Tuesday, May 24, 2011

.:: Erti Persahabatan Yang Sebenar ::.

Assalamualaikum.. Bertemu lagi di dalam blog saya, cikkucing//cikzulaika. Hari ni saya nak kisahkan tentang pengalaman saya tentang sahabat, teman, dan rakan biasa. Opss.. kehidupan di sekolah dan di UUM, tapi dengan skala penceritaan yang kecil sebab kalau nak cerita semua sampai pagi besok pun tak kan habis menaip... hehehehe.. :p


Alhamdulillah, tamat sudah sem 4 saya di Universiti Utara Malaysia. Ini bermakna, sudah 2 tahun saya berkelana menuntut ilmu di bumi Kedah ini.. Sudah 2 tahun menjadi anak perantau, yang beribu batu jauhnya daripada keluarga. Dan sudah 2 tahun saya melalui pengalaman pahit dan manis sebagai seorang mahasiswi di UUM yang tercinta ini.. Dan sepanjang 2 tahun ini lah, saya telah mengenali ramai orang yang mempunyai pelbagai watak dan ragam yang sering berubah2.. (*penulis pun kadang2 bertukar mood jugak, hehe.). 


Apa itu sahabat? Apa itu teman? Apa itu rakan biasa? Bagi saya.. semuanya membawa maksud yang sama, cuma pengaplikasiannya sahaja yang berbeza, hehe. Semua membawa maksud yang sama, kawan.. orang yang rapat dengan kita, yang boleh berkongsi suka duka bersama kita, susah dan senang sentiasa bersama kita. Tapi, terdapat juga perbezaannya.. Tidak semua orang yang bergelar kawan sanggup berada di sisi kita sepanjang masa.. Ada yang bersama kita tatkala di waktu senang sahaja, apabila kita di dalam kesusahan, mereka menghilang.. Di sini, saya nak berkongsi sebuah cerita, pengalaman saya di universiti, tentang suka duka bersama insan yang bergelar sahabat.


Semasa saya di semester 1 di UUM, saya telah berpisah jauh daripada sahabat karib saya, Hajar Atikah Nazirah. Pada waktu tu, Hajar study di UMS Kampus Antarabangsa Labuan dengan jurusan Ekonomi Kewangan Antarabangsa, manakala saya mendapat tawaran ke UUM dengan jurusan Pengajian Antarabangsa. Memang bidang kami berbeza, tetapi jiwa kami sama. Memang minat kami kelihatan berbeza, namun kami tetap akrab bersama. Dari zaman Tingkatan 6, kami telah jadi sahabat baik. Insyaallah, sampai bila2..





Ni masa zaman sekolah, maaf, muka terpaksa dikaburkan atas sebab2 tertentu.. hehe..


Hajar merupakan sahabat akrab saya, yang tak mampu saya cari di mana2 pun.. Walaupun saya jarang hubungi dia, tak bermakna saya lupa pada dia.. cuma saya selalu sibuk dengan tugasan di universiti dan kesibukan dengan jawatankuasa pembangunan mahasiswa di hostel tempat saya menginap.. hajar memang 'easy going' orangnya.. Ayu.. tidak sama seperti saya yang sedikit kasar.. (*dalam tegas ada kelembutannya.. hehe..) Alhamdulillah, kami tetap boleh akrab.. Terima kasih kepada Hajar kerana sudi berkawan dengan saya.. :) 


Di UUM pula, saya telah mengenali ramai orang.. Ramai orang dan terlalu banyak ragam yang ditonjolkan.. Saya tetap diri saya, berkawan dengan sesiapa dan memegang prinsip tidak mahu terlalu rapat dengan sesiapa, termasuk dengan 'roomate' sendiri. Kedengaran angkuh bukan? Namun saya ada 'reason' tersendiri kenapa saya berbuat demikian. Hal ni kerana saya mahu menjaga hubungan dengan kawan2. Sekiranya terlalu rapat, jika ada konflik yang berlaku.. Akan menjadi susah yang teramat sangat. jadi, lebih baik begini..


