Saturday, December 24, 2011

Bila Rasaku Ini Rasamu..

Assalamualaikum..

wahh.. tengok status hari ni.. bunyi macam jiwang kan?? kelassss cik ika.. hehe.. :)

hehe.. hari ni, ika nak kongsi sesuatu.. tentang perasaan..

bila rasa ika ni, merasakannya..

rasakan siapa?

rasakan dia.... tapi, siapa dia??

jawapannya..... ika pun tak tau.. hehe.. :)

pelik kan?

tapi, kadang2 ika rasa pelik sangat2.. kadang2, ika jadi rindu..

tapi, rindu pada siapa? ika pun tak tau..

kenapa ada perasaan macam ni? Maha Suci Allah yang mengurniakan perasaan kepada seluruh manusia..

Sunday, December 18, 2011

Pening Kepala Dengan Dinner GPMS UUM!!!! o_o'

Assalamualaikum..

saat ika menaip entry yang baru ni.. ika sedang berada di bilik GPMS UUM di PKP UUM.. serius, bukak2 meeting je, ika pening sangat2 dengan berita terbaru..

mujurlah paperwork dah hantar, ada yang dah settle.. tapi sekarang bab MC pulak.. hadoii laa.. T_T

Muhasabah lagi sekali..

Assalamualaikum..

selamat malam.. malam ni, entry yang lain pulak.. hari ni ika nak kongsi tentang sesuatu..

muhasabah lagi sekali.. pelik kan? hehe..

kenapa muhasabah lagi sekali? ok.. ni la yang ika nak kongsikan..


kenapa muhasabah yang menjadi kisah pilihan ika? ada sebabnya..

bila tengok gambar kat atas ni.. tak nampak muka kan? mesti ada yang fikir dia malu, atau sombong, atau yang lebih tragis lagi.. tak cantik..

ok, pasal cantik.. apa itu cantik?

terus terang.. ika suka pada kecantikan.. yelah, siapalah yang tak suka pada kecantikan.. tapi sesuatu yang ika nak kongsi kat sini..

kecantikan tu.. selalu dikaitkan dengan rupa.. betul tak? mungkin ada yang setuju, mungkin jugak tak setuju.. hati semua orang mana lah nak sama, kan? :)

ika akui, ika bukan lah seorang gadis yang cantik.. ika mengaku kenyataan itu.. andai ada yang setuju, ika pun turut setuju.. hehe.. :)

tapi ada sesuatu yang tak pernah berubah dalam hati dan minda ika.. cantik atau tidak, manusia semuanya adalah sama di sisi Allah.. kenapa? sebab Allah adalah Pencipta manusia.. tiada yang sempurna melainkan Allah.. :)

terus terang, ika sebenarnya sangat merendah diri apabila bercakap tentang soal cantik ni.. ika cepat jadi segan.. ika akan jadi lagi segan bila bercakap dengan orang2 yang cantik.. sebab ika rasa ika biasa2, tak cantik..

tapi, ada apa dengan cantik ye?

maaf lah, ika sebenarnya tak tau nak jawab pertanyaan ni.. susah laa.. ada orang kata, cantik tu, subjektif.. ia meliputi banyak perkara.. betul ke?

mungkin betul, mungkin jugak tak betul.. hehe..

orang yang pernah tengok ika face-to-face, akan tau wajah ika macam mana.. hehe.. tapi, macam mana pun muka ika, ika tetap bersyukur.. sebab ika masih ada muka, Allah kurniakan ika muka.. walaupun ika bukan lah dalam kategori insan2 berkulit cerah atau putih, Allah kurniakan ika nikmat ni dengan lengkap..

ika ada 2 pasang mata, ada 2 pasang telinga, mulut, hidung.. lengkap semuanya.. :D

sebenarnya, ika ni kadang2 inferior.. ika selalu rasa rendah diri yang keterlaluan.. ika sentiasa rasa ika bukan yang terbaik, ika tak cantik, dan segan nak berada depan khalayak..

tapi lepas masuk UUM, rasa tu jadi lebih hebat lagi sebenarnya.. tak tau kenapa.. mungkin sebab ika jumpa terlalu ramai insan2 cantik agaknya..

ika seronok tengok insan2 yang cantik ni.. indah ciptaan Allah.. sangat indah.. bila tengok, buat ika teringat 1 cerita.. berlaku pada ika juga..

ika sedar, ika bukan lah cantik macam orang lain.. ika ni berkulit gelap.. dan ada la 1 keadaan ni.. ika bersiap untuk keluar.. ada seorang hamba Allah ni kata pada ika:

"Tak payah nak siap lawa2 lah, siap lah macam mane pun, kalau dah tak lawa tu, tak lawa la jugak.."

ika terdiam.. dan sungguh, pada hari tu, ika rasa sedikit kecil hati.. ika sedar ika tak cantik macam orang lain.. tapi bagi ika, tak perlu cakap macam tu pada ika.. hehe.. tragis kan?

jadi, sejak daripada tu, ika rasa inferior sangat.. bila ika tengok insan2 cantik.. ika rasa sayu.. ika teringat butir2 ayat yang hamba Allah tu pernah cakap..

ika terfikir.. "Ika ni buruk sangat ke..?"
"Ika ni tak layak ke untuk cantik..?"

ika lebih suka untuk tundukkan muka sahaja.. sebab kenapa? sebab rasa kurang yakin.. hehe dasyat kan? hehe.. :)

tapi, bila dah lama2.. ika terfikir balik.. ika tak perlu rasa macam tu.. segala apa yang Allah berikan pada ika, adalah yang terbaik untuk ika.. ika perlu nikmati kurniaan ni.. kena terima dan bersyukur dengan segala kurniaan Allah..

walaupun ika tak dikurniakan wajah yang cantik macam orang lain, Allah dah beri ika banyak nikmat.. disebabkan wajah yang ika miliki, tak ada lelaki yang mendekati.. syukurnya..

ika ada je kawan lelaki.. ika kawan je dengan semua orang.. tapi, Alhamdulillah.. ika tak pernah di ganggu atau alami gangguan daripada lelaki..

yang tu, bagi ika memang terbaik sangat.. :)

lebih buatkan ika jadi low profile.. ika pun tak nak menonjol sangat.. nak buat apa? hehe.. :)

buat ika rasa lebih gembira.. sebab kawan2 ika terima ika seadanya ika.. dan sudi berkawan dengan ika bukan kerana paras rupa, tapi kerana hati..

bagus kan? hehe.. Alhamdulillah..

tak dikurniakan wajah yang cantik pun tak apa.. sebab.. kecantikan dan keanggunan iman tu lebih penting daripada wajah yang cantik.. :)

sehingga bertemu lagi pada kisah yang akan datang.. :)

sekian, Assalamualaikum..

Saturday, December 17, 2011

Kisah Hati..

Assalamualaikum..

selamat malam semua..

tengok tajuk.. "KISAH HATI"? kenapa Kisah Hati? ika pun tak tau nak kata.. mungkin sebab apa yang ika nak kongsi hari ni sesuatu yang berkaitan dengan hati kot.. mungkin ya, dan mungkin juga tidak.. :)

baiklah.. hari ni, sebenarnya ika nak berkongsi sesuatu..

sesuatu tentang Kisah Hati..


Hati.. semua tentang hati.. perasaan pun berkait rapat dengan hati..

perasaan cinta, kasih, sayang, rindu, marah, benci, gembira, sedih, dan segala2 perasaan adalah berkaitan dengan hati.. sangat dekat dengan 1 organ badan yang bernama hati..

kenapa hati menjadi tajuk pilihan ika untuk entry kali ni? .. ada kisah disebaliknya mengapa ika memilih untuk memilihnya..

ingin ika kongsi kat sini tentang sesuatu.. ya, tentang perasaan.. perasaan sedih..

kenapa perasaan sedih? 

ika terbaca sesuatu di laman facebook tadi.. tentang rasa rindu seorang anak terhadap ayahnya yang telah meninggal dunia.. post tu, sedikit mengusik perasaan ika.. dan ika terkenangkan arwah abah ika..

ya, ika seorang anak yatim..ika sudah kehilangan abah yang sangat ika sayang dan tak mungkin dapat ika ganti dengan sesiapa pun.. 

terus terang, hati ika rasa sayu sangat.. ika jadi rindu pada abah.. kenangan bersama abah benar2 mengusik jiwa.. entah kenapa, hati ni terlalu sensitif apabila teringatkan abah..

ika seboleh2 nya tak mahu menangis.. sebab muka ika nampak teruk bila ika menangis.. 

sudah 9 tahun.. 9 tahun tu jugak ika pendam rasa sedih selepas kehilangan abah.. depan kawan2 ika berlagak kuat, tapi dalam hati ika menangis.. dan setiap kali itu jugalah ika pujuk diri sendiri.. ika katakan pada diri sendiri Allah tak kan pernah uji manusia dengan sesuatu yang diluar kemampuannya..

terus terang, bila ika tengok kawan2 lain salam dengan ayah mereka, cium tangan ayah dan peluk ayah mereka.. saat tu jugak ika rasa sedih yang amat sangat.. ika dah tak ada peluang tu lagi.. dah tak ada..

peluang tu ika tak akan pernah dapat lagi.. sampai bila2, sampai ika pun pergi dijemput Ilahi..

ika masih ingat lagi., ika sempat berjumpa abah dalam 30 minit sebelum abah pergi meninggalkan kami..
hanya 30 minit untuk ika memegang tangan abah untuk kali yang terakhir.. dan membacakan Surah Yaasin untuknya.. 

sungguh, dan sangat meruntun jiwa..

