Saturday, August 13, 2011

Ceritera Dianza & Sufi..

Di sini segalanya bermula. 2 insan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Dia bernama Dianza, dan dia bernama Sufi. bukan orang yang sama ok? budak perempuan itu Dianza, dan budak lelaki itu Sufi.

Sekolah Menengah Seri Saujana, tempat segalanya bermula...

Part 1

"Kringgggggg!" loceng besar sekolah berbunyi pada jam 8 pagi menandakan waktu kelas sudah pun bermula. Dianza masih tidur tidak sedarkan diri. kepala diletak di atas meja, dialas dengan beg skolah. dia tidur di atas meja kelas, di tempat duduknya di kelas 5 Sains 1. tempat duduknya adalah paling belakang sekali.

tanpa Dianza sedar juga, guru subjek Bahasa Melayu nya sudah pun masuk ke kelas dan mahu memulakan sesi pembelajaran.

"Tok..tok.." kedengaran pintu diketuk dan seorang pelajar lelaki masuk. pelajar lelaki itu masuk ke kelas dengan senyuman sambil melangkah dengan penuh yakin. namun, Dianza masih tidak sedarkan diri lagi.

"Assalamualaikum cikgu.. saya Sufi.. pelajar baru kelas ni.. baru daftar tadi.."

kebanyakan pelajar2 perempuan di kelas 5 Sains 1 berbisik2 sesama sendiri.. memuji2 kekacakan dan ke'hensem'an pelajar baru yang bernama Sufi itu.

"Ohh, ya.. saya ada diberitahu oleh guru kelas kamu tadi tentang ada pelajar baru akan masuk kelas ni..ok2, kamu boleh duduk kerana saya nak mengajar.. tapi.. di mana saya nak dudukkan kamu ye..."

sambil memandang2 ke arah tempat duduk pelajar, mata guru itu tertancap ke arah Dianza yang masih lena tidur..

"Dianza! Dianzaa!" laung guru itu..

Dianza mendengar namanya dipanggil. sambil terkulat2 dia mengangkat kepala dan secara automatiknya tangannya mengesat2 mulut nya. mengesat air liur basi.

"Ya Allah.. Dianza! kenapa tidur dalam kelas? siap kesat air liur basi lagi, apa nak jadi dengan kamu ni Dianza? masih tak berubah perangai gila2 kamu tu.. sedarlah sikit.. kamu tu pelajar aliran sains tau?! tahun ni nak exam SPM dah!" Guru Bahasa Melayu itu mula menyinga tatkala melihat Dianza masih terkulat2 dan kelihatan 'blur'.

kedengaran gelak ketawa daripada pelajar2 perempuan di kelas itu. dan dalam masa yang sama, mereka memandang sinis kepada Dianza.

"Dah.. Sufi, kamu pergi duduk sebelah Dianza..sebelah Dianza tu takde orang duduk.."

Sufi melangkah perlahan ke arah Dianza. namun, Dianza langsung tidak memandang ke arah Sufi. dia masih kelihatan 'blur' dan terpinga2.

"Assalamualaikum.. hai Dianza.."

"Waalaikumussalam.."

dengan perlahan-lahan, Sufi menarik kerusi dan seterusnya duduk di sebelah Dianza. para pelajar perempuan di kelas itu masih berbisik sesama sendiri dan memandang sinis ke arah Dianza.


Part 2

pukul 7.00 pagi. Dianza sampai awal ke sekolah dan terus berjalan ke arah kelasnya selepas memarkirkan motosikalnya. perlahan-lahan dia melangkah ke dalam kelas 5 Sains 1. dia terlihat ada sebuah beg di atas meja sebelah tempat duduknya. oleh kerana dia masih dikuasai rasa mengantuk, dia terus mencapai beg tersebut dan dijadikan alas kepalanya. selepas itu, Dianza pun memejamkan mata.

pukul 7.10 pagi. Sufi melangkah masuk ke dalam kelas dengan membawa seplastik kecil kuih karipap untuk dijadikan sebagai sarapannya pada pagi itu.

dia tergamam seketika. Dianza sudah ada di kelas dan dia sedang tidur. tidur beralaskan beg sekolahnya. dia berkata2 sendiri. macam mana aku nak ambik beg aku tu? dan akhirnya Sufi membuat keputusan untuk membiarkan Dianza terus tidur. mengantuk sangat agaknya si Dianza ni..

setelah duduk, dia menyuap seketul kuih karipap ke mulutnya sambil matanya tak lepas memandang ke arah Dianza. comelnya dia.. tidur nyenyak macam baby pulak.. ehh.. ape aku fikir ni?? Sufi menggeleng-gelengkan kepalanya.

pukul 7.40 pagi. sudah semakin ramai pelajar sudah sampai ke dalam kelas dan semakin memenuhi kelas itu. dan Dianza masih juga tidur. Sufi kian resah. aduhh.. beg aku tu.. macam mana ni..

"Err.. Dianza.. bangun Dianza.. beg saya ni..  Dianza.." Sufi bersuara perlahan.

kelihatan Dianza bergerak dan seterusnya membuka matanya perlahan-lahan. namun, matanya separa terbuka. menggambarkan rasa mengantuk yang amat sangat.

"hmm.. ape? aku takde duit nak bagi kau..pergi jauh2.." perlahan Dianza bersuara. suaranya sedikit serak.

mak aihh.. ganas gile perempuan ni.. sape nak duit dia? mamai ke ape? ehh.. aku nak beg aku laa! hati Sufi berkata sendiri.. dah sedap2 tidur atas beg kita, ni kita pula disuruh pergi main jauh2 pulak..

"Dianza.. beg saya ni.. bangun laa Dianza.. kejap lagi kelas nak mula laa.. bangun laa.." Sufi bersuara seakan memujuk. ish perempuan ni.. aku dah pujuk ala2 romeo pun nak tidur lagi.. ingat senang ke aku nak cakap macam tu kat kau haa??

Dianza bergerak2 lagi. "hmm.. nak ape ni? Diya ngantuk aa..."

Diya? alahai manjanya... Dianza... Diya.. comel jugak nama manja perempuan ni.. muka pun comel.. tapi kuat tidur.. Sufi senyum. secara tiba2, jiwanya rasa tertarik dengan kata2 Dianza itu tadi.. dan dia mendapat satu idea untuk membangunkan Dianza..

"Diya sayang.. awak tidur atas beg saya laa Diya.. bangun laa.."

Dianza buka mata dan secara automatiknya dia bangun mengangkat kepala. rasa terkejut. Diya?? sayang? apahal mamat ni panggil aku Diya dan sayang? nama Diya tu family aku je yang panggil! Kurang asam betul la..

"Ape kau panggil aku tadi? Diya? eh name aku Dianza laa.. panggil Dianza je.. takde sayang2 kat belakang name aku ok!?" Dianza memandang Sufi. tajam pandangannya.

"Ape2 lah ye.. awak tu tidur atas beg saya.. can i take my bag now?" Sufi berterusan senyum.. cun jugak minah ni bila dia marah.. Dianza menyerahkan beg milik Sufi itu tanpa berkata apa2. mengucapkan terima kasih pun tidak. dia memalingkan muka ke arah lain.

"by the way.. nama Diya tu comel sangat.. jangan marah.."

"Kringgggg...." jam loceng sekolah berbunyi menandakan telah bermula sesi persekolahan dan sesi kelas pada hari itu. Dianza memandang ke arah Sufi dengan tajam. Sufi hanya tersenyum manis.

hmm.. Dianza.. comel laa kau ni.. Sufi mengenyitkan mata ke arah Dianza. Dianza terkejut dan memandang Sufi dengan penuh rasa geram di hati..

"Kau... berani kau ye...."

Sufi berterusan senyum.. ohh.. what a happy day!!


Part 3

3 bulan berlalu setelah Sufi mendaftar masuk ke sekolah itu.. dia mendaftar masuk pada bulan januari dan kini sudah menghampiri penghujung bulan mac.. bagi Sufi, semuanya kelihatan indah baginya.. duduk di sebelah seorang pelajar perempuan bernama Dianza, seringkali mencabar egonya sebagai seorang lelaki.. namun, entah kenapa.. walaupun Dianza berterusan melayannya dengan kasar, dia berasa sangat senang dengan perempuan itu.. dia tidak sama dengan pelajar perempuan yang lain.

"ehh beb.. apasal kat nametag nama kau ade huruf TG? nama kau ape sebenarnye? tanjung ke?? kau ni anak orang kaya ye??" Dianza bertanya secara tiba2 ketika mereka sama2 membuat latihan subjek Fizik di dalam kelas.

"haa? err.. yelah tu, tanjung.. tapi bukan tanjung rambutan ok? dah mama dengan papa saya yang bagi nama ni.. kena la terima.. Diya.. tak suka ke dengan nama saya? lagi satu.. saya ni orang biasa je Diya.. mana ada anak orang kaya laa.. papa saya juru toreh, mama saya ada warung makan.."

pada mulanya, Dianza cukup marah apabila Sufi memanggilnya dengan nama 'Diya' sehingga seluruh pelajar kelas 5 Sains 1 sedar akan perubahan itu.. tapi, lama kelamaan, Dianza sudah tidak peduli lagi. hanya Sufi sahaja yang memanggil Dianza dengan panggilan 'Diya', sedangkan seluruh kelas memanggil 'Dianza'..

"wahh juru toreh? dasyat ar.. mesti kau pandai toreh getah kan?ehh.. tak suka ape pulak ni? ape kena mengena aku dengan nama kau? dan mama dengan papa kau bagi.. tak kan tiba2 aku nak sibuk2 tak suka kot?"

dan begitulah Dianza.. sentiasa melayani Sufi dengan kasar.. anehnya, Sufi tidak pernah membalas balik segala perlakuan kasar Dianza terhadap dirinya. bagi Sufi, Dianza hanya kasar dari segi percakapannya sahaja, bukan dari segi perbuatannya.

dan yang menariknya tentang Dianza, dia merupakan seorang pelajar yang pintar. walaupun dia kurang bergaul dengan rakan sekelas, Dianza cepat memahami apa yang diajar oleh guru. dan, tak hairan juga apabila Sufi selalu meminta bantuannya apabila tidak memahami tentang sesuatu perkara.

namun, kadangkala.. Dianza meminta Sufi untuk menyiapkan kerja sekolahnya..

"weh.. boleh tak kau tolong siapkan kerja kimia ni? aku tak sempat laa nak buat.. aku ada hal semalam sampai lupa ade kerja kat subjek kimia.. tolong ehh?"

Sufi menjadi terpinga2. subjek kimia bukanlah bidang kepakarannya. kalau biologi boleh la? alamak.. gumam hati Sufi.. antara dia dengan Dianza, Dianza lebih hebat di dalam subjek kimia berbanding dengan dirinya yang menggemari subjek biologi.

"Sufi.. tolong ar beb..tolong eh? nanti aku belanja air kotak ok? bye, nak tidur kejap.."

dan Sufi terus terpinga2..namun, ada rasa gembira ketika Dianza memanggil namanya tadi kerana Dianza jarang memanggilnya dengan nama. Sufi tak pernah menganggap Dianza membulinya kerana dia sendiri berasa senang apabila dapat membantu Dianza.

walaupun mereka duduk bersebelahan, namun Dianza tidak pernah mengetahui siapa Sufi mahupun nama sebenarnya kerana dia kurang mahu mengambil tahu mengenai perihal orang lain. tapi, pada suatu hari, Dianza mengetahuinya apabila terbaca nama penuh Sufi di dalam sebuah novel inggeris milik Sufi...

"Sufi.. Tengku Sufi Imran bin Tengku Ibrahim? rumah kat Vila Perdana.. taman perumahan elit tu.. jadi.. Sufi tu.. keturunan kerabat ke..? " Dianza berkata2 sendiri. sebenarnya, dia tidak sengaja menemukan nama sebenar Sufi. dia mengetahuinya setelah mengambil novel inggeris milik Sufi, iaitu novel 'The Broker' karya John Grisham.

"Diya.. buat ape tu?" sergah Sufi dari belakang. Dianza terkejut dan dengan spontan menjatuhkan novel inggeris milik Sufi itu ke atas lantai. Sufi mengerutkan dahi.. terkejut ke marah ni? sampai jatuh buku aku.. dahsyat betul bile wajah kesayangan hamba ni terkejut..

Dianza terus bangun tanpa menjawab pertanyaan Sufi. lantas bergegas keluar dari kelas dan menuju ke tandas. Sufi terkesima. kenapa dengan dia? macam marah je? lantas Sufi memandang buku novel miliknya yang berada di atas lantai dan terus membongkok mancapai buku tersebut.

hati Sufi terasa berdebar ketika mencapai novel itu. seperti ada yang tak kena. ketika dia membelek2 novel miliknya itu, dia membuka kulit buku.. dan matanya membulat besar.. alamak! Diya dah tau siapa aku!! aduh.. kenapa laa aku bawak buku ni.. aduh.. silap aku jugak pasal tak bagitau kat dia betul2 hari tu, juru toreh la, warung makan laa.. Ya Allah.. macam mana ni.. hati Sufi bercampur baur.

setelah beberapa minit, Dianza kembali ke tempat duduknya tanpa berkata sepatah pun kepada Sufi. senyap dan sunyi. Sufi memandang ke arah Dianza tanpa berani berkata apa2. tiada bicara antara mereka. keadaan ini berlarutan sehingga waktu persekolahan pada hari itu berakhir.

sebelum keluar kelas, Sufi cuba untuk bercakap dengan Dianza, namun tidak disambut oleh Dianza.. Sufi menundukkan muka.. tiba2 rasa sedih menyelinap di hati..

Diya... maafkan Sufi... Sufi tak berniat nak rahsiakan.. kalau Sufi bagitau, nanti mesti Diya taknak kawan dengan Sufi macam yang Sufi alami masa kat sekolah lama dulu...




*****Bersambung.. ika dah tak larat.. jap lagi nak sahur dahh.. nanti mak ika mengamuk pasalnye ika tak tido lagi.. hehe.. see ya!****

**Assalamualaikum.. >.< **

No comments:

Post a Comment