Tuesday, May 17, 2011

Assalamualaikum...

Buat awak yang telah meremukkan hati saya..

Saya masih ingat lagi.. masa tu kita masih di bangku sekolah, di dalam Tingkatan 5.. Bulan Januari, tahun 2006.. Segalanya bermula pada hari itu...

Saya dapat nombor telefon awak daripada kawan lelaki yang duduk di sebelah saya.. Dia kawan baik awak, sejak daripada kecil lagi, cerita kawan saya tu... Dia kata awak baik orangnya, dan suruh saya berkawan dengan awak.. Pada masa tu, saya pun baru ada telefon bimbit yang baru, jadi saya mula hubungi awak.. Dengan niat untuk bersahabat dengan awak..Tetapi... Ada sebaliknya yang berlaku.... Awak memarahi saya, awak tengking dan maki saya dan tanya dari mana awak dapat nombor telefon awak.. Saya bagitau yang saya dapat daripada kawan di sekolah.. Saya berkata jujur pada awak.. Niat saya cuma untuk berkawan dan mencari kawan baru kerana saya kurang kawan lelaki ketika tu..

Walaupun awak menengking saya dan membuatkan saya menangis, terhiris pedih dengan kata-kata yang awak hamburkan, saya tak pernah berkasar dengan awak.. Kalau ikutkan hati, nak saya label kawan yang bagi nombor awak tu penipu kerana awak tak seperti yang dia ceritakan, tapi saya bersabar.. Saya fikir, mungkin awak sengaja berkasar dengan saya, kerana awak lelaki, dan saya perempuan.. Saya terus sabar dan menerima sikap awak seadanya... Lepas tu, awak mintak saya jangan gelar "saya-awak", sebaliknya awak mahukan gelaran "Aku-Engkau".. Saya ikut apa yang awak mahukan, kerana mungkin dengan cara tu, saya akan dapat kenal awak dengan lebih lanjut lagi.. Awak sentiasa berkasar dengan saya dari segi perkataan, tapi saya tetap sabar.. Walaupun awak berkasar, tapi saya nampak yang sebenarnya awak ni baik.. Saya mula jadi seronok untuk kawan dengan awak.. Walaupun saya tak pernah tengok wajah awak.. hanya mesej yang jadi pengantara kita..

Bulan demi bulan berlalu...

Saya semakin dapat sesuaikan diri dengan awak, saya senang dengan cara awak yang sempoi.. Kadangkala saya telefon awak kerana sunyi dan nak bercakap, nak dengar suara awak.. Bila awak bercakap dengan saya, saya rasa senang walaupun kadangkala ayat awak sentiasa kasar dengan saya.. Awak sentiasa sindir-sindir saya dengan perkataan yang kurang menyenangkan.. Tapi kadang-kadang awak tetap juga mesej dengan saya, walaupun awak pernah cakap yang awak tak berapa sukakan perempuan, awak rasa berkawan dengan perempuan menyusahkan.. Tapi saya tetap rasa gembira.. Kenapa? Kerana walaupun awak kata awak tak berapa sukakan perempuan, tapi awak tetap mesej saya, sesekali awak akan telefon saya, di kala awak sunyi... Dan saya mula rasakan sesuatu.. perasaan yang aneh, secara perlahan-lahan meresapi hati saya.. Walaupun tak pernah bertemu muka, tapi saya rasa selesa dengan awak...

November, 2006..

Pada masa itu, peperiksaan SPM hampir menjelma.. kita masing-masing bersiap sedia dengan mengulangkaji pelajaran.. Awak mengadu pada saya, awak tak dapat tumpukan perhatian awak kepada pelajaran awak, pada masa tu juga, awak sudah tidak terlalu kasar lagi kepada saya.. Saya berkata kepada awak, "Awak boleh lakukannya, saya tahu, awak kena yakin dengan diri sendiri.." Saya sentiasa ulang ayat ini kepada awak.. Saya turut mendoakan awak berjaya di dalam peperiksaan SPM tersebut.. Awak mula mendengar cakap saya, dengan mula mengulangkaji pelajaran awak.. Awak mula belajar dengan sungguh-sungguh.. Saya rasa gembira, kerana saya mampu untuk mendorong awak untuk mengulangkaji pelajaran awak.. Untuk mendapatkan keputusan yang baik di dalam SPM.... Hari demi hari berlalu, sampai lah ke hari yang terakhir peperiksaan SPM.. awak kata, awak dah cuba yang terbaik, dan lepas ni awak mahu kerja untuk isi masa cuti awak.. Saya pun turut sama mencari pekerjaan selepas tamat peperiksaan SPM...

