Friday, March 23, 2012

Inspirasi Hari Ini.. :)

"Dia berpakaian longgar dan menutup aurat.
Belum tentu dia solehah. =.=
Wall FB, Twitter, Blog... nya penuh dengan post Islamic.
Belum tentu dia amalkan semuanya.

Tapi..

Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. ^^
Mengikut syariat Islam selagi termampu. :)
Melaksanakan suruhan-Nya selagi denyut nadi masih bernafas. ;)
Supaya menjadi calon isteri solehah bakal penghuni syurga. ^^,
Dan supaya menjadi hamba Allah yang mendapat naungan redha-Nya. ^^,

♥ InsyaAllah.. ♥

~ Dakwah itu kan tugas setiap Muslim. ;D"
 Assalamualaikum, hari ni..masa ika online Facebook tadi, ika ternampak status seorang rakan FB ika ni.. mcm kt atas ni laa status beliau.. (nama fb terpaksa dirahsiakan)
 hehe.. ika cukup tertarik dengan status beliau ni.. 
berusaha menjadi yang terbaik.. dan melakukan perubahan..
ya, ia bukan sesuatu yang sangat mudah untuk kita semua lakukan..
ika pun sedang melakukan perubahan jugak, perubahan ke arah yang lebih baik..
insyaAllah.. semoga perjalanan ika ni diredhai oleh Allah.. :)
  semoga kita semua mendapat keredhaan daripada Allah, insyaAllah.. :D
semoga bertemu di dalam kisah yang lain pulak, :)
Assalamualaikum.. :)

Saturday, March 17, 2012

Jodoh tu.. Rahsia Allah..

Assalamualaikum.. hari ni, bertemu lg..
ika dah lame betul tak update blog ni.. hehe..
dan hari ni, ika nak kongsi sesuatu.. yg terlintas di fikiran ika..
tentang jodoh..

ya.. jodoh tu.. rahsia Allah yang maha esa..
kita takkan tahu teka teki Allah ni sampai la satu masa nanti ianya akan terungkai dengan sendirinya.. :)
apa yang buat ika tertarik dengan entry ni..
bila ada sorang kawan fb ika (Firdaus Zakaria) tanye pada ika tentang peluang kedua..
bentuk soalan dia mcm ni..

"z.. (beliau panggil ika sbg z dan ika panggil beliau f)
"percaya tak dengan peluang kedua..?"

sebenarnya ade lagi soalan kt belakang tu.. tapi taknak mention laa.. cukup soalan ni je yang buat ika tertarik dan terfikir sesuatu.. :)

jodoh..
peluang kedua..
sesuatu perkara yang menarik, kan?

jodoh tu.. benar2 rahsia Allah.. lebih baik kita tak mengetahui siapa jodoh kita sampai kita bertemu dengannya.. :)

tapi kan, ada orang kata, kalau tak cari, tak usaha.. macam mana nak datang jodoh tu?
ada yang siap mandi bunga bagai2.. hehe..
tak paham jugak dengan situasi yang mcm tu kadang2.. :)
takut benar diri tak laku..

bagi ika, Allah itu Maha Adil.. Allah tahu yang terbaik untuk setiap hambanya.. :)
mungkin sekarang ni ika kecewa kerana jodoh yang tak kesampaian, tapi masa depan kita tak kan tau macam mana keadaannya kan?

takde sapa2 pun yang mahu hidup sendiri.. semua manusia ada perasaan.. rasa suka, cinta, sayang, rindu tu.. fitrah manusia sejagat.. perasaan indah kurniaan Allah yang Maha Esa.. ika pun tak terkecuali..

cuma, sekarang ika belum bertemu dengan sape2 lagi.. lebih baik begini.. sebab ika tak tau sape jodoh ika la, hati akan jadi terpelihara dengan baik.. jodoh ika pun.. insyaAllah akan Allah pelihara dengan baik juga..

ika sentiasa berdoa.. agar dikurniakan jodoh yang baik2.. yang boleh menerima ika dan family ika seadanya.. yang mampu membimbing ika ke arah yang benar dan di redhai Allah..

menarik betul bila cakap soal jodoh ni.. hehe..




sehingga bertemu lagi dengan kisah yang lain pula.. :)
Assalamualaikum..


***************************************************************************