Ika redha dengan ketentuan Allah.. cuma, entah kenapa hati ini terlalu kuat mengingati abah.. ika teringin nak bertemu dengan abah, nak cium tangan abah dan memeluk abah..

hanya 13 tahun sahaja ika sempat bersama abah.. 2 hari lepas genap umur ika 13 tahun.. Allah menjemput abah kembali ke Rahmatullah.. lagi sekali, ika redha..

Allah uji ika sebab Allah sayangkan hamba2 Nya.. ika redha..

cuma dalam 9 tahun ni, ika tak pernah buang rasa terkilan dari hati.. ika tak dapat jaga abah semasa hayatnya.. sehingga lah ke saat 30 minit yang terakhir.. baru lah ika dapat duduk dekat bersama abah, pegang tangan abah yang sejuk pada masa tu..
Ya Allah, Ya Rahman.. Ya Rahim.. ampunkan lah hamba-Mu ini Ya Allah..

Ampunkan hamba...
Ampunkan hamba...

Ya Allah.. ampunkan lah segala dosa2 kedua2 ibu dan bapa hamba.. Kasihi, kasihani dan sayangilah mereka sebagaimana mereka mengasihi, mengasihani dan menyayangi hamba semasa hamba masih kecil..

Ya Allah.. kurniakanlah hamba jiwa yang kuat.. kurniakan lah hamba kekuatan.. hamba mahu berbakti kepada orang tua hamba..

Hamba mahu menjaga ibu hamba.. hamba mahu berbakti kepadanya, hamba mahu membalas segala jasa-jasanya.. 

Ampunkan hamba Ya Allah..

******************

Sekian. Assalamualaikum..


Friday, December 16, 2011

Grand Dinner GPMS?

Assalamualaikum..

Aduhh, dah lama ika tak jengah blog ni.. ika sangat sibuk kebelakangan ni sampai tak ada masa nak manulis lagi.. cuma hari ni baru ada kesempatan..

tengok kat shout box.. dapat banyak laa komen.. ada yang kata menarik, tunggu entry seterusnya, nak follow.. terima kasih ika ucapkan.. ika hargai semua komen2 tu.. :) tak sangka, ada jugak yang datang menjengah blog ika yang biasa2 ni.. hehe..

ok.. hari ni, ika nak kongsi 1 pengalaman.. pasal kerja kat student society di UUM ni....


ok.. kat UUM ni, macam2 orang yang ika jumpa.. ada yang ok, ada yang tak ok.. ada yang baik, yang kurang baik tu takde laa pasal student universiti kan.. mesti semua baik2. :)

dan kebelakangan ni, ika memang sangat sibuk laa.. kena buat macam2 keja.. assignment lagi.. nak tidur pun tak cukup.. T_T tapi nak buat macam mana.. macam ni laa student life.. nak taknak kena terima.. :)

ok baru2 ni, ika baru dapat task, kena jadi setiausaha untuk projek 'Grand Dinner' GPMS UUM.. aduhh, secara terus terangnya, bagi ika tugas ni berat sangat laa.. kena buat surat la, sponsor laa, kena ada dengan pengarah projek laa, macam2..

tapi, bila Hariz (pengarah projek) yang mintak ika jadi setiausaha, ika tak dapat nak menolak.. jadi, ika terima jelaa seperti yang dia mintak.. tugas sebagai s/u ni memang teruk laa.. penat sangat2.. ika kena prepare banyak surat.. meeting kena cakap macam2.. aduhh.. sangat memenatkan.. T_T

tapi, bagi ika.. best jugak bekerja dengan Hariz, Chaq, dan semua.. majoriti budak sem 1.. so easy-going laa jadinya.. memang rasa santai.. tak laa stress sangat.. :P

memang best sangat pengalaman ni.. tapi kadang2 rasa macam nak gila pun ada.. pasalnya terlalu penat.. :D

ika harap2 'Grand Dinner' ni akan berjaya laa.. ni hasil usaha Hariz, Chaq, dan semua ajk yang lain.. termasuk jugak ika.. :) InsyaAllah ika akan cuba yang sehabis baik untuk menjadikan program ni berjaya dan akan diingati olah ahli2 yang lain.. :)

Hariz, Chaq, Ayu, Anis, Hilmi, Bob, Nasri, dan yang lain.. AJA AJA HWAITING!! :D

sehingga bertemu lagi di kisah yang lain pula..

selamat malam dan selamat pagi.. :)

Assalamualaikum.. :)

Saturday, November 26, 2011

Rindu emak..

Assalamualaikum..

hari ni.. hari Sabtu.. cuaca di bumi Sintok ni pun.. mendung je.. sama mendung macam hati ika.. huhu..

ok.. hari ni ika nak kongsi tentang rasa rindu ika pada seorang insan yang amat penting dalam hidup ika, iaitu rindunya ika pada mak ika... T_T

mak ika pergi ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada 25 Oktober yang lalu.. ika sempat jumpa mak ika kejap je.. sangat kejap.. masa along nak hantar mak ika ke kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya tu, ika menangis sebab ika betul2 risaukan mak ika.. walaupun pakcik dan makcik ada sama tapi ika tetap risau.. risau tentang keselamatan mak, ubat-ubatan mak.. risau tentang semuanya..

ika jarang menangis, jadi bila ika menangis muka ika nampak teruk.. mata akan jadi merah sangat.. ika tak peduli.. ika terlalu sayangkan mak.. ika risau sangat2.. tapi ika sedar.. mak ika seronok.. seronok sebab dapat jadi tetamu agung Allah tahun ni.. tu pun dah cukup untuk bahagiakan ika..

masa nak taip entry ni.. ika tahan air mata dari jatuh.. sungguh, ika terlalu rindukan emak.. setiap hari ika fikir tentang mak.. setiap hari ika mohon pada Allah untuk lindung mak, pakcik dan makcik dari bahaya.. ika mohon agar mak dikurniakan haji mabrur.. ika sentiasa mohon agar mak dapat sempurnakan ibadahnya dan Allah menerima ibadah emak..

entah kenapa, hati ni terlalu sentimental sangat.. ika bukan mahu jadi seperti anak kecil.. cuma.. ika sudah tiada abah lagi di sisi ika.. ika hanya ada emak.. ika pernah rasa kehilangan yang sangat besar.. yang tak mungkin ika dapat ganti dengan apa pun..


ika betul2 rindu pada mak.. tak tau nak cakap..bila ika rindu ika rase nak menangis..

maaf.. ika tak dapat nak teruskan penulisan ni.. maafkan ika..


sekian.

Friday, November 18, 2011

Ya..!

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. :)

indah hari ni.. cuaca panas.. hehe.. :)

ok.. kisah untuk hari ni.. ika nak kongsi tentang sesuatu.. tengok tajuk entry.. nampak simple kan? "Ya..!" je ke?? hehe..

ya untuk Islam! ya untuk muslimah! dan ya untuk kasih sayang! hehe.. sebenarnya, apa yang ika nak kongsikan ni.. emm.. macam mane nak cakap ye.. mungkin 1 perkongsian..

ika ade baca satu buku untuk muslimah.. dan ada la sesuatu yang ika nak kongsikan.. :)

ya? kenapa mesti ya? ika sebagai seorang muslimah.. ika sayangkan saudara seagama ika yang lain.. ika sayangkan semua yang bergelar muslimah.. dan kerana kasih sayang ni, ika nak kongsi tentang sesuatu yang bersifat "YA" ini..



YA... dengan senyuman yang cantik, yang mengirimkan cinta dan mengutuskan kasih sayang bagi orang lain.

YA... dengan tutur kata yang baik, yang dapat menjalinkan persahabatan yang di anjurkan syariat dan  menghapus semua rasa dengki.

YA... dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, dan mengenyangkan perut yang lapar.

YA... dengan kesediaan duduk bersama Al-Quran seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya sambil bertaubat dan beristighfar.

YA... dengan banyak berzikir, memohon ampun dan suka memperbaharui taubat.

YA... dengan mendidik anak-anak dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

YA... dengan rasa malu dan hijab yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara diri.

YA... dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik, dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama, dan menghormati norma-norma etika.

YA... dengan berbuat baik kepada orang tua, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga dan menyantuni anak-anak yatim.

YA... untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan memelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi ilmu yang berguna.



ika seorang perempuan, wanita, muslimah.. dan ika sangat kasihkan saudara2 ika.. :)

ika tau, ika tak sempurna.. ika pun sedang melakukan perubahan, untuk mencari redha Allah.. dan, kasih sayang Allah tu sangat besar buat hambaNya.. jadi, ika harap saudara muslimah sekalian dapat memahami dan menghayati setiap bait2 di atas.. :)

semoga bertemu lagi dengan perkongsian kisah yang lain pula.. :)

Salam Jumaat, hari yang diberkati. penghulu segala hari..


sekian. terima kasih.. ******** :)

Muhasabah Cinta II

Ya Illahi,
Tidak pernah kuharapkan,
Selain dari keredhaanmu buat diri ini.
Ya Illahi,
Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,
Segala yang ku lakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang ku lihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerak ku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.
Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,
Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.
Maha Benar Engkau Ya Rabbi,
Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.
Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,
Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku...
Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi... 





mencari redha Allah... ika hanya manusia biasa.. yang mengharapkan cinta daripada Allah.. 


