Monday, April 09, 2012

Kisah Cendawan dan Marshmallow

Assalamualaikum..

hari ni, ika nak ceritakan satu kisah.. kisah Cendawan dan Marshmallow.. :)

**************************

Pada suatu hari yang indah, di Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.....

Saya, bersama dengan 4 lagi kawan, iaitu Hariz, Chaq, Nabila, dan Ziana telah memulakan perjalanan ke Jitra untuk mencari barang2 keperluan untuk sebuah Majlis Makan Malam dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi...  vroomm.. vrooommm.. (maaf, nombor plat kereta terpaksa dirahsiakan demi keselamatan pemilik)


nombor plat terpaksa dirahsiakan...ok? :D


 Di dalam perjalanan ke Jitra yang mengambil masa kira2 dalam 30 minit je, macam perkara yang telah kami bualkan.. semua jenis yang mengundang gelak sampai kami semua sakit perut sebab terlebih gelak.. dari cerita A yang cukup kelakar, pergi pula ke cerita B yang lebih kelakar sampai 1 tahap tu, kami dah tak larat nak gelak lagi.. Astaghfirullahal 'azim.. (yang pegi semuanya jenis ringan mulut.. pot pet pot pet tak henti2.. mane tak hingar kereta tu..)

Tapi, walaupun antara kami terdapat perbezaan umur dan juga semester, Hariz, Nabila dan Ziana adalah junior manakala saya dan Chaq adalah senior.. tapi kami tetap punyai hubungan yang akrab, seperti kawan yang sudah lama saling mengenali.. kami senang bergaul sesama kami.. tu lah yang paling menyeronokkan saya.. :)

ok, ni Hariz dan Ziana.. ehem2.. dua2 sudah already taken ye! :D



 ni pulak Nabila.. adehh ape ade gambar Iqmal pulak ni.. caiss.. :D


ni Chaq.. vogue da vazzzzz... :D


Ok, setelah berborak panjang dalam kereta seolah-olah dah tak jumpa 10 tahun, kami pun sampai la di Jitra.. dan destinasi seterusnya dekat kedai2 yang berdekatan dengan C-Mart kot.. kalau tak salah laa.. pasal Nabila dengan Ziana nak beli barang untuk persiapan Majlis Makan Malam..

Nak tunggu Ziana dengan Nabila ni amik masa lama jugak laa.. biasa laa orang perempuan.. kalau nak membeli mesti nak pilih yang cantik2 kan.. :D

Masa nak tunggu Nabila dengan Ziana tu, sempat jugak laa saya, Chaq dan Hariz pegi lepak kedai makan dan masing2 order Nasi Goreng 1 pinggan sebab dah kelaparan sangat.. huhuhu.. (hungry make me angry..haha)

Dalam 2 jam kot.. rasanya lah.. Nabila dengan Ziana pun dah siap beli barang yang dorang nak cari.. banyak jugak.. ada belon lah, bunga lah, kilat2 lah, polisterin lah.. macam2.. untuk persiapan Majlis Makan Malam.. :)
 

saya suka belon warna warni! tapi saya bukan seperti budak2 ok.. :)


Lepas tu, destinasi yang seterusnya ialah sebuah kedai yang terletak dekat2 dengan Bank Islam Jitra.. kedai tu ada jual macam2 makanan ringan.. kami nak beli makanan ringan untuk letak dalam 'goodie bag' tetamu yang kami raikan dalam Majlis Makan Malam tu.. (kami beli semua yang sedap2 ye.. takde beli ding dang ke, choki2 ke..ok?)

Kami berlima masuk ke dalam kedai tu dan mula meronda2 macam polis peronda.. padahal nak beli makanan ringan je pun.. tapi lagak macam nak cari barang kat pasar raya Aneka... haihh... -_-

Di kedai itulah berlakunya sesuatu peristiwa....

Saya meronda2 tengok makanan ringan yang banyak dalam kedai tu.. macam2 yang saya tunjuk pada Chaq dan Hariz.. sebab terlalu rambang mata, saya tengok2 sekeliling saya.. tak jauh daripada situ, ada dalam 2 orang pekerja hanya memerhatikan gelagat kami yang bingung sebab banyak sangat jenis makanan ringan.. (adoi.. masa tu memang pening)

Sedang saya melihat2 pelbagai jenis makanan ringan, mata saya terpandang pada 1 jenis makanan ringan ni..




Apa ni? makanan apa ni? peliknya.. dalam hati saya terdetik kata2 seperti itu sebab saya rasa dalam banyak2 makanan ringan yang saya makan sejak dari kecik sampai dah berumur hampir 23 tahun ni, ni kali pertama saya tengok makanan yang bernama 'Marshmallow' ni.. 

Saya ambik 1 bungkusan, saya belek2.. saya tengok kiri kanan, setelah memastikan tak ada sesiapa di situ, saya picit2 benda warna putih dalam bungkusan tu.. ehh, kenape kenyal ye???? saya jadi makin pelik dengan makanan yang bernama 'Marshmallow' ni...

Kebetulan pada masa tu, Chaq, Hariz, Ziana dan Nabila datang ke arah saya.. dan saya dengan muka selambanya menanyakan tentang apa yang saya fikirkan berada dalam plastik yang saya pegang..

"Ehh.. Marshmallow ni.. macam Cendawan kan..?"

