Saturday, November 12, 2011

Pesanan buat cik HANY dan encik YAZER

Assalamualaikum..

rasanya dah terlalu lama ika tak menulis kat dalam blog ni.. tah masih ada follower lagi atau tak? hehe.. InsyaAllah masih ada.. dah tahap berhabuk dah blog ika ni.. :)

sekarang ni ika dah nak masuk hujung semester dah. tak lame lagi final exam pulak...hohohohoh.. study pun tak abes lagi.. sungguh dahsyat kan? T_T

rase rindu sangat nak menulis balik.. sangat rindu.. dah name pun minat menulis, jadi memang minat lah? hehe.. HANAN NUR DINA pun masih tak siap lagi, dah tahap berhabuk dalam duduk dalam netbook lame2.. hehe..

CERITERA DIANZA DAN SUFI pun macam tu jugak.. buat mase ni tak berkesempatan langsung la nak menulis.. hadoii! =.=

ade banyak je topik kat edit post tapi tah la, takde idea nak habiskan.. tolong! tolong! :O

ape pun, hari ni nak berkongsi 1 cerita.. 1 rasa hati.. huhuhu

punca utama entry kali ni bertajuk macam ni adalah berikutan daripada sahabat baik ika, Cik HANY yang sudah pun mempunyai pilihan hati, dan bakal berkahwin selepas tamat belajar nanti.. WOW! lepas ni sahabat baik ika akan jadi Puan HANY laa.. feewit.. hehe.. :)

ni la dia sahabat baik saya.. cantik kan? :)

sekarang ni, beliau dah pun menemui kebahagiannya.. ika tumpang gembira.. sangat gembira, terlalu gembira.. tak tau nak kata macam mana.. kire suka la? hehe.. :p

mak dan abah aja (merangkap mak dan abah angkat ika) pun dah bersetuju dengan pilihan hati cik HANY ni.. kat situ je, dah buat ika rasa happy sampai nak melompat! we're sisters..! sudah tentulah ika nak yang terbaik untuk saudara ika.. :)

apa pun ika sanggup buat untuknya... kerana cik HANY adalah sahabat, teman baik, teman sejati.. sukar di cari ganti.. kebahagiaannya adalah kebahagiaan ika, kesedihannya adalah kesedihan ika.. dan air matanya adalah tangisan ika..

buat Encik Yazer, a.k.a tunang cik HANY.. 
sila jaga saudara saya ni baik2 ye.. jangan abaikan dia, hargai perasaannya.. dan yang paling utama.. cintailah dia kerana ALLAH.. selepas kamu menikahi dia, masa untuk dia bersama saya adalah terhad.. saya tidak akan selalu ada di sisinya kerana dia sudah menjadi kekasih halal kamu.. maka, saya mengharapkan kamu untuk menjaga cik HANY dengan sebaik mungkin.. cik HANY memang seorang gadis yang sangat lembut.. tapi kelembutannya bukan kelemahan.. 

sedih? ye, memang sedih.. bukan mudah nak melepaskan sahabat baik saya ini buat kamu.. kami sentiasa berbincang dari hati ke hati berkenaan soal hati dan perasaan.. tapi takpelah, saya yakin, dan saya tahu kamu boleh menjaganya.. kerana dia adalah pilihan kamu.. :)
semoga kamu berdua berbahagia.. :)

****

ika senang sangat.. :) takde calon pun takpe.. single pun ok jugak.. :)

tapi dalam masa yang same ade sedikit pesanan la ye.. :)
buat "ALLAH knows-my-future-husband:  

cintailah ALLAH kerana itu adalah sebenar2 cinta, kemudian cintailah ibu dan bapa kerana redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua-dua ibu bapa.. dan selepas itu, cintailah ika.. seadanya ika.."



sekian terima kasih.. :) ******



3 comments:

  1. ya Allah..menangis aja baca entri nie... sedih sangat2... memang luahan hati ika, aja dapat rase... terima kasih sayang... kamu tetap sahabat terbaik... doakan kami...kebahagiaan ini akan menjadi kebahagiaan mu gak satu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. yang menulis ni pun hampir menitiskan air mata jugak. bukan senang nak menulis entry ni.. hehe.. sebenarnye terlalu banyak nak tulis.. tapi takut tak boleh kawal rasa hati je.. hehe.. ika doakan semoga aja dan yazer bahagia.. benar, bukan mudah ika nak lepaskan sahabat baik ika untuk yazer.. terus terang, lepas aja bagitau yang aja nak kawin dengan yazer, ika menangis.. terlalu terharu, terlalu sedih.. tapi ika rahsiakan dari aja.. aja tau ika macam mane kan? ika jarang menangis, bila menangis muka ika nampak teruk sgt.. hehe..

    ReplyDelete
  3. aja akan kongsikan segala kegembiraan dengan ika... sudah sampai masanyer aja bertukar status diri.. ika pun pasti akan hadapinyer gak satu hari nanti.walau ape pun, ika tetap dlm hati aja..walau mase kian terhad utk kte same2 mcm dlu... aminn..doakan kami.. i know u dear...

    ReplyDelete