menjaga dan mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah dan senang.. ianya memerlukan komitmen, kesabaran, dan juga pengorbanan yang menggunung.. dan ika percaya kata2 emak, kerana setiap apa yang kita lakukan akan ditanya dan dipertanggungjawab di Hari Pembalasan kelak. Hanya kerana ia satu amanah.


“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Al-Furqan: Ayat 74)

No comments:

Post a Comment