Dengan penuh konfiden muka selamba, dan merasakan ilmu sudah penuh di dada tentang sesuatu berwarna putih yang berada dalam plastik tu.. saya bertanya pada mereka berempat... 


rasa sangat konfiden dengan mengatakan marshmallow adalah spesis cendawan!!

Tapi........ -_-

Pada mulanya, saya tidak mendapat sebarang jawapan dari mereka.. kecuali mereka menayangkan reaksi muka seperti ini.....

ketawa.. -_-


ketawa lagi...... -_-


 dan ketawa lagi.... -_-


Mereka berempat ketawakan saya.. dan saya jadi bingung sekejap.. kenapa mereka ketawakan saya? Saya ni sebenarnya cepat blur.. tambah2 kalau saya tak faham dengan keadaan yang berlaku.. memang muka saya akan nampak blur sangat2.. macam budak nerd pun ada.. -_-

Saya terdengar pula suara ketawa di sebalik jenis2 makanan ringan yang pelbagai.. saya nampak pekerja kedai tu.. 2 orang pekerja kedai tu pun ketawakan saya.. ketawa berdekah-dekah.. 

Ehh, apa ni? Adoi... 

Saya mula bersuara..

"Laa.. kenapa gelak? betul laa Marshmallow tu Cendawan kan..???"

Dan.. mereka ketawakan saya lagi... sampai la tiba2 Nabila mencelah..

"Kak Ika.. mane ade Marshmallow tu cendawan lah kak.. Marshmallow tu Marshmallow lah.. rasa dia manis2.. Cendawan tu tak ade kaitan pun dengan Marshmallow kak...."

Sambil tahan gelak, Nabila bagitau macam tu pada saya.. Kemudian Hariz, Ziana, dan Chaq pula..

Chaq: "Ang ni.. Marshmallow pun tak tau ka? Apa laa.. buat malu aku ja.. haa tudia aku nak gelak kuat la ni.. HAHAHA.. "

Hariz: "Kak Ika oii, marshmallow ni dari gula laa kak, apa cendawan pulak.. HAHAHA.."

Ziana: "Haah laa Kak Ika.. HAHAHAHA.." 



Kisah yang sebenarnya, masa saya belek2 Marshmallow yang ada dalam plastik tu, entah kenapa saya rasa Marshmallow tu cendawan, macam cendawan, mungkin rasa dia pun macam cendawan.. saya tak tau laa ape yang saya dok fikir sangat Marshmallow ni macam cendawan... dah laa email saya pun mabuk cendawan.. (err merepek apa ni..)

Pada masa itu, selepas mendengar kata2 itu... riak muka saya mula berubah seperti ini....

 adoi.. mana nak letak muka.. -_-


kalau boleh menyorok dalam kotak pun elok ni.. adehh.. T_T



Malu sungguh saya rasa pada masa tu.. tu laa, konfiden sangat cakap 'Marshmallow' tu 'Cendawan'.. kan dah salah.. -_-

4 orang kawan saya tu termasuk 2 pekerja kedai tu memang sungguh2 gelakkan saya sebab kes Cendawan-Marshmallow tu.. tapi saya buat2 'cool' dah gelak2 jugak laa.. padahal dalam hati... MALU GILA! T_T 

 Lepas bayar barang2 yang dah di pilih.. Chaq sekali lagi ingatkan saya..

"Haa Ika.. lepas ni ingat, Marshmallow tu bukan Cendawan tau..?"

Dan Hariz, Ziana dan Nabila ketawakan saya.. adehh.. dah kena sebijik! huhu.. nak buat macam mana.. 

Sebelum masuk ke dalam kereta.. saya merenung kedai tu, ya.. kedai ni laa telah menjadi punca saya di ketawakan.. adehh.. 

 Cendawan.. ya! ni memang cendawan... -_-

 ni Marshmallow.. ingat! ni Marshmallow!! >.<

 CENDAWAN MARSHMALLOW? cendawan BUKAN marshmallow!!!!! -_-


Kami meneruskan perjalanan pulang ke UUM dan sepanjang perjalanan pulang tu, habis saya di jadikan bahan gelak mereka berempat.. tapi saya tak kecik hati.. malah turut sama2 gelak.. hehe.. 

Lepas tu, balik ke UUM, dalam perjumpaan yang seterusnya bersama dengan AJK yang lain, cerita ini telah tersebar dan mereka menggelar saya sebagai CENDAWAN MARSHMALLOW.. huhuhu..

Sudah lah sebelum ni, dalam kelas Cross Cultural Management, pensyarah saya, Dr. Marlin Marissa memanggil saya dengan nama email saya, MABUK CENDAWAN.. gara2 saya terlupa memperkenalkan diri masa hantar email pada doktor.. aduhh.. -_-

Tapi tak apa, sebab CENDAWAN MARSHMALLOW lah makin merapatkan hubungan kami semua.. hehe.. :D

Perasaan gembira memang patut di kongsi bersama, kan? haha.. We're Having A Good Time Together.. :D 

Dan inilah pengalaman saya, kisah saya.. kisah yang berlaku semester lepas.. 

Kisah Cendawan-Marshmallow.. :)

Sekian, sehingga bertemu dengan kisah yang lain pula! :D


Assalamualaikum..

 **************************





1 comment: