Monday, January 30, 2012

Takdir..

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih, ku bahagia..
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana-Nya...


Semua berjalan, dalam kehendak-Nya
Nafas, hidup, cinta dan segalanya..


Dan tertakdir menjalani segala kehendak-Mu Ya Rabbi..
Ku berserah ku berpasrah hanya pada-Mu Ya Rabbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak-Mu Ya Rabbi,
Ku berserah ku berpasrah hanya pada-Mu Ya Rabbi..


Bila mungkin ada LUKA, cuba TERSENYUMLAH..
Bila mungkin TAWA, cuba BERSABARLAH..

Kerana air mata tak abadi..
Akan hilang dan berganti..

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan DIA..

Kerana hanya dengan-Nya hati tenang..
Damai jiwa, dan raga..


Dan tertakdir menjalani segala kehendak-Mu Ya Rabbi
Ku berserah, ku berpasrah hanya pada-Mu Ya Rabbi..

Hanya pada-Mu.. YA RABBI.. 


la tahzan..

Friday, January 20, 2012

Dah sampai kampung.. :)

Assalamualaikum..

bertemu lagi dengan kisah baru.. ika pun baru balik dari kedah.. :)

Alhamdulillah ika dah selamat sampai kat rumah.. hehe.. seronok tengok laut yang membiru tadi.. sungguh cantik ciptaan Allah.. :)

sungguh, ika sangat sayangkan Port Dickson ni.. :)

kalau boleh, ika nak terus duduk sini.. tapi tak tau laa impian ni tercapai atau tak..

sebab.. ika hanya menumpang di rumah anyah..memang anyah selalu kata rumah tu rumah kami.. tapi bagi ika, rumah tu rumah anyah.. rumah kakak ika.. sungguh ika sayangkan rumah yang ika duduk sekarang..

Port Dickson memang tempat yang sangat cantik.. ika suka sangat.. sejak kali pertama ika samapi di PD masa umur ika 13 tahun..


tadi memang teruja lepas sampai PD.. walaupun hujan, ika tetap seronok.. lagi seronok bila dapat jumpa mak, insan yang paling ika rindu dan paling nak jumpa..

ika cuti sebulan je.. rasa sekejap je sebulan tu.. pejam celik dah sebulan.. nanti dah kene balik UUM balik untuk habiskan pengajian lagi 1 semester.. :)

lepas ika sampai, ika  borak2 dengan mak.. dan mak ada tanya ika sesuatu.. ika takde jumpa calon ke?

ika pun bagi jawapan standard laa.. hehe.. biarlah semua tu jadi rahsia.. sebab jodoh kan rahsia Allah..

InsyaAllah.. ada jodoh, adalah.. :)

haihh.. mentang2 tahun ni dah 23 tahun.. tu yang mak dok tanya pasal calon tu.. hadoiii..

pening nak jawab.. sebab ika memang takde calon lagi..

pengalaman menarik pertama selepas sampai di bumi Port Dickson.. Ditanya pasal CALON oleh IBU sendiri! T_T

hehe..

sehingga bertemu lagi di dalam kisah yang akan datang.. :)

Assalamualaikum... :)

Tuesday, January 17, 2012

Sempurna?

Assalamualaikum.. jumpa lagi.. :)

hari ni, ika nak kongsi tentang sesuatu..

sempurna.. hmm.. ye, sempurna.. :)

kadang-kadang, ade orang yang fikir, kalau cantik tu.. sempurna.. kalau bijak tu, sempurna.. kalau baik budi, sopan santun tu.. pun sempurna jugak..

tapi pernyataan ni buat ika terfikir balik.. sejauhmanakah cantik itu dapat mewakili kesempurnaan? sejauhmanakah bijak, baik budi dan sopan santun itu membawa kepada kesempurnaan? :)

dalam hal ehwal cinta pulak, kalau tak bergaduh, tak bermasam muka, dan ape2 lah.. orang lain akan kata sempurna hubungan tu.. hehe.. :)

ika penah baca ada 1 syair daripada penyair Arab..

"Engkau tidak sempurna, Aku juga tidak sempurna..
Ketidaksempurnaan mu menjadi pelengkap kepada ketidaksempurnaan ku..
Hingga akhirnya kita menjadi sempurna.."

hebat, kan? :)


kalau sebut tentang sempurna, sampai tahun depan pun tak habis..

tapi bagi ika, tidak ada yang lebih sempurna melainkan Allah jua.. :)





 sekian. sehingga bertemu lagi dengan kisah lain.. :)

Monday, January 16, 2012

Apakah..?

Assalamualaikum.. jumpa lagi.. :)

lama jugak ika tinggalkan blog ni.. lagipun, sekarang ni ade exam kat UUM.. dan ika pun ade 1 lagi paper untuk dihabiskan untuk sem ni... huuhhu.. papaer terakhir 19/1/2012..

aaiiii.. tiap2 sem jadi penutup pagar UUM.. T_T

hari ni.. saya nak kongsi tentang sesuatu..

apakah?

apakah itu??

dan.. ika pun tak tau.. huhu..

serius.. tak tau kenapa ika rasa down gila kebelakangan ni..

ika rase tertekan sangat2.. mungkin jugak sebab stress.. mungkin jugak sebab hal-hal yang lain..

hanya ALLAH Maha Memahami segala-galanya.. di luar ika senyum.. tapi dalam hati ika sebenarnya rasa sedikit tertekan.. tertekan dengan diri sendiri..

Ya ALLAH.. kurniakan ika jiwa dan semangat yang kuat..