Nur Hasniza Binti Ahmad Naizam.. Beliau ini sahabat saya di UUM ini.. Kami kenal sejak dari sem 1, dan mula akrab sejak dari sem 3.. Lebih mesra dengan panggilan Chaq. Chaq ni sangat sempoi, bertepatan dengan jiwa saya yang sangat sempoi.. Jadi, sebab tu lah kami boleh jadi akrab dan selalu berdua. Hehe. Dia seorang yang ramah, pandai berjenaka, dan sedikit 'comel' tubuh badannya. Yang paling buat saya bersyukur, Chaq selalu ada bersama saya di saat susah dan senang. Di saat saya kecewa dan kesedihan.. Kami selalu berkongsi pelbagai cerita bersama.. Macam2 cerita, dari yang serius hinggalah ke tahap lawak antarabangsa.. hehe.. Semua kami sapu, asal boleh 'happy'.. hehe.. 




 dengan Chaq.. :)


Bagi saya, Chaq dengan Hajar sama penting.. Mereka sahabat saya.. Yang selalu bersama saya di kala susah dan juga senang. Saya dengan Chaq sendiri, di UUM.. Kami sering berkongsi apa yang kami ada.. Kami study bersama2, bergelak ketawa sama2.. Saya betul2 feel 'campus life' yang saya cari sepanjang berada di UUM ni.. Ketika kami masing2 ketiadaan duit, kami berkongsi makan sebungkus megi pada malam hari, kerana hanya itu yang kami mampu.. megi yang tak sedap, bila kongsi jadi sedap buat kami. Alhamdulillah.. :)


Sama juga apabila salah seorang daripada kami ketiadaan duit, kami saling tampung sesama sendiri.. Bak kata mak saya, Duit boleh di cari.. Jadi kami berkongsi duit yang ada.. Walaupun susah, tapi kami gembira dengan apa yang ALLAH sudah berikan.. iaitu PERSAHABATAN YANG SEBENAR... Kami pergi kursus di Pulau Pangkor bersama2.. Cuma bezanya, Chaq lebih lantang bersuara daripada saya.. Hehe..


Seandainya Hajar ada bersama kami, pastinya akan lebih gembira hidup 'campus life' kami.. Tapi tak apa, suatu hari nanti saya akan mempertemukan mereka.. Kedua2 sahabat baik saya.. InsyaAllah di dunia dan juga di akhirat kelak.. :)

Tuesday, May 17, 2011

Assalamualaikum...

Buat awak yang telah meremukkan hati saya..

Saya masih ingat lagi.. masa tu kita masih di bangku sekolah, di dalam Tingkatan 5.. Bulan Januari, tahun 2006.. Segalanya bermula pada hari itu...

Saya dapat nombor telefon awak daripada kawan lelaki yang duduk di sebelah saya.. Dia kawan baik awak, sejak daripada kecil lagi, cerita kawan saya tu... Dia kata awak baik orangnya, dan suruh saya berkawan dengan awak.. Pada masa tu, saya pun baru ada telefon bimbit yang baru, jadi saya mula hubungi awak.. Dengan niat untuk bersahabat dengan awak..Tetapi... Ada sebaliknya yang berlaku.... Awak memarahi saya, awak tengking dan maki saya dan tanya dari mana awak dapat nombor telefon awak.. Saya bagitau yang saya dapat daripada kawan di sekolah.. Saya berkata jujur pada awak.. Niat saya cuma untuk berkawan dan mencari kawan baru kerana saya kurang kawan lelaki ketika tu..

