Sunday, April 22, 2012

Law Kana Bainana.. :(

Assalamualaikum..

Hari ni ika nak share tentang sesuatu.. Law Kana Bainana.. :(
If the Beloved (Rasulullah S.A.W) be with us.. were among us..

bergenang air mata ika setiap kali mendengarnya..
jauh di sudut hati yang paling dalam.. hati ini merinduinya.. teramat merinduinya..

namun, hati ini malu..
malu untuk menyatakan rasa rindu yang tersirat..
kerana ika hanya insan biasa.. sedangkan yang di rindu itu adalah kekasih Allah..

Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ikutan orang-orang bertakwa.. serta ke atas keluarga dan ahli-ahli rumahnya, dan sahabat-sahabatnya sekalian..


******************************************

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu..

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum..
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,

Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah...

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang tidak asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad..
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja..
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu...


(Terjemahan lirik Law Kana Bainana)


No comments:

Post a Comment