Januari 2007....

Kita masing-masing telah mendapatkan pekerjaan.. Saya bekerja sebagai guru tadika, dan awak bekerja sambilan di stesen minyak.. Kita masih saling berhubung, Alhamdulillah.. Awak kata, awak seronok kerja di stesen minyak tersebut, kerana dekat dengan rumah awak.. Saya pun turut mula seronok dengn pekerjaan saya sebagai guru sambilan di sebuah Tadika Islam, di Kuala Lumpur, kerana saya menetap di rumah kakak saya.. Persahabatan saya dengan awak terus berjalan seperti biasa, cuma kita sudah kurang berhubung kerana saya bekerja dari pagi hingga petang dan awak pula bekerja 'shift'.. Selalunya, awak bekerja pada 'shift' malam.. Namun, itu tak menghalang saya untuk terus menghubungi awak... Dalam tempoh tu, saya gembira.. kerana walaupun awak kerja, awak tidak lupa untuk hubungi saya.. Kadangkala awak akan telefon saya, dengan buat panggilan "super saver", hanya untuk berbual dengan saya.. Demi Allah, saya sangat gembira.. Dan... Dari saat itu... Saya mula, menyukai awak dalam diam... Tapi, saya hanya pendamkan.. kerana saya.. Tak mahu merosakkan persahabatan ini.. Saya cuba untuk melupakan perasaan itu.. Tapi, setiap hari, perasaan saya menjadi semakin kuat.. Dan saya tak pernah tunjukkan pada awak...

Awal bulan Mac, 2007..

Keluarga saya di kampung telah menelefon saya, dan memberitahu saya mendapat surat panggilan untuk menjalani latihan selama 3 bulan di Kem PLKN di Negeri Sembilan.. Saya terkejut kerana tarikh tersebut sudah tidak lama lagi.. Saya perlu pergi kem tersebut dan menjalani latihan sebagai pelatih PLKN.. Saya bagitahu awak tentang hal ini, dan awak berkata awak tidak dapat apa-apa surat panggilan.. Awak kata, awak lega kerana tak dapat dan ucapkan selamat menjalani latihan kepada saya.. Saya mula rasa sedih, kerana saya tidak dapat menghubungi awak seperti selalu.. Tapi awak kata, jangan risau.. Dapat henfon, saya boleh mesej awak untuk tanya khabar, cuma hanya tiap-tiap Sabtu dan Ahad sahajalah.. Saya redha dengan ketentuan ini.. Saya berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk bersiap-siap ke kem PLKN.. Pada masa itu, saya ada masalah dengan keluarga saya.. Ibu saya.. Seolah-olah tidak menghiraukan saya atas kesalahan yang bukan saya lakukan.. Saya memang sedih, pulang ke rumah seperti tidak dialu-alukan.. Namun, saya terus sabar.. Pada 18 Mac 2007, saya mendaftar sebagai pelatih kem PLKN.. Dan pada hari itu juga, ibu saya tidak menghantar saya untuk naik bas, hanya abang saya yang hantar.. Abang saya turunkan saya di tempat pendaftaran pelatih dan menunggu bas, kemudian dia terus pulang, tanpa menunggu saya naik bas.. Saya memang sedih, tapi saya pasrah.. Sepanjang perjalanan, saya hantar mesej pada awak.. Tapi awak tak balas, sebab awak tidur.. Saya tunggu dan terus menunggu balasan daripada awak...

Sampai di kem PLKN, saya perlu menyerahkan telefon bimbit untuk simpanan.. Saya cuba untuk menelefon awak beberapa kali, dan akhirnya awak angkat.. Saya bagitahu awak yang saya akan serahkan telefon bimbit saya, awak cakap "padan muka.." Bunyinya memang kasar, tapi saya tahu awak bergurau.. Saya ucap selamat tinggal pada awak.. Selepas itu, bermula lah kehidupan saya sebagai pelatih PLKN.. Saya hanya dapat hubungi awak pada hujung minggu sahaja.. Awak akan menelefon saya setiap minggu... Saya pernah berkata kepada awak bahawa saya rindu nak dengar suara awak.. Tapi saya tak sangka, awak pun cakap awak rindukan saya.. Alhamdulillah.. Saya sangat gembira, walaupun saya yang mulakan untuk berkata seperti itu..

Jun, tahun 2007...

Selepas tamat 3 bulan latihan.. Saya pulang ke rumah. Dan awk berkata awak telah mendafter masuk ke Tingkatan 6.. Saya bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk mendaftar Tingkatan 6 di sana.. Tetapi... Saya tidak dibenarkan untuk bersekolah di Kuala Lumpur.. Kerana... Abang saya berkata kepada emak saya, dia tidak mahu lagi menanggung saya.. Sekiranya saya masih mahu terus bersekolah di Kuala Lumpur, saya perlu tanggung diri sendiri.. Kakak saya pun tidak mahu menanggung perbelanjaan saya.. Dan saya akur.. Saya pulang ke kampung, dengan keadaan yang sedih.. Sudah lah masa itu ibu saya tidak pedulikan saya, kakak saya pula mahu melangsungkan perkahwinan pada masa itu.. Tidak ada sesiapa yang pedulikan keadaan saya.. Dan saya uruskan kemasukan saya ke Tingkatan 6 seorang diri.. Hanya saya seorang.. Pada masa tu, saya hanya ada awak sebagai tempat mengadu.. Hanya AWAK....

Namun, selepas kakak saya berkahwin, hubungan saya dengan ibu semakin pulih.. Alhamdulillah.. dah hubungan saya dengan awak terus berjalan seperti biasa.. Saya semakin sukakan awak... sampai di suatu hari, saya telah mengatakannya kepada awak.. tapi dengan nada bergurau.. Tapi, awak seperti tidak kisah.. dan awak juga sudah tidak kasar dengan saya seperti setahun yang lalu.. Saya rasa syukur yang amat sangat... Sepanjang di Tingkatan 6, kita sentiasa berhubung seperti biasa tanpa berpeluang melihat wajah masing-masing... Saya hanya melihat wajah awak dari MMS yang awak hantar kepada saya.. Hanya mesej dan panggilan telefon menjadi penghubung kita...

Disember, tahun 2008...

Peperiksaan STPM semakin hampir dan kita sama-sama mengharungi nya dengan sebaik yang mungkin.. Alhamdulillah, semua nya telah berjalan dengan sangat lancar, dan persahabatan kita turut berjalan dengan lancar juga..

Jun, 2009..

Selepas keputusan peperiksaan STPM keluar, saya telah mendapat tawaran daripada Universiti di utara tanah air.. Saya berkongsi berita gembira ini dengan awak.. Awak mengucapkan tahniah.. dan berkata awak tidak mendapat tempat di Universiti.. Saya meminta awak bersabar dan memohon lagi untuk sesi yang kedua.. Saya terus menjalani kehidupan saya dengan menggalas gelaran sebagai pelajar Universiti.. Namun, ekoran kesibukan kuliah dan awak pula bekerja.. Kita sudah semakin kurang berkomunikasi.. Namun, perasaan suka dan sayang saya semakin hari semakin menebal terhadap awak.. Tapi, awak seperti dah berubah.. Awak mengatakan saya sudah sombong kerana jarang menghubungi awak.. Demi ALLAH! Saya tidak pernah melupakan awak..

Julai, 2009....

Saya akui, saya sentiasa hubungi awak.. Sama ada perkara kecil atau besar.. Saya sentiasa kongsi dan menceritakan kepada awak... Dan.. Pada hari lahir saya... Saya telah menelefon awak.. Saya.... Telah memberitahu awak... Yang saya benar-benar menyukai awak, kerana awak bertanya soalan ini kepada saya... Awak mendiamkan diri di dalam telefon.. Awak bertanya kenapa saya sukakan awak? Saya cuma berkata... Saya selesa dengan awak...