Walaupun awak menengking saya dan membuatkan saya menangis, terhiris pedih dengan kata-kata yang awak hamburkan, saya tak pernah berkasar dengan awak.. Kalau ikutkan hati, nak saya label kawan yang bagi nombor awak tu penipu kerana awak tak seperti yang dia ceritakan, tapi saya bersabar.. Saya fikir, mungkin awak sengaja berkasar dengan saya, kerana awak lelaki, dan saya perempuan.. Saya terus sabar dan menerima sikap awak seadanya... Lepas tu, awak mintak saya jangan gelar "saya-awak", sebaliknya awak mahukan gelaran "Aku-Engkau".. Saya ikut apa yang awak mahukan, kerana mungkin dengan cara tu, saya akan dapat kenal awak dengan lebih lanjut lagi.. Awak sentiasa berkasar dengan saya dari segi perkataan, tapi saya tetap sabar.. Walaupun awak berkasar, tapi saya nampak yang sebenarnya awak ni baik.. Saya mula jadi seronok untuk kawan dengan awak.. Walaupun saya tak pernah tengok wajah awak.. hanya mesej yang jadi pengantara kita..

Bulan demi bulan berlalu...

Saya semakin dapat sesuaikan diri dengan awak, saya senang dengan cara awak yang sempoi.. Kadangkala saya telefon awak kerana sunyi dan nak bercakap, nak dengar suara awak.. Bila awak bercakap dengan saya, saya rasa senang walaupun kadangkala ayat awak sentiasa kasar dengan saya.. Awak sentiasa sindir-sindir saya dengan perkataan yang kurang menyenangkan.. Tapi kadang-kadang awak tetap juga mesej dengan saya, walaupun awak pernah cakap yang awak tak berapa sukakan perempuan, awak rasa berkawan dengan perempuan menyusahkan.. Tapi saya tetap rasa gembira.. Kenapa? Kerana walaupun awak kata awak tak berapa sukakan perempuan, tapi awak tetap mesej saya, sesekali awak akan telefon saya, di kala awak sunyi... Dan saya mula rasakan sesuatu.. perasaan yang aneh, secara perlahan-lahan meresapi hati saya.. Walaupun tak pernah bertemu muka, tapi saya rasa selesa dengan awak...

November, 2006..

Pada masa itu, peperiksaan SPM hampir menjelma.. kita masing-masing bersiap sedia dengan mengulangkaji pelajaran.. Awak mengadu pada saya, awak tak dapat tumpukan perhatian awak kepada pelajaran awak, pada masa tu juga, awak sudah tidak terlalu kasar lagi kepada saya.. Saya berkata kepada awak, "Awak boleh lakukannya, saya tahu, awak kena yakin dengan diri sendiri.." Saya sentiasa ulang ayat ini kepada awak.. Saya turut mendoakan awak berjaya di dalam peperiksaan SPM tersebut.. Awak mula mendengar cakap saya, dengan mula mengulangkaji pelajaran awak.. Awak mula belajar dengan sungguh-sungguh.. Saya rasa gembira, kerana saya mampu untuk mendorong awak untuk mengulangkaji pelajaran awak.. Untuk mendapatkan keputusan yang baik di dalam SPM.... Hari demi hari berlalu, sampai lah ke hari yang terakhir peperiksaan SPM.. awak kata, awak dah cuba yang terbaik, dan lepas ni awak mahu kerja untuk isi masa cuti awak.. Saya pun turut sama mencari pekerjaan selepas tamat peperiksaan SPM...

Januari 2007....

Kita masing-masing telah mendapatkan pekerjaan.. Saya bekerja sebagai guru tadika, dan awak bekerja sambilan di stesen minyak.. Kita masih saling berhubung, Alhamdulillah.. Awak kata, awak seronok kerja di stesen minyak tersebut, kerana dekat dengan rumah awak.. Saya pun turut mula seronok dengn pekerjaan saya sebagai guru sambilan di sebuah Tadika Islam, di Kuala Lumpur, kerana saya menetap di rumah kakak saya.. Persahabatan saya dengan awak terus berjalan seperti biasa, cuma kita sudah kurang berhubung kerana saya bekerja dari pagi hingga petang dan awak pula bekerja 'shift'.. Selalunya, awak bekerja pada 'shift' malam.. Namun, itu tak menghalang saya untuk terus menghubungi awak... Dalam tempoh tu, saya gembira.. kerana walaupun awak kerja, awak tidak lupa untuk hubungi saya.. Kadangkala awak akan telefon saya, dengan buat panggilan "super saver", hanya untuk berbual dengan saya.. Demi Allah, saya sangat gembira.. Dan... Dari saat itu... Saya mula, menyukai awak dalam diam... Tapi, saya hanya pendamkan.. kerana saya.. Tak mahu merosakkan persahabatan ini.. Saya cuba untuk melupakan perasaan itu.. Tapi, setiap hari, perasaan saya menjadi semakin kuat.. Dan saya tak pernah tunjukkan pada awak...