Ya Allah.. berkatilah perjalanan hidup ika ini..

Thursday, November 17, 2011

Muhasabah Cinta..

Assalamualaikum..

selamat malam.. :) tajuk ika hari ni.. muhasabah cinta.. mungkin ke ika nak kongsi sesuatu mengenai cinta? hmm.. sebenarnya ada sesuatu yang tergerak di hati bila ika mula nak taip entry baru ni..

"Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu.."

cinta kepada Allah adalah cinta yang paling utama.. sangat utama.. kerana itu adalah sebenar-benar cinta..  cinta kepada ibu bapa adalah cinta teragung kerana redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua-dua ibu bapa.. 

cinta sesama manusia adalah fitrah.. perasaan itu dikurniakan oleh Allah.. dan ia menjadi fitrah manusia untuk meneruskan kehidupan seterusnya mengembangkan keturunan..

Maha Suci Allah yang telah mengurniakan perasaan cinta dalam hati manusia.. tidak ada manusia yang tak punya rasa cinta dalam hatinya.. :)


ok.. kat sini ika nak kongsi tentang sesuatu.. tentang rasa cinta.. cinta yang hadir.. cinta yang timbul.. cinta yang bermula..


22 tahun.. perjalanan ika baru bermula.. perjalanan hidup.. dalam hidup ni, pelbagai suka dan duka yang ika lalui.. ada yang membuatkan ika gembira, ada yang membuatkan ika menangis.. menimbulkan marah, semua perasaan pun ada..


tapi ada sesuatu yang sentiasa bersama ika.. kasih sayang Allah.. ye.. Allah sentiasa ada..


bila ika sedih, Allah kurniakan sesuatu untuk gembirakan hati ika, bila ika gembira, Allah kurniakan rasa bahagia.. :)

Allah kurniakan ika kekuatan untuk menghadapi sesuatu ketika ika lemah.. Allah kurniakan ika kebijaksanaan akal untuk mengenal mana yang baik dan mana yang buruk.. 


ika bahagia dengan mencintai Allah.. ika bahagia menemui cinta Allah..


bila Allah uji ika dengan pelbagai ujian.. ika tau.. Allah sayangkan ika.. sebab tu Allah kurniakan ujian pada ika.. sama juga masa abah meninggal dunia masa ika di tingkatan 1.. ika tau, Allah lebih sayangkan abah ika.. Allah juga sayangkan ika.. sebab tu Allah uji ika dengan ketiadaan abah.. ika redha.. 


Allah tahu apa yang terbaik untuk ika.. :)


dari soal jodoh pulak, ika tak menolak rasa kasih dan sayang yang Allah kurniakan dalam diri ika.. secara terus terangnya, ika mengimpikan untuk menjadi isteri yang solehah kepada lelaki yang bergelar suami..


siapalah ika untuk menolak perasaan cinta yang dikurniakan oleh Allah kepada ika.. hidup ni tak akan sempurna, tanpa cinta dari Allah.. :)


tapi jodoh tu, teka teki daripada Allah.. ika pun tak mahu komen lebih.. hehe.. ianya bersifat sangat misteri..


ika pun, dah melakukan perubahan.. perubahan secara perlahan-lahan.. mencari keredhaan Allah..


perubahan ini kerana muhasabah cinta.. kasih sayang Allah tu sangat infiniti.. :)


sehingga bertemu lagi di kisah yang lain pula.. 










sekian. terima kasih. ******** :)

Monday, November 14, 2011

Ika dan Make Up?

Assalamualaikum..

selamat pagi.. indah sungguh pagi ni.. :)

lepas subuh ika langsung tak boleh nak tidur.. sebab malam tadi ika muntah, terus tidur awal.. tu laa, kesihatan belum pulih sepenuhnya, pegi makan pulak benda bukan2.. akhirnye, memang muntah laa.. hee..

ok.. pagi ni ika nak kongsi tentang sesuatu.. pasal make up.. senang cakap mekap jela.. tak tau lagi? err.. lebih mudah.. alat solek? kosmetik? hehe.. ok then.. >.<


fitrah wanita yang memang sukakan kecantikan dan mengemaskan diri.. ika pun sukakan kecantikan dan kekemasan diri.. semua tu melambangkan keperibadian dan diri sendiri.. :)

tapi perkara utama ika nak kongsi kat sini.. ika sebenarnya tak pernah ada alat mekap yang lengkap macam gambar kat atas ni.. dan secara terus terangnya, sepanjang 22 tahun ika bernafas di bumi ciptaan Allah ni, ika tak pernah mencalit sebarang warna di muka ika dengan tangan sendiri..

orang lain yang mekapkan ika.. ika pernah dimekapkan orang sebanyak 3 kali.. 2 kali masa di sem 1, dan sekali masa malam kebudayaan di kem PLKN.. tu pun 4 tahun lepas.. hehe..

ika cuma ada bedak kompak garnier yang dah nak habis dan lip balm.. itu sahaja.. diulangi, itu sahaja.. :)

sejujurnya, ika teringin jugak nak belajar mekap2 ni, nak jugak nampak cantik.. tapi bukan lah cantik yang mekap tebal-tebal tu.. hehe.. cantik yang sederhana je..


ika tak pernah ada gincu.. semalam, ika nampak bibir roomate ika berwarna pink.. bagi ika teman sebilik ika tu nampak cantik.. nampak sweet sangat.. tapi entah kenapa, ika rasa malu yang amat sangat untuk mekap wajah sendiri..

lagi 1, ika tak pandai mekap.. ika tak pernah pegi 'grooming class' dan ika mengaku, ika tak pernah cuba untuk mekap muka sendiri walau dengan memakai celak.. tapi sejujurnya, ika sangat menyukai celak! mata yang diligkari celak nampak terlalu indah! macam mata gadis arab.. ohh, i'm addicted to it! :)

punca ika tak mekap sebab ika terlalu malu.. bukan ika menolak untuk kelihatan cantik.. tapi ika memang rasa malu.. ika lebih selesa dengan wajah yang bebas mekap.. ika rasa tanpa mekap lebih baik.. tapi kalau untuk majlis2 tertentu, walau tanpa mekap pun, ika akan pastikan muka ika nampak bermaya.. dengan cara apa? senyum dan memaniskan muka.. hehe.. :)

tapi kan, masa kahwin nanti ika tak akan menolak untuk dimekapkan.. hehe.. di hari bahagia mesti la nak nampak cantik depan keluarga, bakal suami dan kawan2 rapat.. hehe..

bukan 1 kesalahan andai ika memilih tak mahu mekap ketika belajar kan? hehe.. :)

sehingga bertemu lagi dengan kisah yang lain pula.. :)


sekian, terima kasih..****

Sunday, November 13, 2011

sedih.. :(

Assalamualaikum..

hari ni.. secara terus terangnya ika rase sedih.. 10% markah take home exam subjek Propaganda and Persuasion in International Relations hilang macam tu je.. sedih sangat2..

Ya Allah.. kuat dugaan ni.. ika tak tau pulak kena hantar by typing, kena hantar hari ni.. kalau ika tau kena taip dan submit hari ni, dah lama ika siapkan yang typing.. yang ade pada ika cuma bertulisan tangan.. tambah pulak ika lupa bawak tadi.. salah ika jugak, tapi bukan bermakna ika tak buat.. :(

sedih nya.. hanya Allah yang tau..

macam mana ika nak kejar lagi 10% tu..? yang tinggal hanya 90% je.. sayang sangat2.. hilang macam tu je markah.. bila Encik Ahmad Amir cakap kat kelas tadi buat ika terkedu sangat2.. ika tak sangka.. andai la beliau boleh bagi masa 1 hari, ika akan balik dan terus taip.. andai beliau bagi masa 1 jam pun ika akan cuba siapkan dengan cara apa sekalipun..

tapi, keputusan beliau tadi betul2 mengejutkan.. :(

seboleh2 nya ika nak skor subjek ni.. ika nak dapatkan gred A untuk subjek ni sebab ika memang suka subjek propaganda ni.. tapi, sekarang jadi macam ni pulak..

Ya Allah... i feel like broken up.. :(

tapi, ika akan tetap cuba kejar balik untuk 10% yang dah hilang tu.. ika akan cuba perform yang terbaik untuk final exam nanti, InsyaAllah..

Saturday, November 12, 2011

Calon Suami??

Assalamualaikum..

dah lama tak menulis.. betapa ika rindu nak menulis balik di blog ni.. hari ni baru berkesempatan.. tu pun lepas baik dari sakit.. hohohohoo :)

HANAN NUR DINA ika pun tak siap lagi.. CERITERA DIANZA DAN SUFI pun sama.. adoii! =.=

untuk entry kali ni berkisar tentang calon suami.. kenapa calon suami?? haha.. pada usia 22 tahun ni, ramai kawan2 sekolah ika yang dah menuju ke gerbang perkahwinan.. Alhamdulillah..T_T dan ramai jugak bertanye kat ika: "Ika bila lagi..?" dan jawapan ika? SENYUM.. dan terus SENYUM... :)

ika? bila lagi? bila dan bila?? hanya Allah saja yang tau..