Pada masa itu, saya benar-benar berharap yang awak pun sukakan saya... Tapi.... Sebaliknya yang berlaku.... Awak kata "Maaf... Saya tak bersedia lagi... Saya tidak pernah sukakan sesiapa... Awak hilangkanlah perasaan suka awak tu, saya tak dapat terima.. Saya tak pernah terfikir untuk bercinta dengan sesiapa... Lagipun kita tak pernah jumpa, awak pun tak kenal saya lagi.. Maaf la ye..." Ya Allah... Hanya Allah sahaja yang mengerti perasaan saya pada ketika itu... Pada hari lahir saya.. Orang yang saya suka berkata begitu kepada saya.. Namun, saya tahan air mata saya daripada jatuh... Saya berpura-pura menjadi kuat.. Sedih.. Memang sangat sedih... Saya mengumpul kekuatan dan berkata pada awak.. "Tak apa, saya cuma selesa dengan awak.. Sebab tu timbul rasa suka, sebab awak dah tak kasar macam dulu lagi... Hehehe.. " Saya menangis di dalam hati... Awak meminta maaf, dan saya menamatkan penggilan dengan alasan mahu tidur kerana ada kuliah pada waktu pagi... Saya menangis sendiri tika dinihari... Saya malu, saya kecewa.. Teramat kecewa.. Dan saya akhirnya membuat keputusan tidak mahu mengganggu hidup awak lagi...

Februari, tahun 2010...

Saya semakin dapat memulihkan perasaan saya.. Daripada terus mengingati awak... Saya semakin sibuk dengan tugas sebagai pelajar di Universiti... Tidak lama kemudian... Saya dapat mesej daripada awak.. Awak mengatakan saya sombong dengan awak.. Dan saya tibak bagi sebarang balasan kepada awak.. Sampai lah satu ketika, awak menelefon saya.. Awak berkata "Tak kan sebab saya tolak awak.. Awak dah tak nak kawan dengan saya.." Saya pura-pura ketawa.. Dan berkata "Bukan sebab tu la.. Saya memang sangat sibuk dengan kuliah.. Saya betul-betul banyak assignment tau.. " Saya berpura-pura gembira, sedangkan saya menangis di dalam hati... Sejak daripada itu, saya semakin tidak menghubungi awak lagi... Sangat lama saya menyepikan diri daripada awak....

Oktober, tahun 2010...

Awak mula menghubungi saya.. Anehnya, saya tak tahu kenapa.. Saya masih menyayangi awak.. Saya tidak dapat hilangkan perasaan suka saya pada awak... Dan saya mula berhubung dengan awak semula.. Awak pun sudah jadi pelajar UiTM pada masa itu.. Dan... Perasaan sayang saya pada awak.. Bercambah kembali...  Awak pun seperti menerima saya semula sebagai seorang kawan seperti dahulu... Saya tidak dapat lagi.. Menghalang perasaan saya kepada awak.. Sudah terlalu lama.. Perasaan ini bersemadi untuk awak... Tetapi, saya rasa sedih, kerana.. macam mana sayang pun saya kepada awak... Saya tahu, awak tidak pernah ada perasaan kepada saya... Awak ambil berat pada saya, hanya sebagai seorang kawan.. yang telah berkawan dengan awak selama hampir 5 tahun.. 5 tahun... Waktu yang cukup lama.... Saya semakin menerima hakikat... Saya tidak akan pernah dapat bersama awak... Saya pasrah.. dan saya redha.. Saya ada berkawan dengan orang lain, tetapi... entah kenapa.. hati saya masih kuat mengingati awak... Awak sentiasa di fikiran saya.. Walaupun saya sudah lama tidak menghubungi awak... Saya tahu, awak akan sentiasa ok walaupun tanpa adanya saya.. Saya hanya dapat lihat awak melalui laman Facebook sahaja... Kadangkala, awak sengaja memerli saya kerana rasa suka yang pernah saya ungkapkan kepada awak.. Walaupun hati saya pedih yang teramat sangat, Saya tetap menganggap perkara tersebut sebagai 1 gurauan.. Kerana saya tahu... Saya tak akan pernah dapat bersama awak....

Tahun 2011...

Hari ini... kita bergaduh sesama sendiri... Disebabkan pagi tadi, saya menghubungi awak... Saya telefon awak kerana ini adalah permintaan awak.. Dan saya mengatakan pada awk rasa suka saya pada awak, yang telah saya bagitahu awak 2 tahun yang lalu adalah gurauan sahaja.. Saya tak mahu jadi perempuan yang bodoh lagi.. Awak memerli saya... Awak kata saya berbohong.. Saya menafikan dan kita bergaduh.. Awak kata saya malu dan takut mengakui hakikat sebenar.. Awak kata awak tak akan lupa terhadap apa yang saya pernah kata kepada awak.. Awak kata lagi... Saya hanya nampak awak.. Semuanya awak.. Itu awak, ini awak...

Dan... Awak terus perli saya... Awak mengatakan saya perempuan yang gatal... Ya Allah... saya benar-benar tersinggung dengan mesej yang awak hantar... Saya terus menafikan lagi.. Dan saya berkata saya tidak mahu lagi mengganggu awak.. Awak berterusan memberi tekanan kepada saya.. Pada ketika saya di dalam waktu peperiksaan.. Awak berkata "Tak nak kacau ke atau nak larikan diri.. Nak lari dari orang yang awak suka..." Awak terus sindir saya dengan perkataan sebegitu... Awak tahu kan.. Saya pun punya perasaan... Awak perlekehkan perasaan saya... Saya rasa sedih sangat.. Saya tak sangka.. Saya mengatakan saya tidak pernah menyukai awak... kerana saya sangat tersinggung dengan awak... Dan dalam mesej awak yang seterusnya.. Awak mengatakan.. Saya menipu diri sendiri kerana saya bagitahu awak yang saya suka kan awak... Dan dalam mesej terakhir awak... Awak melabelkan saya perempuan yang tidak tahu malu... Ya Allah... Mengalir air mata saya ketika baca mesej awak... Hati saya benar-benar terluka.. Saya menangis sendirian.. Selama 5 tahun persahabatan saya dengan awak.... Gelaran tidak tahu malu yang awak berikan... Demi Allah... Saya rasa sangat sedih... Saya tak sangka.... :(

Buat awak yang telah meremukkan hati saya...

Pernahkah awak letak kan diri awak di tempat saya...? Pernahkan awak cuba menyelami perasaan saya..? Salahkan saya menyukai awak...? Berdosakah saya punya perasaan ini terhadap awak...? Saya tahu.. Saya sedar... Saya tidak layak untuk bersama awak... Pipit tak akan layak untuk terbang bersama Enggang.. Kerana saya tahu... Saya lah pipit yang malang itu... Saya redha... Saya tak akan dapat bersama awak.. Tapi.. Tak perlu untuk awak menyindir saya dan melabelkan saya bukan-bukan.. Kerana saya sedar.. Sedar siapa diri saya.. Saya tiada rupa, dan juga tiada harta... Saya hanya orang luar... Tidak layak bersama awak...

Terima Kasih awak... Selama 5 tahun persahabatan kita... Walaupun kita tak pernah berjumpa... Saya gembira dapat mengenali awak... Saya sangat gembira... Saya tak salahkan awak... Saya sentiasa doakan kebahagiaan awak... Saya harap awak dapat maafkan kesalahan saya.. Kerana saya sudah lakukan kesalahan yang sangat besar... Salah saya adalah menyukai, menyintai, dan menyayangi awak.. Maafkan saya.. Dan saya tak akan ganggu hidup awak lagi... Saya akan pergi.... Pergi jauh daripada kehidupan awak... Anggap lah awak tidak pernah mengenali saya... Saya akan pergi.. Semoga awak akan bertemu kebahagiaan yang hakiki...

Assalamualaikum.....

2 comments:

  1. ni cerpen ko kan ika? hehehe. aku jumpa dalam lappy ko. >.<

    ReplyDelete
  2. ohh.. yelah.. ni cerpen saya.. hehe.. saja2 post kat blog.. :)

    ReplyDelete