Awal bulan Mac, 2007..

Keluarga saya di kampung telah menelefon saya, dan memberitahu saya mendapat surat panggilan untuk menjalani latihan selama 3 bulan di Kem PLKN di Negeri Sembilan.. Saya terkejut kerana tarikh tersebut sudah tidak lama lagi.. Saya perlu pergi kem tersebut dan menjalani latihan sebagai pelatih PLKN.. Saya bagitahu awak tentang hal ini, dan awak berkata awak tidak dapat apa-apa surat panggilan.. Awak kata, awak lega kerana tak dapat dan ucapkan selamat menjalani latihan kepada saya.. Saya mula rasa sedih, kerana saya tidak dapat menghubungi awak seperti selalu.. Tapi awak kata, jangan risau.. Dapat henfon, saya boleh mesej awak untuk tanya khabar, cuma hanya tiap-tiap Sabtu dan Ahad sahajalah.. Saya redha dengan ketentuan ini.. Saya berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk bersiap-siap ke kem PLKN.. Pada masa itu, saya ada masalah dengan keluarga saya.. Ibu saya.. Seolah-olah tidak menghiraukan saya atas kesalahan yang bukan saya lakukan.. Saya memang sedih, pulang ke rumah seperti tidak dialu-alukan.. Namun, saya terus sabar.. Pada 18 Mac 2007, saya mendaftar sebagai pelatih kem PLKN.. Dan pada hari itu juga, ibu saya tidak menghantar saya untuk naik bas, hanya abang saya yang hantar.. Abang saya turunkan saya di tempat pendaftaran pelatih dan menunggu bas, kemudian dia terus pulang, tanpa menunggu saya naik bas.. Saya memang sedih, tapi saya pasrah.. Sepanjang perjalanan, saya hantar mesej pada awak.. Tapi awak tak balas, sebab awak tidur.. Saya tunggu dan terus menunggu balasan daripada awak...

Sampai di kem PLKN, saya perlu menyerahkan telefon bimbit untuk simpanan.. Saya cuba untuk menelefon awak beberapa kali, dan akhirnya awak angkat.. Saya bagitahu awak yang saya akan serahkan telefon bimbit saya, awak cakap "padan muka.." Bunyinya memang kasar, tapi saya tahu awak bergurau.. Saya ucap selamat tinggal pada awak.. Selepas itu, bermula lah kehidupan saya sebagai pelatih PLKN.. Saya hanya dapat hubungi awak pada hujung minggu sahaja.. Awak akan menelefon saya setiap minggu... Saya pernah berkata kepada awak bahawa saya rindu nak dengar suara awak.. Tapi saya tak sangka, awak pun cakap awak rindukan saya.. Alhamdulillah.. Saya sangat gembira, walaupun saya yang mulakan untuk berkata seperti itu..

Jun, tahun 2007...

Selepas tamat 3 bulan latihan.. Saya pulang ke rumah. Dan awk berkata awak telah mendafter masuk ke Tingkatan 6.. Saya bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk mendaftar Tingkatan 6 di sana.. Tetapi... Saya tidak dibenarkan untuk bersekolah di Kuala Lumpur.. Kerana... Abang saya berkata kepada emak saya, dia tidak mahu lagi menanggung saya.. Sekiranya saya masih mahu terus bersekolah di Kuala Lumpur, saya perlu tanggung diri sendiri.. Kakak saya pun tidak mahu menanggung perbelanjaan saya.. Dan saya akur.. Saya pulang ke kampung, dengan keadaan yang sedih.. Sudah lah masa itu ibu saya tidak pedulikan saya, kakak saya pula mahu melangsungkan perkahwinan pada masa itu.. Tidak ada sesiapa yang pedulikan keadaan saya.. Dan saya uruskan kemasukan saya ke Tingkatan 6 seorang diri.. Hanya saya seorang.. Pada masa tu, saya hanya ada awak sebagai tempat mengadu.. Hanya AWAK....