*cek ni calon pun takdak.. nak menikah macam mana tak tau..* hehe.. :)

kenapa calon suami menjadi topik? ada kisah nya umpama udang di sebalik char kuey teow. hehe..

ika tertarik untuk bercerita tentang calon suami ni apabila sahabat baik ika, Atikah Nazirah sudah menemui calon terbaik kurniaan Allah untuk mengisi hatinya..dan kini si dia telah menjadi tunangannya :)

dan ika.. sangat gembira, tumpang gembira.. menumpang kegembiraan sahabat ika ni.. :) yela.. jodoh ni kan rahsia Allah, teka teki Allah.. sehingga sampai satu masa, ianya akan dirungkaikan.. :)

InsyaAllah.. sahabat ika ni akan menempuh alam perkahwinan tak lama lagi.. serius, tak lame lagi..

dan ika? mestilah gembira.. sangat gembira.. terlalu gembira untuk segalanya.. akhirnye sahabat ika ni menemui kebahagiaannya.. kebahagiaan yang dicari selama ini.. dan, janji Allah itu benar.. :)

wanita yang baik2 adalah untuk lelaki yang baik2 juga.. :) 

ok berbalik kepada tajuk 'CALON SUAMI' ye, maaf lah.. ika ni takde calon lagi.. tapi saje nak berkongsi sesuatu tentang tajuk ni.. hee.. :D


cinta dan kasih sayang sesama manusia itu fitrah manusia.. :)

ok lahh.. untuk memilih pasangan yang benar-benar sesuai memang memerlukan pemerhatian yang telilti... mak ika pun pesan macam tu jugak.. bukan ape, kita nak hidup dengan seseorang tu, bukan untuk sehari dua, tapi sampai ke hembusan nafas yang terakhir, InsyaAllah.. :)

Oleh itu apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami??? cinta dan harta semata.. tu belum cukup.. :)

pertama: AGAMA

ciri yang pertama ni memang sangat penting la. pastikan calon suami itu seorang yang beragama Islam.. sekiranya beliau bukan beragama Islam, jemput dan bawalah beliau meneroka keindahan Islam.. :) pastikan beliau memeluk Islam adalah kerana beliau sayangkan Allah dan Rasulullah S.A.W, dan bukannya kerana beliau sayangkan kita.. :)

sekiranya beliau memang beragama Islam, maka langkah seterusnya adalah memastikan tahap keislamannya.. bukan apa, semua muslimah pasti mahukan calon suami yang bukan ditahap Muslim 'biasa-biasa', tetapi Muslim yang BERIMAN, BERILMU, dan BERAMAL SOLEH.. hehe.. >.<

ok, beriman, berilmu dan beramal soleh tu ak semestinya calon suami tu seorang ustaz, Imam Muda ataupun perlu berkelulusan dalam bidang agama.. tapi beliau hendaklah menaruh minat yang mendalam terhadap Islam dan berusaha mendalami ilmu-ilmu agama.. hal ni penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya daripada azab api neraka..

tapi dalam masa yang sama, jangan terlalu mengharapkan calon suami sahaja yang mempunyai nilai agama yang bagus.. kita sebagai muslimah juga perlu mempunyai nilai agama yang bagus juga.. :) kaum lelaki dan perempuan ni kan saling melengkapi.. :)





kedua:  KELUARGA

Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya.. :)

Rasulullah S.A.W bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima kita sebagai bakal menantu.. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima kita.. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana kita, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kerana kita..

Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).





ketiga: KEPIMPINAN

lelaki: adalah pemimpin bagi sebuah keluarga.. ehh mesti la? takkan perempuan kot?? hehe.. :)

Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan... Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain.. betul kan? ini realiti tahu? hehe.. :)

Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu..

jadi, berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka kita boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya... mudah bukan? hehe.. :)





keempat: AKHLAK

Rasulullah S.A.W menekankan:


Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan... aduh, siapa lah yang tidak terpaut hati dengan akhlak yang sebegini?

TAPI!! Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada kita kerana lazimnya ia mestilah baik.. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada kita adalah tulen atau pura-pura... :)





hasil penulisan asal adalah daripada Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.. :)

****************************************************

ok.. hari ni ika bertindak sebagai doktor Love pulak.. tapi bukan la doktor sangat.. hehe.. ni pun ambil idea orang juga.. bukan apa, cume sangat tertarik dengan isu 'calon suami' ni..

bak kata seorang kawan:  sekarang ni susah nak cari lelaki yang baik-baik.. yang boleh menerima kita seadanya.. (benar tu kawan.. tapi bagi ika, untuk mendapatkan yang terbaik.. kita pun kena jadi yang terbaik juga..)

janji Allah itu benar, wanita yang baik-baik adalah untuk lelaki yang baik2.. :)

semoga semua muslimah sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH.. :)


sekian, terima kasih.. *****





Pesanan buat cik HANY dan encik YAZER

Assalamualaikum..

rasanya dah terlalu lama ika tak menulis kat dalam blog ni.. tah masih ada follower lagi atau tak? hehe.. InsyaAllah masih ada.. dah tahap berhabuk dah blog ika ni.. :)

sekarang ni ika dah nak masuk hujung semester dah. tak lame lagi final exam pulak...hohohohoh.. study pun tak abes lagi.. sungguh dahsyat kan? T_T

rase rindu sangat nak menulis balik.. sangat rindu.. dah name pun minat menulis, jadi memang minat lah? hehe.. HANAN NUR DINA pun masih tak siap lagi, dah tahap berhabuk dalam duduk dalam netbook lame2.. hehe..

CERITERA DIANZA DAN SUFI pun macam tu jugak.. buat mase ni tak berkesempatan langsung la nak menulis.. hadoii! =.=

ade banyak je topik kat edit post tapi tah la, takde idea nak habiskan.. tolong! tolong! :O

ape pun, hari ni nak berkongsi 1 cerita.. 1 rasa hati.. huhuhu

punca utama entry kali ni bertajuk macam ni adalah berikutan daripada sahabat baik ika, Cik HANY yang sudah pun mempunyai pilihan hati, dan bakal berkahwin selepas tamat belajar nanti.. WOW! lepas ni sahabat baik ika akan jadi Puan HANY laa.. feewit.. hehe.. :)

ni la dia sahabat baik saya.. cantik kan? :)

sekarang ni, beliau dah pun menemui kebahagiannya.. ika tumpang gembira.. sangat gembira, terlalu gembira.. tak tau nak kata macam mana.. kire suka la? hehe.. :p

mak dan abah aja (merangkap mak dan abah angkat ika) pun dah bersetuju dengan pilihan hati cik HANY ni.. kat situ je, dah buat ika rasa happy sampai nak melompat! we're sisters..! sudah tentulah ika nak yang terbaik untuk saudara ika.. :)

apa pun ika sanggup buat untuknya... kerana cik HANY adalah sahabat, teman baik, teman sejati.. sukar di cari ganti.. kebahagiaannya adalah kebahagiaan ika, kesedihannya adalah kesedihan ika.. dan air matanya adalah tangisan ika..

buat Encik Yazer, a.k.a tunang cik HANY.. 
sila jaga saudara saya ni baik2 ye.. jangan abaikan dia, hargai perasaannya.. dan yang paling utama.. cintailah dia kerana ALLAH.. selepas kamu menikahi dia, masa untuk dia bersama saya adalah terhad.. saya tidak akan selalu ada di sisinya kerana dia sudah menjadi kekasih halal kamu.. maka, saya mengharapkan kamu untuk menjaga cik HANY dengan sebaik mungkin.. cik HANY memang seorang gadis yang sangat lembut.. tapi kelembutannya bukan kelemahan.. 

sedih? ye, memang sedih.. bukan mudah nak melepaskan sahabat baik saya ini buat kamu.. kami sentiasa berbincang dari hati ke hati berkenaan soal hati dan perasaan.. tapi takpelah, saya yakin, dan saya tahu kamu boleh menjaganya.. kerana dia adalah pilihan kamu.. :)
semoga kamu berdua berbahagia.. :)

****

ika senang sangat.. :) takde calon pun takpe.. single pun ok jugak.. :)

tapi dalam masa yang same ade sedikit pesanan la ye.. :)
buat "ALLAH knows-my-future-husband:  

cintailah ALLAH kerana itu adalah sebenar2 cinta, kemudian cintailah ibu dan bapa kerana redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua-dua ibu bapa.. dan selepas itu, cintailah ika.. seadanya ika.."



sekian terima kasih.. :) ******



Monday, August 15, 2011

Setanggi Syurga..

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam
Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga 
 
 

Sunday, August 14, 2011

Fobia dengan 'Lelaki Kacak'..

assalamualaikum..

untuk entry kali ni, ika nak kongsi 1 ketakutan, a.k.a FOBIA..  yg dari dulu susah nak hilang laa.. dah tahap teruk dah ni.. huhu..