Namun, selepas kakak saya berkahwin, hubungan saya dengan ibu semakin pulih.. Alhamdulillah.. dah hubungan saya dengan awak terus berjalan seperti biasa.. Saya semakin sukakan awak... sampai di suatu hari, saya telah mengatakannya kepada awak.. tapi dengan nada bergurau.. Tapi, awak seperti tidak kisah.. dan awak juga sudah tidak kasar dengan saya seperti setahun yang lalu.. Saya rasa syukur yang amat sangat... Sepanjang di Tingkatan 6, kita sentiasa berhubung seperti biasa tanpa berpeluang melihat wajah masing-masing... Saya hanya melihat wajah awak dari MMS yang awak hantar kepada saya.. Hanya mesej dan panggilan telefon menjadi penghubung kita...

Disember, tahun 2008...

Peperiksaan STPM semakin hampir dan kita sama-sama mengharungi nya dengan sebaik yang mungkin.. Alhamdulillah, semua nya telah berjalan dengan sangat lancar, dan persahabatan kita turut berjalan dengan lancar juga..

Jun, 2009..

Selepas keputusan peperiksaan STPM keluar, saya telah mendapat tawaran daripada Universiti di utara tanah air.. Saya berkongsi berita gembira ini dengan awak.. Awak mengucapkan tahniah.. dan berkata awak tidak mendapat tempat di Universiti.. Saya meminta awak bersabar dan memohon lagi untuk sesi yang kedua.. Saya terus menjalani kehidupan saya dengan menggalas gelaran sebagai pelajar Universiti.. Namun, ekoran kesibukan kuliah dan awak pula bekerja.. Kita sudah semakin kurang berkomunikasi.. Namun, perasaan suka dan sayang saya semakin hari semakin menebal terhadap awak.. Tapi, awak seperti dah berubah.. Awak mengatakan saya sudah sombong kerana jarang menghubungi awak.. Demi ALLAH! Saya tidak pernah melupakan awak..

Julai, 2009....

Saya akui, saya sentiasa hubungi awak.. Sama ada perkara kecil atau besar.. Saya sentiasa kongsi dan menceritakan kepada awak... Dan.. Pada hari lahir saya... Saya telah menelefon awak.. Saya.... Telah memberitahu awak... Yang saya benar-benar menyukai awak, kerana awak bertanya soalan ini kepada saya... Awak mendiamkan diri di dalam telefon.. Awak bertanya kenapa saya sukakan awak? Saya cuma berkata... Saya selesa dengan awak...

Pada masa itu, saya benar-benar berharap yang awak pun sukakan saya... Tapi.... Sebaliknya yang berlaku.... Awak kata "Maaf... Saya tak bersedia lagi... Saya tidak pernah sukakan sesiapa... Awak hilangkanlah perasaan suka awak tu, saya tak dapat terima.. Saya tak pernah terfikir untuk bercinta dengan sesiapa... Lagipun kita tak pernah jumpa, awak pun tak kenal saya lagi.. Maaf la ye..." Ya Allah... Hanya Allah sahaja yang mengerti perasaan saya pada ketika itu... Pada hari lahir saya.. Orang yang saya suka berkata begitu kepada saya.. Namun, saya tahan air mata saya daripada jatuh... Saya berpura-pura menjadi kuat.. Sedih.. Memang sangat sedih... Saya mengumpul kekuatan dan berkata pada awak.. "Tak apa, saya cuma selesa dengan awak.. Sebab tu timbul rasa suka, sebab awak dah tak kasar macam dulu lagi... Hehehe.. " Saya menangis di dalam hati... Awak meminta maaf, dan saya menamatkan penggilan dengan alasan mahu tidur kerana ada kuliah pada waktu pagi... Saya menangis sendiri tika dinihari... Saya malu, saya kecewa.. Teramat kecewa.. Dan saya akhirnya membuat keputusan tidak mahu mengganggu hidup awak lagi...

Februari, tahun 2010...

Saya semakin dapat memulihkan perasaan saya.. Daripada terus mengingati awak... Saya semakin sibuk dengan tugas sebagai pelajar di Universiti... Tidak lama kemudian... Saya dapat mesej daripada awak.. Awak mengatakan saya sombong dengan awak.. Dan saya tibak bagi sebarang balasan kepada awak.. Sampai lah satu ketika, awak menelefon saya.. Awak berkata "Tak kan sebab saya tolak awak.. Awak dah tak nak kawan dengan saya.." Saya pura-pura ketawa.. Dan berkata "Bukan sebab tu la.. Saya memang sangat sibuk dengan kuliah.. Saya betul-betul banyak assignment tau.. " Saya berpura-pura gembira, sedangkan saya menangis di dalam hati... Sejak daripada itu, saya semakin tidak menghubungi awak lagi... Sangat lama saya menyepikan diri daripada awak....

Oktober, tahun 2010...

Awak mula menghubungi saya.. Anehnya, saya tak tahu kenapa.. Saya masih menyayangi awak.. Saya tidak dapat hilangkan perasaan suka saya pada awak... Dan saya mula berhubung dengan awak semula.. Awak pun sudah jadi pelajar UiTM pada masa itu.. Dan... Perasaan sayang saya pada awak.. Bercambah kembali...  Awak pun seperti menerima saya semula sebagai seorang kawan seperti dahulu... Saya tidak dapat lagi.. Menghalang perasaan saya kepada awak.. Sudah terlalu lama.. Perasaan ini bersemadi untuk awak... Tetapi, saya rasa sedih, kerana.. macam mana sayang pun saya kepada awak... Saya tahu, awak tidak pernah ada perasaan kepada saya... Awak ambil berat pada saya, hanya sebagai seorang kawan.. yang telah berkawan dengan awak selama hampir 5 tahun.. 5 tahun... Waktu yang cukup lama.... Saya semakin menerima hakikat... Saya tidak akan pernah dapat bersama awak... Saya pasrah.. dan saya redha.. Saya ada berkawan dengan orang lain, tetapi... entah kenapa.. hati saya masih kuat mengingati awak... Awak sentiasa di fikiran saya.. Walaupun saya sudah lama tidak menghubungi awak... Saya tahu, awak akan sentiasa ok walaupun tanpa adanya saya.. Saya hanya dapat lihat awak melalui laman Facebook sahaja... Kadangkala, awak sengaja memerli saya kerana rasa suka yang pernah saya ungkapkan kepada awak.. Walaupun hati saya pedih yang teramat sangat, Saya tetap menganggap perkara tersebut sebagai 1 gurauan.. Kerana saya tahu... Saya tak akan pernah dapat bersama awak....

Tahun 2011...

Hari ini... kita bergaduh sesama sendiri... Disebabkan pagi tadi, saya menghubungi awak... Saya telefon awak kerana ini adalah permintaan awak.. Dan saya mengatakan pada awk rasa suka saya pada awak, yang telah saya bagitahu awak 2 tahun yang lalu adalah gurauan sahaja.. Saya tak mahu jadi perempuan yang bodoh lagi.. Awak memerli saya... Awak kata saya berbohong.. Saya menafikan dan kita bergaduh.. Awak kata saya malu dan takut mengakui hakikat sebenar.. Awak kata awak tak akan lupa terhadap apa yang saya pernah kata kepada awak.. Awak kata lagi... Saya hanya nampak awak.. Semuanya awak.. Itu awak, ini awak...

Dan... Awak terus perli saya... Awak mengatakan saya perempuan yang gatal... Ya Allah... saya benar-benar tersinggung dengan mesej yang awak hantar... Saya terus menafikan lagi.. Dan saya berkata saya tidak mahu lagi mengganggu awak.. Awak berterusan memberi tekanan kepada saya.. Pada ketika saya di dalam waktu peperiksaan.. Awak berkata "Tak nak kacau ke atau nak larikan diri.. Nak lari dari orang yang awak suka..." Awak terus sindir saya dengan perkataan sebegitu... Awak tahu kan.. Saya pun punya perasaan... Awak perlekehkan perasaan saya... Saya rasa sedih sangat.. Saya tak sangka.. Saya mengatakan saya tidak pernah menyukai awak... kerana saya sangat tersinggung dengan awak... Dan dalam mesej awak yang seterusnya.. Awak mengatakan.. Saya menipu diri sendiri kerana saya bagitahu awak yang saya suka kan awak... Dan dalam mesej terakhir awak... Awak melabelkan saya perempuan yang tidak tahu malu... Ya Allah... Mengalir air mata saya ketika baca mesej awak... Hati saya benar-benar terluka.. Saya menangis sendirian.. Selama 5 tahun persahabatan saya dengan awak.... Gelaran tidak tahu malu yang awak berikan... Demi Allah... Saya rasa sangat sedih... Saya tak sangka.... :(

Buat awak yang telah meremukkan hati saya...

Pernahkah awak letak kan diri awak di tempat saya...? Pernahkan awak cuba menyelami perasaan saya..? Salahkan saya menyukai awak...? Berdosakah saya punya perasaan ini terhadap awak...? Saya tahu.. Saya sedar... Saya tidak layak untuk bersama awak... Pipit tak akan layak untuk terbang bersama Enggang.. Kerana saya tahu... Saya lah pipit yang malang itu... Saya redha... Saya tak akan dapat bersama awak.. Tapi.. Tak perlu untuk awak menyindir saya dan melabelkan saya bukan-bukan.. Kerana saya sedar.. Sedar siapa diri saya.. Saya tiada rupa, dan juga tiada harta... Saya hanya orang luar... Tidak layak bersama awak...

Terima Kasih awak... Selama 5 tahun persahabatan kita... Walaupun kita tak pernah berjumpa... Saya gembira dapat mengenali awak... Saya sangat gembira... Saya tak salahkan awak... Saya sentiasa doakan kebahagiaan awak... Saya harap awak dapat maafkan kesalahan saya.. Kerana saya sudah lakukan kesalahan yang sangat besar... Salah saya adalah menyukai, menyintai, dan menyayangi awak.. Maafkan saya.. Dan saya tak akan ganggu hidup awak lagi... Saya akan pergi.... Pergi jauh daripada kehidupan awak... Anggap lah awak tidak pernah mengenali saya... Saya akan pergi.. Semoga awak akan bertemu kebahagiaan yang hakiki...

Assalamualaikum.....

Wednesday, May 04, 2011

Ape YaNg BerLakU??

maaf, kerana menggunakan kata ganti nama 'aku'..

sekarang ni, aku banyak tengok perkara ni: LELAKI lebih SUKA dan GEMAR, dan mudah TERTARIK pada perempuan CANTIK, umpama perempuan tersebut adalah seperti TEH TARIK buat mereka.. haha. :D 
kenapa jadi macam ni ya? 

ape KURANGNYA perempuan yang KURANG CANTIK? apa kurangnya perempuan yang berkulit GELAP berbanding dengan yang berkulit CERAH? apa kurangnya perempuan yang gigi JONGANG berbanding dengan perempuan yang TAK JONGANG?? aku sendiri pon x faham la. 


.::ni PENGALAMAN TERINDAH aku la:-

kat laman FACEBOOK, aku ada la perhatikan GELAGAT kawan aku ni.. orangnya? boleh la tahan, ada MATA, ada HIDUNG, ada MULUT, ada TELINGA.. cukup sifat, ALHAMDULILLAH.. :).