Ika: FOBIA DENGAN LELAKI KACAK/HENSEM..
name saintifiknya ika tak tau laa wujud ke tak?? hehe.. >.<

tak tau laa kenapa.. ika  sentiasa rasa macam seram2 sejuk bila jumpa lelaki2 yang hensem2 ni..ika pun pelik ngn diri sendiri ni.. kalau orang lain suka lelaki hensem, bangga dapat pakwe hensem.. tapi ika sebaliknye.. takut pulak.. malah, kadang2 ika berharap tidak berjumpa dengan lelaki2 kacak kat UUM sana tu.. ika pun takut kalau2 'terdapat' pakwe ensem.. ika tak mau!!! selagi boleh lari, ika nak lari.. tapi hakikatnya, ika tak boleh lari dari takdir dan ketentuan Allah SWT sekiranya ika ditakdirkan bertemu dengan orang2 dari golongan kacak ni.....

ika cepat rasa malu, gementar, muka jadi panas, tak senang duduk, rase nak larikan diri dan menyorok kat tempat lain..

kalau orang lain tu, tengok lelaki kacak sikit "mak oii.. ensemnya..", "ish.. ensem gile laa mamat ni.."

kalau ika, "err.. boleh laa kot.." atau jawapan rutin, "no komen..."

bila ika dengan kawan2, rasa takut tu boleh control lagi la.. siap boleh gurau2 lagi macam takde ape2.. tapi bila depan2.. makkk.. gugup ya amat.. tak tau nak habaq laa.. dok diam ja.. daripada aktif terus jadi pasif.. huhuhuuu..

ika ke yg bermasalah sebenarnya?? mungkin ye, mungkin jugak tak.. huhu..

tengok lelaki2 kacak ni:


 fuyoo.. hero filem Twilight ni ramai kawan2 ika minat.. tapi ika minat kat buku 'Twilight Saga' je..


Nickhun 2PM.. ika memang suka 2PM pun.. tapi spesifik kat Taec Yeon je.. hehe.. sebab suara dia macam T.O.P kumpulan BigBang.. 


ada berjuta2 lelaki hensem2 kat dunia ni, macam2 rupa, gaya, fesyen.. tapi.. semua tu buatkan ika jadi lagi nak elakkan diri daripada golongan2 ni.. setakat kawan2 biase ok lah.. kalau nak serius2 tu.. errr.... "no komen.."

bagi ika, Colin Morgan (Merlin) ni tak lah ensem sangat.. tapi ika memang big fan of Merlin, jadi.. memang sah2 la, ika ni 'kipas-susah-mati' Colin Morgan sebab dia yang bawak watak Merlin.. hehe.. >.< 


ika tak pernah menolak kewujudan lelaki2 hensem.. wajah yg menarik perhatian tu, adalah anugerah daripada Allah.. dalam Al-Quran pun ade sebut Nabi Yusuf A.S adalah seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang menarik..

ika cuma.. rasa takut.. kurang selesa.. rasa nak elakkan diri..rasa malu..rendah diri..

sebabnye.. ika takut pandangan orang terhadap ika.. setiap orang punye perspektif pandangan yang berbeza.. ika takut nanti, kalau ika ada kawan lelaki yang hensem.. akan muncul dialog2 seperti ini: 

"ish.. tengok tu.. lelaki tu cukup punya ensem.. tapi pempuan tu tak lawa.."
"tak padan betul laa.. pempuan tu dengan lelaki ensem macam tu.."
"ish.. tak sedar diri laa pempuan tu, bukan lawa sangat, tapi dapat pakwe ensem.."

takut tu.. boleh tekanan perasaan dibuatnya.. hehe.. 

tapi, ika harap sangat2, satu hari nanti ketakutan yang pelik ni akan hilang.. ika pun nak hidup normal macam orang lain jugak, hehe.. 


lelaki dalam gambar ni nampak sederhana.. dan seperti inilah yg menarik perhatian.. hehe.. :)

Saturday, August 13, 2011

Ceritera Dianza & Sufi..

Di sini segalanya bermula. 2 insan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Dia bernama Dianza, dan dia bernama Sufi. bukan orang yang sama ok? budak perempuan itu Dianza, dan budak lelaki itu Sufi.

Sekolah Menengah Seri Saujana, tempat segalanya bermula...

Part 1

"Kringgggggg!" loceng besar sekolah berbunyi pada jam 8 pagi menandakan waktu kelas sudah pun bermula. Dianza masih tidur tidak sedarkan diri. kepala diletak di atas meja, dialas dengan beg skolah. dia tidur di atas meja kelas, di tempat duduknya di kelas 5 Sains 1. tempat duduknya adalah paling belakang sekali.

tanpa Dianza sedar juga, guru subjek Bahasa Melayu nya sudah pun masuk ke kelas dan mahu memulakan sesi pembelajaran.

"Tok..tok.." kedengaran pintu diketuk dan seorang pelajar lelaki masuk. pelajar lelaki itu masuk ke kelas dengan senyuman sambil melangkah dengan penuh yakin. namun, Dianza masih tidak sedarkan diri lagi.

"Assalamualaikum cikgu.. saya Sufi.. pelajar baru kelas ni.. baru daftar tadi.."

kebanyakan pelajar2 perempuan di kelas 5 Sains 1 berbisik2 sesama sendiri.. memuji2 kekacakan dan ke'hensem'an pelajar baru yang bernama Sufi itu.

"Ohh, ya.. saya ada diberitahu oleh guru kelas kamu tadi tentang ada pelajar baru akan masuk kelas ni..ok2, kamu boleh duduk kerana saya nak mengajar.. tapi.. di mana saya nak dudukkan kamu ye..."

sambil memandang2 ke arah tempat duduk pelajar, mata guru itu tertancap ke arah Dianza yang masih lena tidur..

"Dianza! Dianzaa!" laung guru itu..

Dianza mendengar namanya dipanggil. sambil terkulat2 dia mengangkat kepala dan secara automatiknya tangannya mengesat2 mulut nya. mengesat air liur basi.

"Ya Allah.. Dianza! kenapa tidur dalam kelas? siap kesat air liur basi lagi, apa nak jadi dengan kamu ni Dianza? masih tak berubah perangai gila2 kamu tu.. sedarlah sikit.. kamu tu pelajar aliran sains tau?! tahun ni nak exam SPM dah!" Guru Bahasa Melayu itu mula menyinga tatkala melihat Dianza masih terkulat2 dan kelihatan 'blur'.

kedengaran gelak ketawa daripada pelajar2 perempuan di kelas itu. dan dalam masa yang sama, mereka memandang sinis kepada Dianza.

"Dah.. Sufi, kamu pergi duduk sebelah Dianza..sebelah Dianza tu takde orang duduk.."

Sufi melangkah perlahan ke arah Dianza. namun, Dianza langsung tidak memandang ke arah Sufi. dia masih kelihatan 'blur' dan terpinga2.

"Assalamualaikum.. hai Dianza.."

"Waalaikumussalam.."

dengan perlahan-lahan, Sufi menarik kerusi dan seterusnya duduk di sebelah Dianza. para pelajar perempuan di kelas itu masih berbisik sesama sendiri dan memandang sinis ke arah Dianza.


Part 2

pukul 7.00 pagi. Dianza sampai awal ke sekolah dan terus berjalan ke arah kelasnya selepas memarkirkan motosikalnya. perlahan-lahan dia melangkah ke dalam kelas 5 Sains 1. dia terlihat ada sebuah beg di atas meja sebelah tempat duduknya. oleh kerana dia masih dikuasai rasa mengantuk, dia terus mencapai beg tersebut dan dijadikan alas kepalanya. selepas itu, Dianza pun memejamkan mata.

pukul 7.10 pagi. Sufi melangkah masuk ke dalam kelas dengan membawa seplastik kecil kuih karipap untuk dijadikan sebagai sarapannya pada pagi itu.

dia tergamam seketika. Dianza sudah ada di kelas dan dia sedang tidur. tidur beralaskan beg sekolahnya. dia berkata2 sendiri. macam mana aku nak ambik beg aku tu? dan akhirnya Sufi membuat keputusan untuk membiarkan Dianza terus tidur. mengantuk sangat agaknya si Dianza ni..

setelah duduk, dia menyuap seketul kuih karipap ke mulutnya sambil matanya tak lepas memandang ke arah Dianza. comelnya dia.. tidur nyenyak macam baby pulak.. ehh.. ape aku fikir ni?? Sufi menggeleng-gelengkan kepalanya.

pukul 7.40 pagi. sudah semakin ramai pelajar sudah sampai ke dalam kelas dan semakin memenuhi kelas itu. dan Dianza masih juga tidur. Sufi kian resah. aduhh.. beg aku tu.. macam mana ni..

"Err.. Dianza.. bangun Dianza.. beg saya ni..  Dianza.." Sufi bersuara perlahan.

kelihatan Dianza bergerak dan seterusnya membuka matanya perlahan-lahan. namun, matanya separa terbuka. menggambarkan rasa mengantuk yang amat sangat.

"hmm.. ape? aku takde duit nak bagi kau..pergi jauh2.." perlahan Dianza bersuara. suaranya sedikit serak.

mak aihh.. ganas gile perempuan ni.. sape nak duit dia? mamai ke ape? ehh.. aku nak beg aku laa! hati Sufi berkata sendiri.. dah sedap2 tidur atas beg kita, ni kita pula disuruh pergi main jauh2 pulak..

"Dianza.. beg saya ni.. bangun laa Dianza.. kejap lagi kelas nak mula laa.. bangun laa.." Sufi bersuara seakan memujuk. ish perempuan ni.. aku dah pujuk ala2 romeo pun nak tidur lagi.. ingat senang ke aku nak cakap macam tu kat kau haa??

Dianza bergerak2 lagi. "hmm.. nak ape ni? Diya ngantuk aa..."

Diya? alahai manjanya... Dianza... Diya.. comel jugak nama manja perempuan ni.. muka pun comel.. tapi kuat tidur.. Sufi senyum. secara tiba2, jiwanya rasa tertarik dengan kata2 Dianza itu tadi.. dan dia mendapat satu idea untuk membangunkan Dianza..

"Diya sayang.. awak tidur atas beg saya laa Diya.. bangun laa.."

Dianza buka mata dan secara automatiknya dia bangun mengangkat kepala. rasa terkejut. Diya?? sayang? apahal mamat ni panggil aku Diya dan sayang? nama Diya tu family aku je yang panggil! Kurang asam betul la..

"Ape kau panggil aku tadi? Diya? eh name aku Dianza laa.. panggil Dianza je.. takde sayang2 kat belakang name aku ok!?" Dianza memandang Sufi. tajam pandangannya.

"Ape2 lah ye.. awak tu tidur atas beg saya.. can i take my bag now?" Sufi berterusan senyum.. cun jugak minah ni bila dia marah.. Dianza menyerahkan beg milik Sufi itu tanpa berkata apa2. mengucapkan terima kasih pun tidak. dia memalingkan muka ke arah lain.

"by the way.. nama Diya tu comel sangat.. jangan marah.."

"Kringgggg...." jam loceng sekolah berbunyi menandakan telah bermula sesi persekolahan dan sesi kelas pada hari itu. Dianza memandang ke arah Sufi dengan tajam. Sufi hanya tersenyum manis.

hmm.. Dianza.. comel laa kau ni.. Sufi mengenyitkan mata ke arah Dianza. Dianza terkejut dan memandang Sufi dengan penuh rasa geram di hati..

"Kau... berani kau ye...."

Sufi berterusan senyum.. ohh.. what a happy day!!


Part 3

3 bulan berlalu setelah Sufi mendaftar masuk ke sekolah itu.. dia mendaftar masuk pada bulan januari dan kini sudah menghampiri penghujung bulan mac.. bagi Sufi, semuanya kelihatan indah baginya.. duduk di sebelah seorang pelajar perempuan bernama Dianza, seringkali mencabar egonya sebagai seorang lelaki.. namun, entah kenapa.. walaupun Dianza berterusan melayannya dengan kasar, dia berasa sangat senang dengan perempuan itu.. dia tidak sama dengan pelajar perempuan yang lain.

"ehh beb.. apasal kat nametag nama kau ade huruf TG? nama kau ape sebenarnye? tanjung ke?? kau ni anak orang kaya ye??" Dianza bertanya secara tiba2 ketika mereka sama2 membuat latihan subjek Fizik di dalam kelas.

"haa? err.. yelah tu, tanjung.. tapi bukan tanjung rambutan ok? dah mama dengan papa saya yang bagi nama ni.. kena la terima.. Diya.. tak suka ke dengan nama saya? lagi satu.. saya ni orang biasa je Diya.. mana ada anak orang kaya laa.. papa saya juru toreh, mama saya ada warung makan.."

pada mulanya, Dianza cukup marah apabila Sufi memanggilnya dengan nama 'Diya' sehingga seluruh pelajar kelas 5 Sains 1 sedar akan perubahan itu.. tapi, lama kelamaan, Dianza sudah tidak peduli lagi. hanya Sufi sahaja yang memanggil Dianza dengan panggilan 'Diya', sedangkan seluruh kelas memanggil 'Dianza'..

"wahh juru toreh? dasyat ar.. mesti kau pandai toreh getah kan?ehh.. tak suka ape pulak ni? ape kena mengena aku dengan nama kau? dan mama dengan papa kau bagi.. tak kan tiba2 aku nak sibuk2 tak suka kot?"

dan begitulah Dianza.. sentiasa melayani Sufi dengan kasar.. anehnya, Sufi tidak pernah membalas balik segala perlakuan kasar Dianza terhadap dirinya. bagi Sufi, Dianza hanya kasar dari segi percakapannya sahaja, bukan dari segi perbuatannya.

dan yang menariknya tentang Dianza, dia merupakan seorang pelajar yang pintar. walaupun dia kurang bergaul dengan rakan sekelas, Dianza cepat memahami apa yang diajar oleh guru. dan, tak hairan juga apabila Sufi selalu meminta bantuannya apabila tidak memahami tentang sesuatu perkara.

namun, kadangkala.. Dianza meminta Sufi untuk menyiapkan kerja sekolahnya..

"weh.. boleh tak kau tolong siapkan kerja kimia ni? aku tak sempat laa nak buat.. aku ada hal semalam sampai lupa ade kerja kat subjek kimia.. tolong ehh?"

Sufi menjadi terpinga2. subjek kimia bukanlah bidang kepakarannya. kalau biologi boleh la? alamak.. gumam hati Sufi.. antara dia dengan Dianza, Dianza lebih hebat di dalam subjek kimia berbanding dengan dirinya yang menggemari subjek biologi.

"Sufi.. tolong ar beb..tolong eh? nanti aku belanja air kotak ok? bye, nak tidur kejap.."

dan Sufi terus terpinga2..namun, ada rasa gembira ketika Dianza memanggil namanya tadi kerana Dianza jarang memanggilnya dengan nama. Sufi tak pernah menganggap Dianza membulinya kerana dia sendiri berasa senang apabila dapat membantu Dianza.

walaupun mereka duduk bersebelahan, namun Dianza tidak pernah mengetahui siapa Sufi mahupun nama sebenarnya kerana dia kurang mahu mengambil tahu mengenai perihal orang lain. tapi, pada suatu hari, Dianza mengetahuinya apabila terbaca nama penuh Sufi di dalam sebuah novel inggeris milik Sufi...

"Sufi.. Tengku Sufi Imran bin Tengku Ibrahim? rumah kat Vila Perdana.. taman perumahan elit tu.. jadi.. Sufi tu.. keturunan kerabat ke..? " Dianza berkata2 sendiri. sebenarnya, dia tidak sengaja menemukan nama sebenar Sufi. dia mengetahuinya setelah mengambil novel inggeris milik Sufi, iaitu novel 'The Broker' karya John Grisham.

"Diya.. buat ape tu?" sergah Sufi dari belakang. Dianza terkejut dan dengan spontan menjatuhkan novel inggeris milik Sufi itu ke atas lantai. Sufi mengerutkan dahi.. terkejut ke marah ni? sampai jatuh buku aku.. dahsyat betul bile wajah kesayangan hamba ni terkejut..

Dianza terus bangun tanpa menjawab pertanyaan Sufi. lantas bergegas keluar dari kelas dan menuju ke tandas. Sufi terkesima. kenapa dengan dia? macam marah je? lantas Sufi memandang buku novel miliknya yang berada di atas lantai dan terus membongkok mancapai buku tersebut.

hati Sufi terasa berdebar ketika mencapai novel itu. seperti ada yang tak kena. ketika dia membelek2 novel miliknya itu, dia membuka kulit buku.. dan matanya membulat besar.. alamak! Diya dah tau siapa aku!! aduh.. kenapa laa aku bawak buku ni.. aduh.. silap aku jugak pasal tak bagitau kat dia betul2 hari tu, juru toreh la, warung makan laa.. Ya Allah.. macam mana ni.. hati Sufi bercampur baur.

setelah beberapa minit, Dianza kembali ke tempat duduknya tanpa berkata sepatah pun kepada Sufi. senyap dan sunyi. Sufi memandang ke arah Dianza tanpa berani berkata apa2. tiada bicara antara mereka. keadaan ini berlarutan sehingga waktu persekolahan pada hari itu berakhir.

sebelum keluar kelas, Sufi cuba untuk bercakap dengan Dianza, namun tidak disambut oleh Dianza.. Sufi menundukkan muka.. tiba2 rasa sedih menyelinap di hati..

Diya... maafkan Sufi... Sufi tak berniat nak rahsiakan.. kalau Sufi bagitau, nanti mesti Diya taknak kawan dengan Sufi macam yang Sufi alami masa kat sekolah lama dulu...




*****Bersambung.. ika dah tak larat.. jap lagi nak sahur dahh.. nanti mak ika mengamuk pasalnye ika tak tido lagi.. hehe.. see ya!****

**Assalamualaikum.. >.< **

Wednesday, August 10, 2011

Anak Adalah Anugerah Allah S.W.T..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

ika terpanggil untuk buat entry tentang anak ni setelah terbaca di suatu artikel tentang seorang wanita yang menunggu hampir 8 tahun untuk mendapatkan seorang anak.. selepas dapat anak yg sentiasa diimpikan, anak itu selalu dipukul dan sentiasa dimarah..

merujuk kepada artikel, anak itu mempunyai masalah, di mana anak itu adalah anak yang 'hyperactive', dan seringkali bercakap seorang diri.. di dalam artikel tu lagi, anak itu mempunyai masalah pertuturan dan juga masalah pembelajaran.. selepas baca artikel tu, ika terfikir.. kenapa sampai jadi macam tu..? kenapa amanah daripada Allah itu dilayan dengan kasar? adakah kasar itu dapat membuktikan kasih dan sayang kepada anak?

bukankah anak itu adalah kurniaan yang terindah daripada Allah?

ketika tidak dikurniakan anak, kita memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan anak.. namun, selepas dapat anak, anak itu sentiasa di marah, di herdik, di pukul, dan sebagainya.. mengapa jadi macam ni?





 anak adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini.

kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak.

kanak-kanak ibarat rebung, tergantung kita bagaimana melenturkannya . mereka juga tidak mampu melindungi diri sendiri, cuma mengharap perlindungan dari orang dewasa untuk berdikari. di samping memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar, kanak-kanak juga merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan persekitaran.






 anak yang dikurniakan oleh Allah SWT hendaklah dididik dengan penuh kasih dan sayang, di beri segala tunjuk ajar yang baik agar perilaku dan masa depannya akan menjadi sebaik didikannya..

anak yang mendapat didikan yang baik akan mampu menyelamatkan diri mereka dari dunia yang sangat mencabar ini, sekaligus mampu menyelamatkan ibu dan ayahnya daripada kemurkaan Allah SWT..


"Seorang yang berakhlak sempurna akan membentuk jati diri unggul dirinya, umpama ikan dilautan sedikitpun tidak terkesan dengan masinnya air lautan tersebut". 


anak adalah amanah daripada Allah SWT. setiap ibu bapa harus tahu hakikat ini. ini tuntutan Islam. ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajipan mereka. tanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh.. bagi aku, hal ini tak sepatutnya berlaku..


di sini ada beberapa panduan tentang bagaimana untuk mendidik anak-anak mengikut tahap2 tertentu..


1. Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak. 

2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab. 

3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. 

4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.



 


ika akui, aku bukanlah seorang ibu, dan ika tak pernah merasakan penat lelah sebagai seorang ibu yang mengandungkan, melahirkan, menjaga dan mendidik anak-anak.. namun, ika tetap akan menjadi seorang ibu pada suatu hari nanti..

dan, ika tahu dalam dunia ni, menjadi seorang ibu adalah perkara paling bermakna sebagai seorang perempuan.. mana2 perempuan akan merasa sempurna apabila dapat melahirkan zuriat buat suami yang dikasihi.

bak kata emak, menjaga dan mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah dan senang.. ianya memerlukan komitmen, kesabaran, dan juga pengorbanan yang menggunung.. dan ika percaya kata2 emak, kerana setiap apa yang kita lakukan akan ditanya dan dipertanggungjawab di Hari Pembalasan kelak. Hanya kerana ia satu amanah.


“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Al-Furqan: Ayat 74)

Tuesday, August 09, 2011

Pesanan Hati..

  Pertama

Aku mula menyedari Allah telah menetapkan suatu keadaan yang perlu aku tempuhi berbeza berbanding manusia yang lain. Jalannya penuh mujahadah, menjauhi segala macam kebiasaan menjadi kerenah dan sukar untuk menjadi kisah.

Nyatanya, hakikat jiwa dan jasad itu adalah ilham dari-Nya. Hayati dan fahamilah ia secara hati rohani dan cahaya Ilahi yang dikurniakan. Terselit keinginan dan harapanku pada kehidupan dan menjauhi kerosakan. Semoga segalanya berada pada keredhaan Allah s.w.t.


Kedua

Aku tidak berani kata ya atau tidak. Mungkin diri lebih mengetahui. Perkara itu adalah hati. Hati rohani yang wujud dalam diri. Ia mungkin terlalu kecil dan nilainya hanya sekelumit, tetapi benar-benar kukuh dan solid berpadu buat taat, takut dan harap kepada Allah. Hati itu yang sentiasa meletakkan segala harapan, pujian, membesarkan, dan mendoakan, yang sentiasa didengari dan dilihat oleh Dia yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui isi hati hamba-hamba-Nya.

Sekiranya disedari, peliharalah ia. Ia terlalu bernilai hatta diletakkan seluruh harga dunia serta seisinya. Ia tidak lagi senang ditemui ketika ini. Semakin sangat jarang dan janggal dilihat di akhir zaman ini. Kenapa dikhabarkan? Wallua’lam. Tetapi, apa yang pasti padaku ia sungguh bernilai dan ia punca penghubung kepada Allah s.w.t.

Walaupun mungkin kewujudannya hanya sebesar zarah,  genggamlah ia dengan seutuhnya. Jangan dijinakkan dengan harga murah dunia, disongsangkan oleh keinginan, kepuasan, mahupun pujuk rayu nafsu dan manusia.


Ketiga

Ujian kepada orang yang teguh iman dan soleh dalam amalan antara ujian yang paling berat pernah Allah s.w.t timpakan kepada manusia. Namun, seberat manapun ujian khusus dari-Nya, tidak melangkau sama sekali keupayaan dan kekuatan yang hamba-Nya ada.

Percayalah, ujian dari-Nya yang amat sulit adalah ujian kesenangan. Dia akan membuka pintu ujian kesenangan dengan membuat pelbagai pilihan. Sekiranya ujian kesenangan yang menimpa, serulah hati rohani mengharap dan takut kepada Ilahi.

Kemudian, kuncilah hati itu benar-benar kepada Allah. Kuncilah ia dengan nama-nama Allah. Harapkanlah pertolongan dan bantuan yang Maha Memberi Pertolongan.

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.”   (al-Anbiya’: ayat 35)


Keempat

BELAJARLAH DARI HATI. Ilmu boleh disimpan, dihafal, dan diketahui melalui bahan ilmiah dan tersemat dalam kepala. Tetapi, pelajaran yang diterima daripada hati adalah tarbiyah dan bimbingan khusus dari Allah s.w.t. Ia hadir dan jalan penghubung kepada kehidupan abadi milik Allah s.w.t.

Hinakanlah sifat-sifat yang tercela yang wujud dalam diri manusia. Ketahuilah, sekiranya sentiasa berbangga dengan keadaan suka menghina dan mencela, bukan itu yang mengajar manusia untuk tunduk patuh kepada Allah Azza wa Jalla. Sekiranya ada hati yang wujud ego tidak bertempat dan sombong, ketahuilah tiada manusia yang akan terlepas dari seksaan-Nya yang maha azab dan pedih di akhirat kelak.

Sekiranya teguh dengan petunjuk Allah, putarkanlah hati dari melihat keagungan dan keunggulan dunia. Biar sahaja cantik di depan mata, tetapi tiada langsung sekelumit wajah dalam jiwa.

Benarkanlah hati rohani untuk berkata-kata. Jangan diseru nafsu dan emosi yang membawa kecelakaan sahaja. Kerana hati rohani tidak akan dekat dengan jiwa yang gersang untuk kecelakaan nafsu dan kebanggan buat manusia .Ungkaplah kalimah sabar dan tabah yang sebenar-benarnya. Hadirkan hati rasa takut walau untuk melakukan satu dosa yang rata-rata manusia pandang kecil untuk melakukannya.


Halawatul Iman

Kemanisan Iman...

Manusia adalah semulia-mulia makhluk Tuhan di bumi ini. Semulia-mulia yang ada di dalam tubuh manusia adalah hatinya dan semulia-mulia yang ada dalam hatinya adalah keimanannya. Maka iman merupakan anugerah Allah yang paling berharga dan nikmat terbesar yang patut disyukuri.

Keimanan dan ketaqwaan sahaja menjadi tempat penilaian Allah yang sebenarnya. Lantas, iman wajib dipelihara kerana iman manusia boleh bertambah dan berkurang.

Setiap individu hendaklah sentiasa berdoa dan menjaga imannya supaya tetap di atas jalan yang benar. Walaupun hidayah itu anugerah Allah kepada seseorang, namun Allah juga memberikan akal kepada kita untuk membuat pilihan dan berusaha mencari cahaya iman. Iman dan pengisian kerohanian merupakan sumber kekuatan terpenting bagi setiap individu.



Gambar solat jemaah di Union Square, San Francisco, USA, dari Yaznotjaz @ Flickr.com

 

Kemanisan iman adalah rasa senang hati juga kegembiraan ketika menunaikan ibadah, serta kesanggupan menanggung segala kesukaran demi keredhaan Allah serta RasulNya. Orang yang mendapat kemanisan iman senantiasa mengutamakan Allah dan RasulNya dari yang selainnya.

Kemanisan iman dapat dinikmati jika seseorang memiliki ciri-ciri tersebut:

    * cintanya kepada Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya
    * mengasihi sesama manusia kerana Allah semata-mata
    * membenci kekufuran seperti dia membenci jika dia dicampakkan ke dalam Neraka

Batas-Batas Iman

Seseorang dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau keyakinan yang membatalkan Kalimah Syahadah. Batas-batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang adalah apabila dia mengingkari atau mencela Allah atau sebarang Sifat-SifatNya atau mengingkari atau mencela Rasulullah, kerasulannya atau apa yang dibawanya dalam rupa hukum syariat. Dari itu, iman seseorang boleh terbatal dengan berlakunya salah satu antara berikut:


+ menentang hikmat syariat
+ menghukum dengan yang lain selain dari hukum Allah
+ mempersendakan seorang Muslim kerana Islamnya
+ memusuhi seorang Muslim kerana berpegang teguh kepada Islam
+ bekerjasama dan menolong musuh Islam
+ merelakan berleluasanya kemungkaran

Langkah-langkah untuk kembali kepada iman setelah terkeluar daripadanya:

   1. bertaubat
   2. mengadakan pembaikan
   3. menerangkan kebenaran
   4. berpegang teguh kepada Islam
   5. mengikhlaskan diri kerana Allah

Orang Beriman Kekasih Allah

Allah menguji hamba-hambaNya dengan berbagai bentuk ujian untuk menilai keimanan mereka sama ada mereka bersyukur atau kufur. Orang beriman seringkali diuji Allah untuk menambahkan keimanannya serta mengangkat darjat dan menghapuskan dosa. Semakin tinggi dan mantap keimanan seseorang, semakin banyak pula ujian yang dikenakan terhadapnya.

Berbekalkan iman yang kukuh, seseorang itu senantiasa bersyukur kepada Allah dan menggunakan nikmat yang dianugerahkan sebaik mungkin, baik dalam waktu senang mahupun susah. Orang beriman sentiasa beristiqamah, iaitu tetap dalam ketaqwaan, menjalankan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Orang yang beriman dan memiliki kekuatan iman yang tinggi sanggup berjihad melawan musuh dan nafsunya. Keimanan yang mantap dan jitu memberi keyakinan, ketenangan jiwa serta ketenteraman.

Saturday, August 06, 2011

Soal Jawab Mengenai Puasa di Bulan Ramadan.

Assalamualaikum..

untuk entry kali ni, berkisar mengenai soal jawab tentang ibadah puasa di bulan ramadan.. tapi dari 50 soal jawab, ika hanya ambik 36 sahaja kerana sudah ditapis kandungannya kerana baki soalan tersebut adalah mengenai hal ehwal wanita, dan hal ehwal suami isteri. hehe..

Bulan Ramadan adalah bulan rahmat, bulan memohon pertolongan dan keampunan dan bulan kerahmatan. Justeru itu perbanyakkanlah ibadat. Bagaimanapun ada di antara kita masih terkeliru tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang wajib ditinggalkan ketika menjalani ibadat tersebut.



Niat untuk berpuasa:







Di bawah ini ada beberapa persoalan yang sering kali menjadi kemusykilan mengenai ibadat puasa:-


1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Pada hari pertama, boleh berniat puasa sebulan, boleh juga berniat setiap malam untuk menguatkan azam, untuk menempuh cabaran berpuasa.

2. Adakah boleh tidak bersahur disebabkan malas untuk bangun bersahur?
Yang membezakan puasa kita dengan puasa bangsa Yahudi ialan makan sahur. Seeloknya bangun sejam sebelum masuk waktu imsak. Lagi lewat kita bersahur lebih berkat.

3. Benarkah berdosa wanita yang tidak berpuasa kerana haid, makan diwaktu siang kerana tidak menghormati bulan Ramadan?
Tidak berdosa dan boleh makan pada waktu siang selagi wanita tersebut tidak makan dikhalayak ramai.


4. Bolehkah seorang wanita mengandung dan menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana tidak berupaya.
Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

5. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.

6. Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.
Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari(selepas masuk waktu zohor).

7. Adakah muntah tidak membatalkan puasa?
Melakukan dengan sengaja membatalkan puasa. Sekiranya muntah tanpa kerelaannya sendiri dan tidak dapat menahannya, maka tidaklah batal puasa.

8. Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar tidur yang bagaimana?
Tidur di siang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan dapat pahala. Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegitan yang dilarang oleh syarak.

9. Adakah batal puasa sekiranya terlalu lama mandi dan berkumur?
Mandi berlebihan batal puasa, tetapi memasukkan sedikit air kerana berkumur tidak batal puasanya, kecuali berkumur terlalu dalam secara berlebihan.

10. Adakah batal puasa sekiranya melakukan aktiviti renang?
Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

11. Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

12. Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan semasa berpuasa?
Hukumnya makruh.

13. Adakah melakukan pengubatan, misalnya suntikan ke tubuh badan dibolehkan?
Jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurat dan tidak membatalkan puasa.

14. Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa haus kerana cuaca teramat panas, bolehkan meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan tekaknya?
Sekiranya orang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk, batal puasanya dan wajib baginya mengqadha puasanya itu.

15. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.

16. Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya.
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

17. Batalkah puasa jika menggunakan ubat utk mata seperti EYE More semasa berpuasa?
Pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana ia bukan termasuk kategori anggota yang berongga.

18. Ada satu hadis mengenai jika kita berpuasa tanpa makan sahur adalah puasa kita menyerupai puasa orang yahudi, jadi adakah amalan puasa itu sia-sia dan tidak diterima Allah swt.
Bersahur adalah sunat dan merupakan sunnah nabi s.a.w. Jika kita tidak bersahur kita tidak dapat pahala sahur. Puasa yang dikerjakan tanpa bersahur akan diberi ganjaran oleh Allah juga.

19. Adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?
Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.

20. Apakah perbezaan puasa antara kanak-kanak dan orang dewasa?
Kanak-kanak yang berpuasa akan diberikan ganjaran pahala manakala puasa bagi orang dewasa adalah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

21. Saya di beritahu oleh seorang rakan yang waktu imsak hanya lah sebagai "amaran" yang waktu subuh akan tiba. Dia juga mengatakan yang kita masih boleh makan atau minum sebelum azan subuh bermula walaupun melewati waktu imsak. Dia juga memberitahu bahawa ada hadis yang menyatakan tentang perkara ini.
Waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu maghrib. Harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi sebaik-baiknya mengambil sikap ihtiyat (cermat) dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu yang lebih awal untuk mengelakkan melampaui batas-batas yang diharuskan dan meragukan.

22. Saya selalu selsema, selain menghembus saya juga tarik ke dalam, batalkah puasa saya? 
Hingus yang keluar dari rongga hidung apabila disedut semula ke dalam hidung batal puasanya

23. Adakah boleh ambil darah semasa berpuasa?
Boleh ambil darah semasa berpuasa dan tidak membatalkan puasa hukumnya adalah makruh.

24. Apakah rongga terbuka yang boleh menyebabkan terbatal puasa seseorang jika dimasukkan sesuatu?
Yang dimaksudkan dengan rongga terbuka ialah hidung, mulut, telinga dan qubul dan dubur apabila dimasukkan sesuatu ke dalam rongga tesebut yang menyebabkan terbatal puasa.


25. Huraian berkenaan puasa dan rawatan pergigian (tampalan,cabutan,scaling dsb)?
Menampal, mencabut dan scaling gigi di siang hari Ramadhan adalah makruh hukumnya, tetapi boleh membatalkan puasa sekiranya tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.

26. Adakah batal jika kita mengorek hidung/telinga pada siang hari pada bulan ramadhan dengan sengaja?
Batal puasa yang dikerjakan bagi mereka yang megorek hidung atau telinga hingga ke dalam rongga.Tetapi mengorek di tepi hingga tidak sampai ke dalam rongga tidak membatalkan puasa.

27. Saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?
Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.

28. Saya membuat rawatan Hemodialisis. Adakah batal puasa saya?
Puasa pesakit tidak batal walau pun dia menerima rawatan hemodialisis/cuci darah.

29. Saya ingin tahu, adakah batal puasa jika menelan kahak yang sedia ada didalam tekak?
Kahak yang terdapat di dalam tekak jika tertelan tidak batal tetapi sekiranya kahak itu sudah berada di mulut sekiranya ditelan dengan sengaja maka batal puasa tersebut dan wajib qadha' puasa.

30. Apa hukumnya bila seseorang itu memakai 'tindik lidah' dan ingin menjalani ibadah puasa. Adakah puasanya sah?
Islam adalah agama yang menitik beratkan akhlak dan budi pekerti. Meniru cara hidup atau budaya orang bukan Islam, tidak digalakkan. Justeru itu, panel menasihatkan supaya sesiapa yang memakai subang di lidah, hendaklah dibuka semasa berpuasa.

31. Apakah hukum puasa bagi mereka yang tidur sampai ke petang atau masuk waktu zuhur?
Sah puasa tersebut tetapi dihukumkan makruh.

32. Bagaimana sekiranya sahabat saya dalam keadaan sakit. Atas nasihat doktor, beliau tidak boleh berpuasa seumur hidupnya. Bagaimanakah beliau hendak menggantikan puasanya. Cukupkah dengan sekadar fidyiah. Dan berapakah sukatannya.
Cukup sekadar dia membayar fidyah untuk puasanya sehari bersamaan dengan satu cupak beras(675gram). Jadi, untuk bulan ramadhan, dia dikehendaki membayar 30 cupak beras.

33. Saya bekerja di stesen minyak, pada bulan puasa in kami membuka stesen mini mart stesen minyak kami dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa. apakah hukum kepada perkara tersebut.
Mengenai hukum membuka mini mart dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa adalah haram hukumnya. Dihukumkan haram adalah kerana orang Islam diharamkan mengambil/memakan sebarang makanan dan minuman pada siang hari pada bulan ramadhan. Oleh yang demikian, menjual makanan kepada mereka yang diharamkan makan juga turut dihukumkan haram. Wallahu 'alam.

34. Jika seseorang berpuasa tetapi masih berpegangan tangan, berpeluk walhal masih belum berkahwin adakah puasanya terbatal? 
Perbuatan berpegangan tangan berpelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah berdosa. Perbuatan tersebut boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Jika mereka keluar mani hasil
daripada perbuatan tersebut (berpegangan tangan dan berpeluk), maka puasa mereka batal dan mereka wajib menggantikan puasa yang batal itu.

35. Batalkah puasa iaitu, "Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu".
Adakah seperti kita berniat puasa juga cuma bezanya ia adalah untuk membatalkannya? Atau adakah dengan lintasan dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan puasa saya terbatal.?
Berniat untuk berbuka/membatalkan puasa tidak menyebabkan puasa seseorang itu terbatal. Puasanya akan terbatal sekiranya dia mengambil makanan ataupun melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.

36. Adakah dibolehkan melambatkan berbuka puasa?
Adalah baik sekiranya menyegerakan berbuka puasa dengan air manis dan sebiji kurma sebelum menunaikan solat Maghrib.




Dapatkan jawapan segala kemusykilan tentang  agama di:
Jais.gov.my
ustazcyber