TAPI!! kat FACEBOOK tu, beliau hanya akan komen pada page gadis yang CANTIK-CANTIK je.. dah lama aku perhatikan GELAGAT beliau (sebab aku ni JENIS yang suka PERHATIKAN gelagat orang).. 


page perempuan yang KURANG CANTIK?? beliau JARANG-JARANG je nak komen.. macam filem p.Ramlee: JARANG-JARANG.. Termasuk la dengan page aku, pun BELIAU jarang-jarang je nak komen. Aku pun TAK TAU kenapa dengan mata beliau.. tapi, kadang-kadang tengok STATUS facebook beliau, aku dapat rasa yang beliau seperti terlalu ingin mempunyai TEMAN WANITA.. haha.. Ape nak jadi ni brader..??

kadang-kadang aku memang GELAK golek-golek sorang-sorang aku, haha.. Aku faham, CINTA tu FITRAH manusia sejagat.. Aku faham, setiap manusia memerlukan PASANGAN HIDUP..tapi brader, cara lu MEMANG buat wa GELAK laa beb.. lu STALKER page perempuan CANTIK-CANTIK, komen banyak2.. bukan lu AKAN dapat pun brader.. haha.. 



tapi, perbuatan KAWAN aku tu.. sedikit sebanyak telah membuatkan aku terfikir; apa KURANGNYA perempuan yang kurang cantik?? Manusia semua sama di sisi ALLAH.. Kenapa berlaku DISKRIMINASI macam ni? kadang-kadang, perempuan yang KURANG CANTIK la punya SIKAP dan PERANGAI yang baik berbanding dengan perempuan yang DAHI LICIN tanpa JERAWAT.. 

Bukan aku menolak golongan-golongan CANTIK ni, tapi aku PERNAH tengok dengan mata sendiri betapa BIADAP nya perangai mereka.. tapi malas la nak cakap banyak, takut akan jadi 1 KUTUKAN pulak.. 

Hey LELAKI kat luar sana... bukan semua yang AWAK nak, awak akan DAPAT tau.. hehe..

Tuesday, May 03, 2011

Minggu EXAM dah TIBA!!!

Assalamualaikum, aiiyakk! minggu EXAM dah tiba!! paper first dah x lame lg. Ya Allah, ika langsung TAK STUDY ape pon lg ni, risau nye!! 


Macam mane nak buat ni, MOOD nak STUDY asyik HILANG je?? x tau nak buat macam mane, asik tgk FB dengan main GAME. Abislah ika, macam mane la dengan RESULT ika ni nanti. Hanye ALLAH jela yang tau.... 


tengok gambar ni pon dah boleh menggambarkan situasi ika, adehh..

Risau la dengan ape yang berlaku, dah la POKET pon KOSONG ni. duit terakhir yang tinggal tadi RM3 je. Lepas tu  pegi beli NASIK LEMAK dengan air, abes dah. Tamat la riwayat RM3 ika. Aiii... dah nasib badan..

Ika ni jenis yang SEGAN nak mintak dengan FAMILY melainkan kalo dah sesak yang amat sangat. Bukan ape,  ika cume taknak MENYUSAHKAN FAMILY je. Ika dah biase dengan hidup berdikari sebab ika penah masuk skolah asrama. Haaihh... d'_'b 

Ape yang penting?? kene la SABAR menghadapi CABARAN dan DUGAAN mase belajar ni. Ika pon bukan la ANAK ORANG KAYA, jadi ika kene JIMAT CERMAT, sebab tu PERKARA MULIA. hahahaha.. :D

Monday, May 02, 2011

Muslimah yang cantik..

wanita, hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah..



yang akan membahagiakan syurga, di dalam rumah tangga..

Di manakah letaknya CANTIK pada sorang wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Kepada mu wanita.. Agar dikau bahagia..


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

15 Ciri Wanita Syurga.


1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh. 


Tidak Pernah Ku Harapkan...


Ya Illahi,
Tidak pernah kuharapkan,
Selain dari keredhaanmu buat diri ini.
Ya Illahi,
Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,
Segala yang kulakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.
Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,
Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.
Maha Benar Engkau Ya Rabbi,
Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.
Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,
Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku.
Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi...